Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, March 03, 2012

MESTI DIMILIKI!

Bismillah.

Update kejap di pagi yang harmoni ni.
Dah lama tak update, so maknanya ini update mesti panjang,
tak pun, update banyak-banyak ke.. :)

Beberapa hari yang lepas, aku sempat baca dua buah buku yang MESTI DIMILIKI oleh semua.

1. SYAMAIL MUHAMMADIYAH


Buku ni actually aku hadiahkan pada abah pada hari bapa yang lepas, tapi aku yang baca.hoho..
Abah dah baca :)

Buku ni best! Seriously!
Semuanya tentang Rasulullah.
Kenali Rasulullah SAW. :)
Satu buku yang MESTI dimiliki!
Jujurnya, bila baca, rasa syahdu je, rasa sedih,
bila tahu macam mana Rasulullah berjuang dulu, kehidupan baginda yang tidak pernah kenyang di dunia, sedih. Cinta baginda pada umat dan sahabat nya sangat hebat!

Melalui buku ini juga, dapat tahu, Rasulullah suka makan apa, suka pakai apa.
Cara duduk, berjalan, gelak, gurauan dan banyak lagi.
Baginda sangat mulia.

Kalau tengok dan bandingkan.. Ustaz Don banyak amalkan sunnah Nabi. Cuba perhatikan apa yang dia buat setiap kali habis sesi 30 Minit Ustaz Don tu. Itulah yang Nabi buat zaman dahulu.

Banyak sunnah baginda kita boleh contohi, tapi kita yang tak sedar.
So pada kawan-kawan, jangan lupa dapatkan buku ni :)

**********
2.Fiqah Berinteraksi dengan NON-MUSLIM


Buku ini juga ada banyak bestnya!
Banyak kekeliruan kita bila nak berurusan dengan non-muslim.
Boleh ke gini? Halal ke? Haram ke?
Eh... betul ke?

Dalam buku ni jawapan nya ada.
Dari segi bab akidah hingga ibadah.
Juga macam mana kita nak handle permasalahan yang timbul andai kita berkomuniti dengan non-muslim.
Bagi aku, buku ni banyak membantu, seriously, benda yang remeh pun kita tak sedar yang itu salah.
InshaAllah, nanti aku cuba kongsikan satu persatu di sini ya :)

****************************

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design