Friday, March 30, 2012

ACEH - Day 3 & 4

Bismillah

Aceh
6 Mac 2012

Hari ketiga ni, kami tak pergi mana sangat.
Kami mengunjungi rumah anak yatim di sana.

Anak-anak kecil yang ditinggalkan oleh insan yang tersayang yang telah terkorban dalam tsunami.
Dan ada seorang mak cik ni, dia yang jaga semuanya. Seluruh ahli keluarganya terkorban dalam tsunami.
Dia cerita kat kitaorang semua sambil menangis-nangis.
Walaupun kurang faham; sebab nya bahasa Aceh yang digunakan terlalu pekat,
tapi dapatlah tangkap jalan ceritanya.
Dan jujur, sayu lihat anak-anak ni.
Usia terlalu muda tapi jiwa kental!

Ada seorang adik ni, namanya Muhammad.
Dia bukan kehilangan insan yang disayanginya kerna tsunami, tetapi kerna keganasan.
Lupa tahun bila, adik kecil ni melihat dengan mata nya sendiri bagaimana ibu dan bapanya dibunuh.
Selepas daripada peristiwa itu, Muhammad ni berkeliaran di merata-rata tempat sehinggalah ada yang bawanya datang ke rumah anak yatim.
Dan sehingga ke hari ini, adik ni tidak mempunyai sijil beranak.
Sehingga ke saat ni...,masih tiada.

Cuma sayangnya mereka ni, mereka tidak diendahkan oleh penduduk sekitar.
Pada pandangan orang di luar sana, rumah anak yatim mendapat sumbangan daripada pihak luar oleh itu mereka boleh survive sendiri. Tapi sebenarnya jangkaan mereka jauh sama sekali.
Rumah anak yatim yang kami kunjungi ni kalau ikutkan akan dibubarkan bila-bila masa sahaja sebabnya tidak mempunyai sumber kewangan bagi menampung anak-anak yang tinggal di rumah tu.

Semoga Allah mudahkan segala urusan mereka.
Murahkan sumber rezeki penghuni rumah ini agar usaha murni mereka menjaga dan mendidik anak-anak kecil ini dilipatkan gandakan ke arah yang terbaik, inshaAllah.

Hari kami lebih banyak dihabiskan di PASAR ACEH!
Di sinilah SYURGA membeli-belah.
Macam-macam ada dan sangat panjang pasar dia.
Seronok shopping kat sini.
Tapi susahnya sedikit bila mana mahu meminta diskaun.
Orang Aceh susah nak bagi diskaun.
Berbeda dengan kita di sini.
Kalau kita orang yang benar-benar handal meminta diskaun,
mungkin harapan nak dapat diskaun di Aceh cerah sedikit.

Malam tu me and my parents keluar cari SATAY!
Hohoo..
Jauh cari satay kan.. sampai perlu menjelajah ke Bumi Aceh.
Rasanya?
Tak sesedap satay kita di Malaysia.
Tapi ada satu satay tu menarik!
Namanya SATAY GOYANG LIDAH.
Satay ni boleh dikatakan satay yang pedas arrr..
tapi bukan daging atau ayam.
Ia nya adalah SATAY LIDAH LEMBU.
hehehe....
^_^

Siapa yang pernah makan PERUT lembu, rasa LIDAH nya lebih kurang sama je.

***********************************************************

Aceh
7 Mac 2012

Hari terakhir ni...
Siap-siap untuk pulang semula ke tanah air.

Rasa sedih sangat.
Jarang aku dapat rasa setenang ini waktu cuti.
Dan tak pernah aku rasa bestnya cuti di negara orang macam ni.
Dapat jumpa orang baru, 
suasana baru, bahasa baru.
Semuanya ini merupakan pengalaman buat aku.
InshaAllah, ke negara lain pula suatu hari nanti
 :)



****************************************************



~ Ni namanya LABI-LABI.~
Kat Aceh, tak banyak kereta ada, yang banyak adalah MOTOSIKAL.
Dan Labi-Labi ni kiranya macam TEKSI la kat Malaysia.
Boleh muat dalam 12 orang.
Comel tak???

Kalau kat Thailand, namanya TOK-TOK
:)




* CUT - Nama bagi golongan bangsawan (wanita)
* TEKU - Nama bagi bangsawan (lelaki)
* TENGKU - Nama bagi golongan Sultan 

* AIR - EE
* KELAPA - UU
* GOPIS - Goreng Pisang
* PISGO - Pisang Goreng
* WARKOP - Warong Kopi

* ACEH - Asia, Cina, Eropah, Hindia
Dulu nya nama Aceh adalah ATJEH.. 

Inilah negari kelahiran LAKSAMANA SUNAN!

Orang Aceh gemar guna singkatan
Ada lagi..tapi tak teringat.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law