Tuesday, April 17, 2012

Surabaya

Bismillah.

Saja nak update. Ada di Bunga Raya, seorang diri. Eh..silap.. dengan Jeddak of course ;).

Pagi tadi ibu abah hantar SMS, khabarnya ke Surabaya sampai 19 April ini. Sedih. Kalau bukan kerna Techno, sudah pasti aku akan nyibuk sekali, seperti Aceh dulu. hoho

Semoga ibu abah sentiasa berada dalam jagaanNya. Enjoy your trip. Ole-ole jangan lupa..hohoho.

Best dapat berjalan ke negara orang. Pengalaman semua tu. Pengalaman mengajar erti hidup bukan?

Dan pastinya, suatu hari nanti, insyaAllah, akan ke rumahNya. Kepingin benar mahu ke sana. Dan pastinya, mahu ke Aceh lagi ;).

Mungkin sebab sudah ke sana, terasa mahu lagi ke sana. Mungkin orang kata, 'Ala, kalau ke Korea, mesti nak pergi lagi punye. Betul tak?'

Entah.. aku tak pernah ke Korea. hahaha..tapi berhajat juga mahu pergi. Bak kata Kak Aini Salim waktu Sister Gathering tempoh hari, selagi ada kesempatan, bermusafirlah..lihat bumiNya, lihat kesan yang DIA tinggalkan walaupun kesan itu sedikit. :).

Dan..sesungguhnya, beruntunglah bagi mereka yang mahu mengambil iktibar.

p/s : jeles ngan ibu abah. nak romantik macam tu jugak! #eh

Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law