Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Monday, April 30, 2012

Welcome & Goodbye

Bismillah.


An hour left..

Welcome...

See you next year, insyaAllah..

Walk for Autisim

Bismillah.
Alhamdulillah.

...: Walk for Autisim :...

Alhamdulillah, semester ni lebih suka sertai aktiviti luar kampus.
Tak selalu, jarang-jarang tapi tetap ada.

Semalam, under Golden Key Society,
aku sertai Walk for Autisim 2012 as a volunteer.

Apa komen aku?
Best!
Dapat jumpa Pak Ali Rustam, walhal, baru je minggu lepas jumpa dia =.='

Di-assign untuk take over other booth, so,
aku pun buat pilihan nak jaga "Magic Mop"
heh~~~
disebabkan groupmate aku Kak Anum dan Mira Nasser, 
so, aku buat itu keputusan.

Mula-mula dapat booth, rasa macam...
Apa yang magic nya ni?
Apa bezanya?

1. Struktur kain mop
2. Cara penggunaan
3. Kesan

Dah nak habis tu, barulah ada sorang mak cik ni yang cakap dia dah cuba guna,
dan mop tu memang bagus.
Alahai aunty...
Kalau tahu dari awal, boleh tarik aunty masuk booth kami jadi promoter juga.

Kronologi harga Magic Mop

"Tiga Belas Hinggit:"
.
.
.
.

"Lapan Hinggit"
.
.
.
.

"Lima Hinggit"
.
.
.
.

"Lai..Lai..Magic Mop Five Ringgit! Lai.. Lai.."

Itu yang aku jeritkan, dan makin semangat bila harga makin turun.
Orang pun ramai datang.
hoho

Booth sebelah lagi lah..

"Satu kotak Tiga Puluh Lima Hinggit"
.
.
.
.

"Satu kotak Dua Puluh Lima Hinggit"
.
.
.
.

"Dua Kotak Tiga Puluh Hinggit"

Siapa lah yang tak nak kan?
2 kotak = RM 30.
heheheh..
Best juga jual Bird's Nest tu.. hoho..

Itulah kerja kami sepanjang program tu, selain join walk pagi nya.
Mek Ecoh sempatlah sembang dengan seorang ibu yang mempunyai anak autisim ni.
Yang sorang lagi tu sempatlah mencuri kipas aku dan pergi meninggalkan aku kepanasan =.=

Mempunyai anak yang istimewa ini bukan mudah.
Ramai yang masih belum aware apa itu autisim dan juga yang lain-lain yang anak2 istimewa ini hadapi.
Ada yang suka memaksa, ada juga yang memahami dan cuba mengubati.
Anak..
Anugerah Allah yang tak ternilai.

Kak Lang yang jadi Guru Pendidikan Khas juga berdepan dengan anak-anak autisim ni
Dia cakap, berdepan dengan mereka perlu banyak bersabar.
Banyak hal tapi tetap menghiburkan hati.
Bukan sahaja Autisim, 
Down Syndrome pun ada di kelas pendidikan khas tu.
Kesabaran perlu ada, hinggakan waktu mula-mula Kak Lang kahwin,
tak dibenarkan mengandung selama 2 tahun.

Dan saya pegang kata-kata abah,
"Kita ajar dan didik anak orang lain, Allah akan balas dengan berikan kejayaan pada anak-anak kita nanti."

Dan contoh serta kata-kata itu aku lihat ada pada arwah mak.
Sebab itu aku juga bercita-cita mahu menjadi seorang pendidik.

Heh~~
meleret lagi.
Ada lah beberapa gambar syok sendiri kat bawah ni.



~ Sesungguhnya unexpected question will raise by customer. If you don't know, be CONFIDENT and act as you KNOW! ~



~ Flowers! Free flowers ~


~ Free gifts!! ~

*****************************************************

Jeddak....
Tak ingat hari ke berapa..
tapi dah nak dekat sebulan.
Eh..
Bulan April tidak ada 31 hari,
so maknanya,
sudah SEBULAN usia Jeddak bersama ku.
Alhamdulillah :)


Yang ini, maybe the last meeting me and Malliga.
T_T

She is nice and hardworking person.
Akhirnya dia berjaya pujuk aku untuk keluar makan.
Katanya..
"Emotional Blackmailing Success!!"

Sebab apa dia cakap macam tu?
Sejak Alpha lagi, tiap kali dia ajak gi makan/keluar,
pasti aku akan tolak sebab mesti clash dengan jadual aku.

Hinggakan dia cakap
"Like that la you.. Everytime I ajak, you will never come"
"Amirah is like that, she will never follow us"

So, aku pekakkan aja telinga. hehehe..
Yang terakhir ni, aku join sebab aku kasihan kat dia.
Lagipun, lepas ni dia sudah tidak berada di kampus lagi.


Aku akan rindui saat gosip dan saat meng'usha' orang lain..
hehehehe...


Minggu depan akan bermulalah kisah baru untuk aku.
Sebelum mula kisah baru, aku perlu pulang dan minta restu kedua orang tua ku.

p/s : habislah.. ada orang dah jatuh hati dengan kata-kata alih bahasa "Sarang Burung" dalam Korea..
=.=' Aiyooookkk.. tak tahu...

Saturday, April 28, 2012

Tema baru

Bismillah.

Alhamdulillah.

Tetiba tergedik nak tukar skin blog lagi kan.
Alhamdulillah, kali ni berjaya wat header sendiri :)

Temanya...
Ala-ala sweet gitu..hehe


Dan juga nak buat watermark baru.. 
tapi rasa cam apa je ..=.='
So, mungkin akan guna watermark yang lama dulu kot.
Nak biasa kan diri dengan PhotoScape & Photoshop


Yang ini pula, aku edit..
hehehe..
Kali ni aku terapkan tema SAILORMOON.
Sebab susah nak buang sifat minat SAILORMOON dalam diri.
Da 22 tahun pun masih minat kan... @.@


InsyaAllah.. coming soon tak tahu apa pula..
heh~~~


p/s : rasa puas!

Thursday, April 26, 2012

Another comfort zone

Bismillah.
Alhamdulillah.

...: Comfort Zone :..

Kalau tak silap, dulu pernah tulis tentang 'comfort zone' juga. heh~~

Pepun, first thing first, 
syukur pada Ilahi yang telah melancarkan presentation BP kami.
And, I officially done for this semester!

In the first place, congratulation to all my group-mates.
For me, this is the only company so far, that I see can go further.
InsyaAllah.

Well, as usual, when I'm practice, the words does not come to me exactly when I'm in front of them.
Haha..
Actually, there were a lot of things that I want to tell during presentation.
But the words does not across my mind.
So, just simply say and for sure, 
my speed was like..... a LRT?
haha..
I try to control the speed, as I practice to talk slow,
but... the thing went .... =.='

That was my bad attitude when doing presentation.
Next presentation hopefully can be much more better.
heh~~

And, I believe this is the last cooperation between us.
Truly, I will miss all of you, especially Malliga.
She's the one always with me since Alpha.

Only 3 of us, I mean, girls, in that class.
Day by day,
month by month,
year by year,
here we are now :)

Dah nak kahwin nanti jangan lupa jemput pula yep~~
;)

p/s : Nadiah tak disebut, sebab dia ada ngan aku lagi..hahahahhaha...

*********************************************************

The time has come.

Mail that I received on that evening really breaks my hope and courage.
I was like..... lost.
But.. I set my mind before this,
this kind of thing will happen.
And yes.. it really happen.

So, it's my time to wake up and stay away from my comfort zone.
InsyaAllah, there will be ways for me,
I do miss my home,
but right now, thinking of home is not a must for me.
I trained myself this semester,
and I shall remain in my training.
InsyaAllah, there will be a day that I will come home.

Abah ibu,
do bless me.
And, do pray for me.
I am really sorry for making and putting you guys in this condition.
My bad.
And I try not to hurt you guys.

p/s : I can feel it now, may Allah shows us the ways..

Tuesday, April 24, 2012

Love it

Bismillah


No words.
Just love this picture :)

p/s : MMU Awards 2012

Friday, April 20, 2012

Sebiru Hari Ini

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ini hari Jumaat.
Hari penghulu segala hari.

Hari ni nak post satu lagu yang pernah aku post dulu, tapi tak ingat bila.

Edcoustic
Sebiru Hari Ini


Lagu ni aku post dan tujukan pada semua kawan-kawan aku.
Especially, buat member-member se-batch aku dan sahabat-sahabat rapat aku.

Pada mereka-mereka yang ada dalam hati aku ini,
izinkan aku untuk berjiwang dalam entry kali ini.. ewahh.

Terima kasih daun keladi.
Atas jasa yang kalian taburkan pada diri.
Seperti yang aku selalu katakan pada diri aku,

"Aku mungkin tak boleh nak gembirakan hati ibu bapa aku dengan result yang gempak, tapi satu benda yang aku syukur dan boleh gembira dengan diri sendiri..adalah KAWAN-KAWAN aku"

Bila fikir, jasa lagi banyak dari salah yang dilakukan.
Betul tak?

Jasa korang banyak dari aku Alpha,
hinggalah aku Delta ni.

Selalu aja aku teringatkan kisah-kisah aku time aku muda-muda dulu.
Lawak, sedih, marah, geram dan banyak lagi.
Dari diam..aktif..hingga diam kembali.
Terima kasih.
Itu ikhlas dari aku.

Mungkin ada yang cakap,
kita ni nama sahaja satu batch, 
tapi jarang hang-out..
dan ada kalanya, bila hang-out, terasa seperti jauh pula kan.

Bagi aku, 
as long as kita rasa kita faham antara satu sama lain,
macam mana pun kita bila berdepan,
dalam hati tetap rasa persamaan,
ewahh..
boleh terima tak pendapat aku ni.

Tak tahu nak cakap apa lagi.
Just nak bagitahu,
korang adalah kawan yang best aku ada di kampus ni.

Terima kasih kerna selalu ada dengan aku,
selalu kongsi cerita masalah dengan aku,
selalu back-up aku time aku susah,
selalu ada time aku menangis,
selalu nasihat aku time aku tak datang kelas,
selalu mesej aku tanya aku kat mana,
selalu gatal-gatal usha orang dengan aku,
selalu kutuk-kutuk dan diskusi dengan aku,
selalu merajuk, bergaduh, bergurau dengan aku,
selalu ber-fb, ber-ym dengan aku,
selalu belanja aku,
selalu suruh aku habiskan duit belanja korang pula,
selalu lah ada dalam kotak ingatan aku ni!

hoho..

Jangan lupa aku walaupun rasa macam terpaksa nak lupakan aku kan..haha
Kenang dan ingat aku dalam doa korang.

Dan...
paling penting kahwin nanti jangan lupa ajak aku tau.

Ok-lah..
ada meeting petang ni.
Meeting ni pun aku rasa macam malas je.
Aiggo.. kasihan groupmate yang lain.
Maaf.
Korang pun aku sayang jugak apa~

p/s : terima kasih..lagu tu khas tuk korang :)

Tuesday, April 17, 2012

2 Novel

Bismillah.

Beberapa hari lepas, disebabkan kena tinggal dengan housemates semua,
sempat habiskan dua buah novel.

PERTAMA.
Kau, Aku, Kita


Cerita ni memang best, tambahan pula, penulis dia memang tulis cerita yang best-best.
Kak Orkid ni bagusnya, cerita dia kelakar.
Kalau baca kat blog dia pun, banyak cerpen yang kelakar-kelakar dan best!

Kau, Aku, Kita
Kisahnya tentang seorang lelaki dan seorang perempua yang mempunyai nama yang sama iaitu Iman Firdaus.
Menarik dan jalan cerita eve bertunjangkan idea yang hampir sama setiap penulis,
ada miskin dan kaya, tapi,
uniknya cerita ni, sebab dia kelakar!
hahaa..

Watak Iman Firdaus (perempuan) yang selamba, lepas tu watak jahat orang ketiga yang satunya membantu dan satu lagi memusnahkan, jadikan cerita ni menarik.
Tak berat untuk pembaca dan sangat santai :)

Jujur, susah nak jumpa penulis yang boleh tulis kelakar dan rasional, dan kak Orkid berjaya!
Nak cuba miliki novel dia yang sebelum ni lah!
huhuhu..

Dan part last sekali aku suka...
Part macam mana si Iman Firdaus (perempuan) dapat nama.
Kalau dah jodoh, hero dan heroin pasti akan bertemu dari kecil,
dari situlah tercetusnya nama Iman Firdaus ni.

KEDUA.
MERAH CINTA EPAL


Cerita ni bagi aku, best juga.
Dan syabas! Sebab penulisnya adalah lelaki.
Lelaki tulis cerita cinta.
Itu yang menarik.

Sebab sebelum ni, aku hanya baca karya penulis lelaki yang namanya Ramlee Awang Murshid.
Selain dia, aku tak sentuh mana-mana novel penulis lelaki yang lain.

Encik Ridha ni menulis dengan teliti. Setiap perkara diperincikan.
Dan kerana sebiji epal, berputiklah kisah cinta hero dan heroin.
Dan kerja jahat sepupu sepapat hero tu memang tak boleh aku terima.
Jahat!
Tak suka!
Sampai aku terfikir, tak bolehkah lepaskan atau biarkan orang lain bahagia?
Tapi terfikir juga, bahagia diri sendiri pula macam mana?

Kisah dan konflik watak utama yang dari mula banyak sebabkan aku gigihkan baca juga.
Hahaha..
Sakit hati sebab tak tahu kenapa jadi macam tu, kenapa jadi macam ni...

Banyak rintangan sekali pun, andai dah jodoh, tetap akan bersama juga kan?
Cumanya, mungkin cerita ni berat sedikit, sebab konflik untuk watak utama terlalu banyak.
Idea penulis cuba bawakan dah menarik.
Banyak info dan kata baru yang aku pelajari.
Terima kasih penulis. :)
******************************************************************

Disebabkan kemalasan membelek nota untuk mid-term,
aku bukakan juga novel yang ada meskipun aku kurang suka membaca novel.

Tapi orang cakap, nak jadi penulis yang baik,
kena juga selalu baca karya orang lain.
Lain orang, lain cara tulisnya.

p/s : Tahniah Amirah! heh~~

Trip berjumpa Fawwaz?

Bismillah.

Entry kedua.

10 April 2012
5.45 petang.

Alhamdulillah, my sister, Nur Ashikin, selamat melahirkan anak sulungnya.
Sehari sebelum masuk wad bersalin, sempat sembang dengan akak, tanya pengalaman, rasa, dan sebagainya. Mesti berdebar giler kan nak lahirkan anak.
Dia cerita tentang doktor check dia pun aku dah naik scary.
Well, disebabkan umur aku bukan semakin muda, 
hal ini ada kalanya aku perlu tahu juga. Mana tahu ada rezeki nanti.

Akak pun story bukan main baik kan.haha.

Dipendekkan cerita, esoknya, tercapai lah hajat aku nak jumpa anak sedara aku yang kelima ni.
Yang keenam masih dalam perut kak long.
Alhamdulillah.
Rezeki.. dan keluarga aku makin besar!
Syukur.

Rancang baik dengan adik dan ateh aku, kami (aku dan Mek Ecah)
ke Kuala Lumpur.
Macam biasa, Allah menguji kami :)
Dua kali pula tu.
Kalau perjalanan tempoh hari ke Cameron, pun diuji.
Iktibar diambil, dan jangan pentingkan diri yep!
Selagi kita bantu orang lain, Allah akan bantu kita :)



MUHD FAWWAZ
(Orang yang berjaya)

Sedap nama tu. Aku suka!
^_^

Semoga berjaya hendaknya anak sedara aku ni.
Dan syukur, sempat dan kebetulan juga berjumpa dengan Along dan Kak Long hari tu.

Nak masuk je pintu hospital,
ada sorang budak kecil ni menjerit nampak kami.
Dalam kepala aku, macam kenal je budak ni.
Hahaha..
memang  kenal pun, anak sedara sendiri.
Syafia (Pia) pakai tudung tu cute sangat, sampai aku pun tak cam dia.
Comel.

Dapat berborak, kenakan anak sedara, buatkan aku happy kejap.
Lama tak kenakan Pia ngan Syabil tu.
Ya Allah, sungguh, aku benar sayangkan mereka!
Dan aku benar rindukan mereka!
^_^

"Pia, cantik kasut. Tukar dengan Acik. Pia pakai ni, Acik nak tu"
"Tak boleh! Kasut Pia kecik. Kasut Acik besar"
"Mana ada besar. Muatlah. Tukarlah Pia. Kasut tu comel, Acik suka"
"Tak boleh! Kasut Pia cantik!"
=.='


Dan yang atas tu Ateh dan Adik aku (Adilah)
Mek Ecah cakap,
"Mira, adik beradik ko ni muka fotostat la"
=.='

Muka fotostat?
Sama sangat ke kami ni?
hahaa..

Lama tak jumpa Ateh.
Lama juga tak jumpa Benq.. #eh.. haha..
*gurau-gurau*

Ateh belanja Old Town!
Best!
Aku rasa harga Old Town lagi murah daripada Windmill,
so nanti korang-korang boleh cuba.

Pengembaraan aku jumpa Fawwaz ni berakhir petang tu selepas makan.
Syukur sangat-sangat dapat jumpa sebab lepas ni Kak Ikin berpantang kat rumah mentua dia.
Jauh kat Kelantan tu..

p/s : Triple S (Syabil Syafia Syamim).. Daniel.. Fawwaz... Syukur.. semoga kami semua sentiasa berada dalam jagaanNya..

Jeddak (Hari ke-18)

Bismillah.

Alhamdulillah.
:)

Yeay!
Dapat update!
Macam biasa lah kan, dapat tumpang laptop sesiapa, so..waktu ni digunakan untuk update sebanyak yang mungkin. hehehe...

Entry pertama ni nak story tentang Jeddak.
Oh yeay!
*maaf*

Hari ni dah masuk hari ke-18 Jeddak bersamaku..aiceh!
Hurm..
So far, alhamdulillah, Jeddak is fine.
Lepas ni nak ajar dia makan sayur pula..hehehe.

Jeddak...
Penat tau nak layan dia ni.
Perangai dia, dia suka memanjat dan berjalan.
Macam tuan dia, suka freedom, suka berjalan.
Tapi sangat suka berjalan di Bunga Raya, mungkin ini tempat pertama dia jumpa lepas kena beli hari tu.
Bila dekat EP, susah nak bagi dia lepas, sebab takut hilang, dan paling risau, kalau hilang kat tempat room-mate.

Sekarang ni, suka benar main nyorok-nyorok.
Sangat menyakitkan jiwa.
Dia pergi bersiar-siar, seterusnya menghilangkan diri. 
Paling tak boleh blah, bila mana dia nak menyorok, then merangkak perlahan-lahan
menuju ke tempat nyoroknya.
Bajet nya aku tak nampak la tu, padahal aku nampak je dia merangkak.

So..gambar bawah ni aku snap, dan put in here.
Banyak lagi, tapi nak letak semua memang tak lah kan. :) 



~ni lah kotak yang dia suka sembunyi tu. Punyalah geledah satu rumah, sampai ke bilik air aku cari dia, alih-alih dalam kotak dia sembunyi~


~Comel tak?~

Bawah ni pula video-video sesi panjat-memanjat Jeddak. Nak tengok silakan.
Tak ada edit-edit.
Tak ada background music.
Original dari Samsungku.. ;)






Ok..
Jumpa entry seterusnya pula~~
^__^

p/s : Jeddak...

Surabaya

Bismillah.

Saja nak update. Ada di Bunga Raya, seorang diri. Eh..silap.. dengan Jeddak of course ;).

Pagi tadi ibu abah hantar SMS, khabarnya ke Surabaya sampai 19 April ini. Sedih. Kalau bukan kerna Techno, sudah pasti aku akan nyibuk sekali, seperti Aceh dulu. hoho

Semoga ibu abah sentiasa berada dalam jagaanNya. Enjoy your trip. Ole-ole jangan lupa..hohoho.

Best dapat berjalan ke negara orang. Pengalaman semua tu. Pengalaman mengajar erti hidup bukan?

Dan pastinya, suatu hari nanti, insyaAllah, akan ke rumahNya. Kepingin benar mahu ke sana. Dan pastinya, mahu ke Aceh lagi ;).

Mungkin sebab sudah ke sana, terasa mahu lagi ke sana. Mungkin orang kata, 'Ala, kalau ke Korea, mesti nak pergi lagi punye. Betul tak?'

Entah.. aku tak pernah ke Korea. hahaha..tapi berhajat juga mahu pergi. Bak kata Kak Aini Salim waktu Sister Gathering tempoh hari, selagi ada kesempatan, bermusafirlah..lihat bumiNya, lihat kesan yang DIA tinggalkan walaupun kesan itu sedikit. :).

Dan..sesungguhnya, beruntunglah bagi mereka yang mahu mengambil iktibar.

p/s : jeles ngan ibu abah. nak romantik macam tu jugak! #eh

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 12, 2012

Cerpen (Soon)

Bismillah.
Alhamdulillah.

Nak update ringkas je. :)

Kalau dulu, pernah cuba hantar kat penulisan2u,
tapi tak keluar-keluar.
Sekarang cuba pula hantar kat Novel Melayu Kreatif.

Alhamdulillah.
Keluar.

Boleh klik gambar bawah ni untuk ke entry tu :)


Dah baca, boleh komen...
kerna komen anda boleh membantu diri ini ;)
~nurish0310~

Saturday, April 07, 2012

Tanda-tanda 100 hari sebelum hari kematian

Bismillah.

Selamat pagi :)
Heh~~

Dalam nak menyiapkan satu cerpen aku ni, aku layan satu cerita yang sahabat aku, Hajar, sudah lama promote kat aku. Alhamdulillah, tadi baru berkesempatan nak tengok.



Bagi aku, cerita ni lambat sikit jalan ceritanya.
Tapi apa yang ingin disampaikan dalam cerita ni Alhamdulillah sampai kat aku.
Maha Suci Allah!


Watak Zulhuzaimy dalam cerita ni sangat baik.
Baik yang boleh kita usaha ke arah itu.


Menghitung dan melalui detik-detik akhir hidupnya.
Terkesan!
Lebih-lebih part akhir cerita ni.
Kalau nak tahu, kena tengok.


Bagaimana keadaan kita nanti?
Ajal dan maut bila-bila masa akan datang jemput kita.
Allah!


Semoga kita semua bertemu dan merasai Husnul Khotimah,


p/s : terima kasih Hajar. Sampaikan walaupun sepotong ayat. Semoga ini bermanfaat buat yang lain.
Masih belum terlewat.

Friday, April 06, 2012

Banyak cerita satu entry

Bismillah.

:)

Hari ni sangat busy, aiceh~~
Busy dengan jumpa orang dan makan!
InshaAllah yang terbaik hendaknya.


Welcome Home NuruSyima.

Lama tak jumpa salah seorang Bunga Raya Girls ni.
Dan lama juga rasanya tak lepak sama,
eh... selalu ke pun kita lepak syima?
hahaha..

First time katanya baru sampai ke Windmill.
Kasihan.
Apa pun, memang hari ni, perut akan sentiasa full.
Alhamdulillah :)

Pengalaman itu mengajar erti kehidupan, bukan?
Oleh itu, banyakkan berjumpa dan berinteraksi dengan ramai orang.
Selagi ada masa ni, ceburi apa sahaja yep.
Semoga sentiasa berjaya Syima.
Kitaorang kat Melaka ni sentiasa ada untuk kamu, inshaAllah.


Entah mengapa, makin lama di Windmill, makin kecil saiz pinggannya, 
berbeza dengan waktu mula-mula ia beroperasi.
Mesti pinggan besar tak cukup, kan? ;)

*******************************************

Lama tak menghadirkan diri ke Sister Gathering.
Alhamdulillah, hari ni berkesempatan.
Syukur, walau sekejap, terasa diisi.
Cara penyampaian, sejuk di hati.
Apa yang terlintas, ada hikmahnya. 
Masa untuk aku perbaiki diri sebelum kecapi kemanisan bersama dengan pilihanNya.
Terima kasih Ya Allah.

Semoga kami-kami ini istiqamah dengan amalan ini.
Sebenarnya, rindu mahu berusrah,
tapi pada waktu yang sama,
masih takut dan fobia.
Masalah juga niiii...

******************************************

Dan kini, sudah seminggu Jeddak bersamaku.
Alhamdulillah, makin nakal dan aktif.
Masuk duit nanti, Jeddak akan dikenalkan dengan Jedduk,
atau kamu mahu Combi?
hehehe..
mana satu pilihan kamu Jeddak?

~Jeddak tengah tidur.. Syyyhhh.... Jangan bising~~~ 

~Arigato~

:)

Cukup sekadar mahu blog ini ter-update.
Jumpa lagi..
wwwweeeee~~~~

p/s : jangan malu-malu, saya tak makan orang. Dan tahniah pada adik-adik / teman-teman yang terpilih untuk OC~~~ 
>.<

 

Wednesday, April 04, 2012

Aku pilih MMU Award

Bismillah.

Entry kedua untuk hari ni.
Hari yang sangat tak produktif untuk aku, tapi produktif untuk Jeddak.
Heh?~~

Tengah aku duduk-duduk rehat, ada yang bertanya pada aku.

"Macam mana interview OC ye?"

Aku terkesima.
Heh~~

Selama aku empat tahun di MMU ni, nak apply jadi OC pun aku tak pernah, inikan pula nak hadiri sesi interview.

"Entah, selama 4 tahun ni tak pernah jadi OC pun"

~daripada Nexus website~

Memberansangkan tak aku punya jawapan?

Dulu, waktu zaman HOT dan POPULAR, pernahlah orang APPROACH untuk jadi OC. Malah untuk naik jadi SRC pun ada. Tapi kedegilan hati dan rasa ingin tak ada komitmen, aku tolak semua yang ada.

Hingga ke tahun akhir ni, tak terlintas pun nak ceburi apa-apa.
Biarlah apa yang orang nak cakap.

"Tanya itu, tak tahu. Tanya ini tak tahu,"
"Tak kan tak pernah kot. Buat apa kat MMU ni?"
"Tak kan tak nak sumbangkan apa-apa kot?"

Hurm...
Dunia kita berbeda, bukan?
Aku dengan cara aku, dan aku happy owh!
Korang dengan cara korang, korang pun happy!
So, sama-sama kita happy dengan cara masing-masing.

Untuk soalan interview tu, aku sarankan tanya pada yang pakar.
Aku tidak tahu.

Apa yang aku tunggu sekarang ni adalah

Hah!
Ini yang aku tunggu sekarang ni.
Selama aku 4 tahun di MMU, inilah kali pertama aku decide nak join benda alah ni.
Heh~~
Kalau tak OC dan SRC,
at least MMU Award aku pegi ape.

Dulu, time MPBP, aku tak berkesempatan nak pergi.
Balik bumi Perak tercinta, even aku HICOM.hehe..

Selepas tu, mulalah timbul pelbagai kisah dan cereka,
ada hikmah juga tak pergi.
dan itulah detiknya aku memberontak.
Aiceh!
Hebat tak?
huhuhu..
Kisah lama, kisah di waktu jahil dan masih setahun dan semuda jagung dahulu.
Kini, ceritanya lain sekali.

So..
untuk KELAB yang aku akan wakili kali ini, 
Ini merupakan kelab yang terakhir akan aku sertai.
Dan for sure..
aku nak MELARAM habis MMU Award ni..
hehehehe..
*gurau jek*

Pada yang akan pergi..
jumpa kalian di san yep~~~~
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design