Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Thursday, March 29, 2012

ACEH - Day 2

Bismillah.

5 Mac 2012
Aceh

Hari kedua berada di bumi Aceh.

Sebelum berangkat, sahabat aku, mek Nadiah ada pesan.
"Eh...orang Endon pagi makan nasi tau,"

Haaa... itu aku tak tahu dia pesan ke atau berikan fakta atau mahu sangkal kata-kata aku >.<
Tapi betul cakap dia, memang sarapan pagi adalah nasi.
Nasi macam makan waktu tengah hari.
Dan lauk rasmi mesti ada...
TEMPE!


Sedap! tapi PEDAS!
hehe..
sarapan ditaja oleh pihak Hotel. :)

Selesai makan, kami bersiap-siap untuk trip lawatan pula.
Pak Rezal tak jadi lead kami.
Tapi dia sempat ajar beberapa perkataan orang Aceh.
Alhamdulillah.
Susah sikit tapi menarik.

Yang menggantikan dia adalah Pak Fikri.
Juga merupakan salah seorang mangsa tsunami. 

Kapal Atas Rumah

Sebuah kapal yang dibawa oleh arus tsunami ke atas sebuah rumah.
Kapal ni berjaya menyelamatkan 59 orang.
Dan tempat ni telah dibeli oleh kerajaan Aceh untuk dijadikan muzium.

Tuan rumah masih hidup lagi.
Dan kapal ni sangat besar!


Abah ni kan.. sesuai jadi model candid aku snap gambar. hehe..
Apa hikmahnya Allah hantar kapal ni ke atas rumah ni ye..
Aku tak berani nak masuk rumah tersebut dan snap gambar, hanya boleh tengok dari luar.
Entah mengapa terasa kurang berani.



Ada sorang pak cik ni, dia berjaya menemuramah seorang mangsa tsunami yang merupakan salah seorang di antara 59 orang atas kapal ni. Kalau tak silap, dia pernah perform dalam kumpulan Raihan dulu.
Sayangnya tak ada gambar orang tu. 

Then..kami bawa diri ke Perkampungan Indonesia-China.
Orang-orang China yang berikan bajet untuk didirikan rumah di Indonesia.
Permandangan dia, jangan cakaplah, cantik.
Dari atas, dapat tengok dua benua.
Satu nya Selat Melaka.
Satu lagi  Lautan Hindi.
Seriously... indah sungguh ciptaanNya.

~Masjid~



~Best Couple Award~


Seterusnya, kami ke Gunongan
Taman istirehat Permaisuri Aceh dahulu kala.
Disebabkan Sultan Iskandar Muda berkahwin dengan Puteri Pahang,
so..Puteri ni rindu bebenor dengan Gunongan yang ada di Pahang.
Dia request pada Sultan untuk dibinakan satu bangunan yang sama bentuknya dengan yang ada di Pahang, supaya terubat rindunya pada Pahang.
Disebabkan kasih sayang dan cinta, Sultan ni pun binakan.


Sekali tengok seperti TEMPLE, tapi bukan.
Dahulunya, sekitar kawasan ni adalah sungai dan taman.
Tapi lama-kelamaan struktur berubah, akhirnya jadi seperti Taman biasa.
Kat sini pun ada satu tempat yang Puteri Pahang ni selalu SALON kan rambut dia, SPA kan diri dia.
Hebat owh!!
Sempat juga merasa duduk. Tapi tak snap gambar~~~ @.@!

Masuk lah dalam bangunan putih tu.
Seriously...memang mencabar.
Macam kita daki Gunung.
Dengan sempitnya.
Dengan tingginya. Gayat!
Seriously.. lepas naik bangunan ni..
Kaki aku sakit!
Kene warming up dulu..haha..


Kat dalam tu, aku terfikir, kenapalah Puteri ni minta pelik-pelik.
Apa lah yang dia buat kat sini dahulu kala?
Tak de permintaan lain ke?
Tapi yalah, kalau aku di tempat Puteri pun, mungkin aku akan minta benda yang sama.
Tak kan nak balik Pahang selalu.
Lainlah kalau time tu dah ada Air Asia kan.....

Selesai di Gunongan,
kita berangkat ke Muzium Aceh dan Muzium Tsunami


Kan dah cakap, abah boleh jadi model.
Smart tak gaya abah??
hehe...



Yang kat atas ni kat dalam Muzium Tsunami.
Dalam muzium ni, kita dapat rasa sikit-sikit macam mana suasana ketika tsunami terjadi.
First masuk, sekeliling dipenuhi air, dapat dengar jeritan suara orang, dapat dengar bunyi ombak, dapat dengar bunyi kalut.

Then... kita akan tengok beberapa slide kejadian tsunami berlaku.
Selepas tu, kita dibawa masuk dalam satu tempat yang dindingnya dipenuhi dengan nama-nama mangsa tsunami. Dapat snap, tapi gelap sangat.

Kat dalam ni, tenang sikit, sebabnya sentiasa dialunkan ayat-ayat suci al-Quran.



Kat bawah ni pula nama-nama negara yang telah memberikan bantuan untuk membangunkan semula Aceh selepas tsunami melanda.
Aku dan ibu punya lah cari nama Malaysia..tak jumpa..
Depa guna nama DAMAI, instead of MALAYSIA.

Dan.. ada sesuatu yang menarik perhatian aku.
Dan sesuatu ni pun telah buat aku terdiam seketika.
Ejaan lain, tapi sebutan barangkali boleh sama.


Next... isi perut.
Isi perut kali ni memang best!!!
Kitaorang pergi PANTAI!!!!!!!
Ke...laut?
hahahahaha...

Sangat cantik!!
Seriously!!
Sangat tenang!
Angin laut tu even bahang tapi lama-lama sejuk je.
Ya Allah! 
Aku nak pergi lagi!!!!!






Dan ikan bakar dia AWESOME!!
Ibu siap cakap lagi..
Rugi tak pesan banyak sikit.
Dengan air kelapa nya lagi.
Alhamdulillah!
Sangat fresh!!

Lama gak la kitaorang dekat sini.
Sambil duduk tunggu ikan dibakar,
hirup udara laut yang segar.
Siap ada yang tidur lagi.
^___^

Masa kami banyak habis kat sini.
Sampai petang then kami packing balik.
Sempat singgah satu lagi masjid yang selamat ketika tsunami.
Tapi sayang, bateri Samsung aku habis pula.
Masjid tu..
sangat sejuk.
Kipas tak banyak ada dalam masjid tu, tapi entah kenapa,
sejuk je berada dalam masjid tu.
Syukur.

Lewat petang, balik hotel dan rehat.
Asyik jalan dan makan.
Penat~~~


~Romantic Couple Award :) ~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design