Monday, April 02, 2012

Homesick kisah aku..

Bismillah.
:)

Hari yang panas, bahang, amat sesuai untuk lelapkan mata ni.
Jeles pula tengok Jeddak melelapkan mata setelah makan tadi.

Today is Monday.
Yes, Monday~

One thing inside my mind right now is MY HOME.
Yup, different!
When you are a guy and when you are a girl.
Being away from home makes you feel independent, yet still don't want to let go feeling that..
you are a HOMESICK person!
haha..

I never been far away from home actually.
Honestly.
I walked... cycled.. and sometimes by car with my mum when I was in primary school.

In secondary school..
I took a bus..
I cycled..
I walked also..
And sometimes.. by car with my father.
That was my life back then.

Aku tak lepas nak masuk Sekolah Agama waktu tingkatan 1.
Padahal, dari Along sampai lah Kak Ikin, semua sekolah agama.
Aku terima. 
Ada hikmahnya barangkali.

Tapi aku kerap bertukar sekolah waktu form 1. sebab apa?
Itu rahsia.
Bertukar sekolah tapi masih bersama keluarga.

After form 3, 
aku dapat tawaran ke MRSM BESERI.

Well! Dream come true!! Come true!
Impian nak masuk asrama kesampaian.
Kawan-kawan aku dapat tawaran PERTAMA seminggu awal dari aku.
Waktu mereka dapat tawaran tu, arwah mak dihantar ke rumah dari KL dengan menaiki ambulans.
Mungkin itu hikmah kenapa aku tak terpilih sekali dengan kawan-kawan yang ada.
*wah! ayat konfiden cam dapat tawaran kan! haha*



Even tawaran lewat seminggu daripada kawan-kawan yang lain, aku tetap nak pergi.
Tapi.. waktu tu, mak sakit.
Abah dengan kawan dia hantar aku ke Perlis.

Itulah kali pertamanya aku berjauhan dari RUMAH.
Nampak childish kan?
Well..
Resah gelisah dalam menyesuaikan diri, ditambah dengan keadaan mak dan adik yang jauh,
buatkan aku boleh bertahan di MRSM tu seminggu je..
Seminggu je!!
Lawak tak?

Seminggu di BESERI, mula-mula masuk kelas dah kena BULI!
Dan bermacam lagi aku experience walaupun seminggu. 

Aku nak keluar daripada sekolah lama tu, punyalah meriah buat majlis,
alih-alih..seminggu lepas tu muka ni ada semula di sekolah.
haha..

Dalam hati aku.
Ini jalan yang aku pilih. Apa yang terjadi buat tak tahu dan hadapi!

Kasihan abah nak melayan karenah aku, nak melayan sakit mak.
Akhirnya, aku bawa diri semula ke Perak. :)
Semua barang-barang aku,
abah suruh berikan kepada room-mate aku.
Heh! Tak kan nak bawa baldi, hanger, bantal semua naik bas??

Susahnya aku nak berenggang dengan RUMAH.
Tak biasa berjauhan dari PERAK.
Bila mak tanya, kenapa lari?
Aku hanya tersenyum.
Dan ketahuilah mak, jalan pulang semula ke Perak adalah jalan yang baik untuk anak mak ni.
Tak perlukan alasan untuk berada di samping mak :)

********************************************************

Bila abah kahwin dengan ibu,
aku tekad nak keluar daripada rumah.
Jiwa remaja~ :)

Cuba bayangkan, jiwa remaja yang tak pernah berjauhan dari keluarga, tetiba nekad mahu lari?
Haaaaa...
mampukah? heh!
Kalau aku mampu, rasanya aku tak akan berada di sini menaip entry ni :)

Aku cuma berikan sinis pada abah.
*JANGAN IKUT ADIK-ADIK*

"Kalau boleh, Mira nak dapat universiti jauh-jauh. Tak payah balik pun tak pe!"

Kata-kata yang bagi aku simple je, tapi bagi abah, tidak se-simple itu.
"Jangan tak balik langsung, balik kejap bila cuti"

Kerna ego, aku diamkan diri.
Maafkan mira.

Sewaktu kem YTM dulu dekat Terengganu pun..
Abah ibu stay temankan aku hingga aku habis program!
hahaha!
Manja tak aku ni??
Nampak tak aku ni tak leh berenggang dengan family?
heh~~

Dan sekarang, aku di sini, di Bumi Melaka.
Bila tawaran ASASI IT di MMU Melaka, aku terima,
aku seronok pun ada, sebab apa?
Sebab jauh daripada famili.
Tapi lama kelamaan, aku jadi rindu.
Apa yang aku katakan dulu, nak dapat yang jauh-jauh dan tak nak balik,
itu ternyata DUSTA!


Namun, aku bersyukur.
Aku boleh bawa diri aku sendiri di sini.
Alhamdulillah.
Di Bumi Melaka inilah, detik aku berjauhan dengan keluarga.
Dan syukur, darah mak dalam diri aku ni, membolehkan aku adapt dengan persekitaran aku.
Tapi ada masanya terasa HOMESICK tu tetap ada.

Dan Bumi Melaka inilah rumah kedua aku selepas PERAK.
:)
****************************************

Wah!
Untuk apa aku cerita semua ini?
Entah.. aku pun tak tahu kenapa~
hahaha..

Lelaki dan perempuan tak sama.
Lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain.

Kalau kamu rasa kamu 'begini',
beruntunglah kalau kamu jumpa yang 'begini' juga pasanganmu.

Andai kamu rasa kamu 'begitu,'
tapi menemui pasangan yang bukan 'begitu',
tetap bersyukurlah, kerna dia melengkapi bahagian 'begitu' kamu, sebab dia mungkin 'begini'.

Bila perempuan katakan dia HOMESICK, 
itu NORMAL. 
Tapi bila mana lelaki kata dia HOMESICK..
itu bukan NORMAL..
hoho..

Setiap orang ada kisahnya sendiri.
Hormati dirinya dalam setiap katanya..
Kerna di sebalik katanya, mungkin ada seribu sejuta cerita yang kita tak tahu.
Bila kita hormati orang lain,
inshaAllah, orang lain pula akan hormat kita.

Pada yang setia membaca entry, 
maaf andai tak ada manfaat nya.
Tapi yang baca ni mesti pernah rasa HOMESICK bagaimana kan?

p/s : Tidak dapat bertemu, apa kata selalu hubungi. Dengar suara sudah cukup untuk melepaskan rindu.. sebelum kita tak punyai lagi waktu dan ruang untuk mendengar suara mereka lagi.. :)


pp/ss : aku mahu pulang semula ke Perak. Rindu pada Perak! Abah ibu.. carikan calon suami anakmu ini yang sudi tinggal di Perak..atau.. anak jati Perak ;) 

2 comments:

Nurul Afiqah said...

am amazed n somehow inspired... mira,,, kuat smgt!!! jgn homesick sgt. moga2 jodoh dgn anak sultan perak. mmg dok perak jela tak pindah2... ngeh3.. =p

Cik Mira said...

ehem..perli nampak... hehe..
aminnn.. moga masin kata2 kamu yep. raja perak tu cam over jek..hehe

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law