Wednesday, April 04, 2012

Jeddak - Hari ke-5

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ni dah masuk hari ke-5 Jeddak dengan aku.
Ada beberapa bahasa badan Jeddak yang aku rasa leh tafsir la.

1. Kalau time dia duk korek-korek air atau batu.. ada dua makna.. sama dia mahu buang air, atau dia mahu tempat dia digelapkan. Selepas aku tutup tempat dia dengan kain, dia akan berhenti korek dan diam. Bila aku selak kain tu sikit, dia dah pejam mata. hurm.. Minta tutupkan lampu le tuuuuu..

2. Kalau time dia duk kat air sambil rendam kepala dan macam nak berenang, tu tandanya dia lapar!
So, kenalah aku potong/kerat pallet dia dan taburkan kat mana dia rendam kepala. Kalau terlepas, aku akan tunjukkan tangan dari luar, sambil ketuk perlahan-lahan bekas sebagai isyarat makanan tu ada kat mana. Lepas tu, dia akan berenang ikut arah tangan aku dan buka mulut.

3. Jeddak ni pemalu + penakut orangnya. Kalau dia panjat batu dan berdiri macam nak kuar daripada bekas tu, tu tandanya dia betul-betul rasa UNSAFE. So, apa yang patut dibuat?
Kena sembang dengan dia. Panggil nama dia. Kalau dia tak layan juga, tinggalkan dia kejap. bagi sekeliling dia sunyi. Nanti dia akan reda dan duduk diam. Tu tandanya dia sudah OK.

Aku tak tahu semua kura-kura itu sama atau tak. Tapi untuk Jeddak.. apa yang ada di atas.
Aku nak latih dia, bila dia duduk atas tangan aku atau orang lain, aku nak dia duk diam dan senyap.
hehe..

Alhamdulillah, setakat ni, Jeddak akan duduk diam sambil dengar aku luah perasaan kat dia.
Macam-macam cerita aku story kat dia.
Terima kasih Jeddak :)
Itu kisah antara kita yep.

Jeddak!
Cepat sikit besar!
hehe..
Dan sihat sentiasa!

p/s : Jeddak ingat tak nama orang yang aku sebut petang tadi??

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law