Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, April 01, 2012

Janji DIA itu pasti

Bismillah.
Alhamdulillah.

It's April!
Yup.
Sudah masuk bulan April.
Cepat sungguh masa berlalu.
Lagi sebulan gitu, habis dah semester 3.
Wah!
Ada kawan-kawan aku yang dah nak grad!
hoho!

Hari ni, aku terima berita kurang enak.
Apa pun, janji Allah itu pasti!

Aku sebarkan pada ahli keluarga aku,
semua macam tak percaya.
Tapi jujur, jasa arwah sangat banyak pada kami sekeluarga.

Puan Norhadiah.
Nama dia unik.
Jiran aku, merangkap cikgu tuisyen aku.
Juga merupakan kawan baik arwah mak kat sekolah.
Ingat lagi waktu sekolah dulu, aku liat nak pergi tuisyen, 
aku pura-pura mandi hujan. Lepas tu balik basah lenjun, kiranya tak larat nak pergi tuisyen,
then ponteng. Cikgu tanya kenapa tak datang?
Aku cakap..aku kena hujan..
PADAHAL.. member aku yang join sekaki mandi hujan waktu tu datang je tuisyen!
Cesss! khianat punya kawan!

Ada satu peristiwa tu, tuisyen malam,
cikgu tolong kami semua.
Tolong berpakat dengan kami untuk memperdayakan sorang member tuisyen kami ni.
Kami nyorok dalam rumah cikgu seolah-olah tuisyen tak ada malam tu.
Yang cikgu plak join sekaki cakap kami tak datang pun.
hahaha.. ^__^

Dan pernah satu kelas tu, aku diajar untuk menyebut CHOPSTICKS.
Entah mengapa lidah aku keras bebenor.
Banyak kali ditegur dan diketawakan, hingga aku rasa malas nak cakap dah.
Tapi alhamdulillah, berkat cikgu ajar dan marah,
aku dah boleh SEBUT, malah bercita-cita nak cari calon suami dari keturunan CINA.
ahakz.. KOREA atau JEPUN pun ok.
:)
Kalau tak de pun.. MELAYU tulen reti guna CHOPSTICKS pun aku tak kisah :)

Jasa cikgu waktu arwah mak masih hidup tak kan kami lupakan.
Semoga Allah tempatkan arwah di kalangan mereka yang beriman.
Cikgu seorang yang tabah.
Terima kasih cikgu. 

p/s : janji Allah itu pasti!...... 

~Al-Fatihah~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design