Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, March 29, 2012

ACEH - DAY 1

Bismillah.

ACEH
4 MAC 2012

Baru ada kesempatan nak update tentang trip ke Aceh waktu cuti semester yang lepas.
Trip jalan-jalan bersama ibu abah dan kawan-kawan mereka.
And this is my first time trip going out from Malaysia.
Kali terakhir pun waktu sekolah rendah.
I want to update simple....
And there are not many pictures taken, sebabnya handphone kehabisan bateri.
Masalah teknikal di situ :)



Kami bertolak ke LCCT daripada Ipoh jam 1 pagi waktu Malaysia.
Flight kami jam 11.40 pagi.
Kenapa awal sangat =.=' ?
Salah satu sebabnya adalah kami tak mahu tertinggal Subuh.
Andai kami ikut trip sebenar, ada kemungkinan akan kelam-kabut sikit,
so kami ambil jalan sendiri pergi. Sampai awal, rehat awal, Subuh pun boleh solat di awal waktu :)

Pergi melawat Aceh.
Melawat tempat-tempat peninggalan musibah tsunami.
Even tak jalan banyak, tapi setiap tempat yang kami lawat tu, meninggalkan kesan di hati. Betapa besar dan agungNya Allah.



Di Aceh, waktu nya awal sejam daripada Malaysia.
Andai Malaysia 10 pagi, di Aceh 9 pagi.
Perjalanan dari KL ke Aceh memakan masa 1 jam 30 minit.
Dan pemandangan dari atas bila tiba di Bumi Indonesia, 
ya Allah!! indah! untung juga aku dapat duduk kat tingkap!
Hanya Allah yang tahu perasaan aku time tengok kat bawah tu.
;)

Kami sampai, disambut oleh Ketua Trip kami, iaitu Pak Rezal.
Masih muda tau :)
Tapi satu yang TAK BEST kat Aceh ni..
lelaki kat sana SEMUANYA MEROKOK.
Memang susah dan payah untuk jumpa lelaki yang tak merokok.
Kat LOBBY HOTEL, RESTORAN, merata-rata, merokok je kerjanya...
hohoho..


Ni la bas comel kami. Disebabkan jalan di Aceh agak kampung dan kecil,
bas besar-besar memang susah nak jumpa.
Hanya bas yang comel macam ni je leh jalan atas jalan raya tu.
Jalan di Aceh sana sangat sibuk, banyak MOTOSIKAL,
tapi.....mereka hormati pemandu yang lain.
Setiap masa bunyi HON, sebagai ingatan pada pemandu lain agar berhati-hati.
Kalau kat Malaysia, HON itu adalah tandanya kita MARAH.
Betul tak?
Aku lebih suka Aceh!
Mereka prihatin!



KUBURAN MASALSIRON
Ini lah tempat yang pertama-tama sekali kami lawat.
Menziarahi salah satu daripada kuburan mangsa tsunami.
Di kubur ni, seramai 46,100 ORANG disemadikan dalam satu liang lahad.
Tak ambil gambar penuh sebab rasa tak berapa manis pula.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
~Al-Fatihah~

Selesai ke kuburan, 
kami isi perut pula :)

RUMAH MAKAN MASAM KEU-EUNG
Pelik benor namenye..
Maksudnya, Restoran Asam Pedas.
Memang makanan di Aceh semua pedas-pedas!
Duduk di sana, hari kedua, sudah diserang sakit perut.
Maklumlah, ada penyakit b******** ni kena elak makan pedas.
Tapi kalau rezeki depan mata memang pedas, telan juga..

KOPI ACEH
Kopi pekat Aceh ni memang tak leh GO dengan aku.
Sebab apa?
Sebab ia pekat sangat!
Hahaha..
Tapi kopi ni lah sangat popular di Aceh.
Kat mana-mana je pasti akan ada CAFE atau KEDAI MINUM kopi.
Sepanjang 3 hari dekat sana, memang inilah minuman kami. T_T
Kopi ni sangat pekat!

BAWAN JAGUNG
Kalau lihat, ada satu kuih kat dalam gambar tu.
Itulah namanya BAWAN JAGUNG.
Tak tahu dalam bahasa Malaysia apa,
tapi BAWAN ni sedap sangat!
Rangup!
hoho.. makanan di Aceh memang sedap-sedap!!!


Alhamdulillah.
Kenyang!
^_^

Sesudah isi perut, kami segera bertolak ke Masjid Rahmatullah.


MASJID RAHMATULLAH
Inilah salah satu masjid yang selamat sewaktu tsunami 8 tahun yang lepas.
Di Aceh...
kat mana-mana sahaja korang pergi, korang akan nampak MASJID.
Banyak MASJID kat sana, even masjid yang tak siap dibina pun ada.
Dan yang buat aku sedikit kagum, even masjid tu tak siap sepenuhnya, 
sudah ada JEMAAH di dalamnya.
Mungkin kerna hikmah tsunami, rumah Allah mula banyak didirikan.

Dan...
tiada bangunan yang tinggi-tinggi di Aceh.
Sebab apa?
Sebabnya....
Bangunan yang dibina di Aceh, tak boleh tingginya melepasi tingginya bangunan masjid.
So, andai di Aceh ada masjid tinggi nya  ********* meter, 
setinggi itu jugalah bangunan yang paling tinggi yang ada di Aceh.



Di Indonesia, nak dapat masjid yang tutup serba serbi susah sikit.
Lihatlah dalam gambar di atas.
Kami yang perempuan ni sembahyang di tempat terbuka.
Di mana-mana masjid pun, begitulah keadaannya.
Nasib baik sudah terbiasa di Malaysia, so, perkara begini bukan sesuatu yang baru :)

Ada bahagian struktur masjid yang masih tersisa rosaknya dijadikan muzium pula.
Kesan peninggalan tsunami di rumah Allah ini.
Inilah masjid yang kita tengok menyelamatkan ramai orang ketika tsunami.
Dan masjid ini sahaja yang elok strukturnya..sedangkan apa sahaja yang ada di sekelilingnya musnah ditelan tsunami.



Syukur sebab dapat jejakkan kaki ke sini.
InshaAllah, satu hari nanti, Masjid Nabawi pula.
Ameen.

Sesudah melawat masjid,
kami terus melawat Ulhe Lhe.


ULHE LHE
Di sini, kami dapat lihat kapal apung yang tersadai di Kampung Punge.
Kapal tu memang besar.
Dibawa oleh tsunami dari pelabuhan Ulhe Lhe ke perkampungan Punge.
Gambar kapal tak dapat nak snap. Rugi pula~~~~~
Dan sempat juga kami lihat gambar-gambar di atas tu.
Sangat sedih lihat keadaan mangsa-mangsa tsunami dalam gambar yang ada.

Hurm...
Hari first ni tak banyak kami pergi melawat.
Sampai ke hotel pun agak petang.
Dan seriously, penat memang terasa.
So, lepas ke ULHE LHE, 
Kami terus check in hotel
>.<


Nanti sambung hari kedua pula ya... :)



p/s : aku jadi JUTAWAN dekat ACEH!!!!~~~~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design