Monday, March 19, 2012

Mana?

Bismillah.
Alhamdulillah.

Dah lama aku tak buat sesi sharing kat blog ni.
bukan tak nak, tapi nak jaga hati orang.

Pada batch-batch aku..jujur aku cakap, aku RINDUKAN korang.
Sejam aku duk tunggu kat CLC untuk sesi gempur, aku teringat time kita buat event.
Aku buat sharing moments dengan roomate aku.

Jujur dari pandangan aku, seteruk-teruk kita waktu MPBP dulu, 
aku lebih sedih untuk yang akan datang ni.

Tak mahu nak letak salah pada sesiapa.
Tak mahu nak menunding jari pada sesiapa.
Tak mahu!

Adik-adik masih baru, tak ada bimbingan.
Ada yang lepas tangan.
Yang paling atas terus bekerja.
Dari mata aku sendiri, aku sedih.

Dari pihak aku, aku cuba beri komitmen terbaik, andai masih belum terbaik, aku minta maaf.

Dulu...
waktu nak naikkan banner, posters, kami turun padang, even susah nak gather komiti.
Alhamdulillah, senior dan komiti turun padang.
Dekat MC, MP & DP,
kami sebarkan flyers.
War-warkan event kami.
Even aku terpaksa berpisah daripada kawan-kawan aku sendiri kerna ikut syif pagi, aku rela je..sedih pun sedih, tapi tugas beb!

Indah!
Aku rindu nak tengok dan rasai kehangatan seperti dulu.
Tapi.. sejam aku duk tunggu tadi.
Aku sedih.

Ai...cik mira.
Andai sedih tak buat apa-apa, tak guna jugak kan?

Aku letakkan 100% tawakal aku pada Allah.
Mana yang masih tersisa ni, aku cuba usahakan cara aku.

Pada batch-batch aku yang baca entry ni..
kalau korang boleh sebar-sebarkan tentang yang akan datang ni, aku sangat harapkan korang boleh bantu.

Aku ekspresikan apa yang aku rasa melalui apa yang aku tulis.
Maaf andai aku tersalah kata dan rasa.
Jujurnya, aku sayang semua yang aku kenali, dan aku memang nak tolong.
Bukan kerna nama aku ada dalam komiti,
tapi ini event kita semua.

Andai dulu kita pernah rasa susahnya buat semua ni, sekarang ni, adik-adik kita sedang rasai benda yang sama, malah lagi teruk dari kita.

Tak kisahlah ada yang akan kata..
"Eleh, bukan main lama senyap, hilangkan diri, tetiba muncul je"
"Mana hilang dulu"

Itu kisah aku dengan mereka.
Tak yah nak ungkit.
Kenapa aku senyap, hilang, itu hal aku.
Kenapa aku ada, kenapa aku join, itu juga hal aku.

Kalau betul concern tentang aku dan yang lain,
jom bantu adik-adik yang ada..
itu lagi baik kan??  

p/s : terasa macam aku nak......  ada masa lagi...jangan mudah mengalah!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law