Tuesday, April 17, 2012

2 Novel

Bismillah.

Beberapa hari lepas, disebabkan kena tinggal dengan housemates semua,
sempat habiskan dua buah novel.

PERTAMA.
Kau, Aku, Kita


Cerita ni memang best, tambahan pula, penulis dia memang tulis cerita yang best-best.
Kak Orkid ni bagusnya, cerita dia kelakar.
Kalau baca kat blog dia pun, banyak cerpen yang kelakar-kelakar dan best!

Kau, Aku, Kita
Kisahnya tentang seorang lelaki dan seorang perempua yang mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus.
Menarik dan jalan cerita eve bertunjangkan idea yang hampir sama setiap penulis,
ada miskin dan kaya, tapi,
uniknya cerita ni, sebab dia kelakar!
hahaa..

Watak Iman Firdaus (perempuan) yang selamba, lepas tu watak jahat orang ketiga yang satunya membantu dan satu lagi memusnahkan, jadikan cerita ni menarik.
Tak berat untuk pembaca dan sangat santai :)

Jujur, susah nak jumpa penulis yang boleh tulis kelakar dan rasional, dan kak Orkid berjaya!
Nak cuba miliki novel dia yang sebelum ni lah!
huhuhu..

Dan part last sekali aku suka...
Part macam mana si Iman Firdaus (perempuan) dapat nama.
Kalau dah jodoh, hero dan heroin pasti akan bertemu dari kecil,
dari situlah tercetusnya nama Iman Firdaus ni.

KEDUA.
MERAH CINTA EPAL


Cerita ni bagi aku, best juga.
Dan syabas! Sebab penulisnya adalah lelaki.
Lelaki tulis cerita cinta.
Itu yang menarik.

Sebab sebelum ni, aku hanya baca karya penulis lelaki yang namanya Ramlee Awang Murshid.
Selain dia, aku tak sentuh mana-mana novel penulis lelaki yang lain.

Encik Ridha ni menulis dengan teliti. Setiap perkara diperincikan.
Dan kerana sebiji epal, berputiklah kisah cinta hero dan heroin.
Dan kerja jahat sepupu sepapat hero tu memang tak boleh aku terima.
Jahat!
Tak suka!
Sampai aku terfikir, tak bolehkah lepaskan atau biarkan orang lain bahagia?
Tapi terfikir juga, bahagia diri sendiri pula macam mana?

Kisah dan konflik watak utama yang dari mula banyak sebabkan aku gigihkan baca juga.
Hahaha..
Sakit hati sebab tak tahu kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni...

Banyak rintangan sekali pun, andai dah jodoh, tetap akan bersama juga kan?
Cumanya, mungkin cerita ni berat sedikit, sebab konflik untuk watak utama terlalu banyak.
Idea penulis cuba bawakan dah menarik.
Banyak info dan kata baru yang aku pelajari.
Terima kasih penulis. :)
******************************************************************

Disebabkan kemalasan membelek nota untuk mid-term,
aku bukakan juga novel yang ada meskipun aku kurang suka membaca novel.

Tapi orang cakap, nak jadi penulis yang baik,
kena juga selalu baca karya orang lain.
Lain orang, lain cara tulisnya.

p/s : Tahniah Amirah! heh~~

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law