Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, April 20, 2012

Sebiru Hari Ini

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ini hari Jumaat.
Hari penghulu segala hari.

Hari ni nak post satu lagu yang pernah aku post dulu, tapi tak ingat bila.

Edcoustic
Sebiru Hari Ini


Lagu ni aku post dan tujukan pada semua kawan-kawan aku.
Especially, buat member-member se-batch aku dan sahabat-sahabat rapat aku.

Pada mereka-mereka yang ada dalam hati aku ini,
izinkan aku untuk berjiwang dalam entry kali ini.. ewahh.

Terima kasih daun keladi.
Atas jasa yang kalian taburkan pada diri.
Seperti yang aku selalu katakan pada diri aku,

"Aku mungkin tak boleh nak gembirakan hati ibu bapa aku dengan result yang gempak, tapi satu benda yang aku syukur dan boleh gembira dengan diri sendiri..adalah KAWAN-KAWAN aku"

Bila fikir, jasa lagi banyak dari salah yang dilakukan.
Betul tak?

Jasa korang banyak dari aku Alpha,
hinggalah aku Delta ni.

Selalu aja aku teringatkan kisah-kisah aku time aku muda-muda dulu.
Lawak, sedih, marah, geram dan banyak lagi.
Dari diam..aktif..hingga diam kembali.
Terima kasih.
Itu ikhlas dari aku.

Mungkin ada yang cakap,
kita ni nama sahaja satu batch, 
tapi jarang hang-out..
dan ada kalanya, bila hang-out, terasa seperti jauh pula kan.

Bagi aku, 
as long as kita rasa kita faham antara satu sama lain,
macam mana pun kita bila berdepan,
dalam hati tetap rasa persamaan,
ewahh..
boleh terima tak pendapat aku ni.

Tak tahu nak cakap apa lagi.
Just nak bagitahu,
korang adalah kawan yang best aku ada di kampus ni.

Terima kasih kerna selalu ada dengan aku,
selalu kongsi cerita masalah dengan aku,
selalu back-up aku time aku susah,
selalu ada time aku menangis,
selalu nasihat aku time aku tak datang kelas,
selalu mesej aku tanya aku kat mana,
selalu gatal-gatal usha orang dengan aku,
selalu kutuk-kutuk dan diskusi dengan aku,
selalu merajuk, bergaduh, bergurau dengan aku,
selalu ber-fb, ber-ym dengan aku,
selalu belanja aku,
selalu suruh aku habiskan duit belanja korang pula,
selalu lah ada dalam kotak ingatan aku ni!

hoho..

Jangan lupa aku walaupun rasa macam terpaksa nak lupakan aku kan..haha
Kenang dan ingat aku dalam doa korang.

Dan...
paling penting kahwin nanti jangan lupa ajak aku tau.

Ok-lah..
ada meeting petang ni.
Meeting ni pun aku rasa macam malas je.
Aiggo.. kasihan groupmate yang lain.
Maaf.
Korang pun aku sayang jugak apa~

p/s : terima kasih..lagu tu khas tuk korang :)

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design