Saturday, February 11, 2012

One Day KL Trip

Bismillah.
Alhamdulillah...

Peeeennnnaaaattttt!!!!!!!

Huuuissshhh..
Hari ni seharian keluar.
Kerna Mr Benq ku, aku melangkah agak jauh bersama dengan Mek Nadiah.
Berbekalkan semangat juang dan juga pengalaman hidup di ibu kota selama 3 bulan, 
kami dengan bangganya meneruskan perjalanan.Ceewwaaahh!!~~

Tapi, ada satu part yang bagi saya agak baru.
TOKEN LRT!!!
Hohoho..
Kalau dulu guna kad LRT, tapi kali ni guna TOKEN je.


Yang best part TOKEN ni, 
kita boleh beli terus TOKEN dari ALIRAN KELANA JAYA kalau nak pergi ke ALIRAN AMPANG/SRI PETALING.
Kalau guna kad dulu, kena beli yang baru setiap kali nak tukar ALIRAN.
Kali ni tak perlu dah.. beli sekali terus je. Bagus!
Tapi satu je yang aku rasa mula-mula aku guna TOKEN ni.
KENAPA SUSAH SANGAT BILA DAH MAKIN MAJU NI??

Tapi..itu mula-mula.
Yelah, pengalaman sentiasa mengajar kita erti hidup.
At least aku merasa perubahan yang berlaku di ibu kota.
Hohoho..
:)


Ni pula kedai 1 MALAYSIA dekat KELANA JAYA.
Kecil je pun, kat IPOH nye lagi besar.
hahaha..
Tak ada apa nak dibeli kat sini, saja jejakkan kaki.
^_^


Sebenarnya, melangkah semula ke KL ni, dengan naik LRT bagai, ingatkan aku semula kenangan aku time intern dulu... seriously.

Pagi-pagi bangun, siap-siap, keluar rumah jalan kaki ke stesen.
Jujurnya, aku lebih suka Kelana Jaya nye aliran daripada Ampang, sebab tenang.
Kalau lambat sikit, memang berbaris la nak naik LRT tu.
Pernah jugak lah lambat ke office.
Bila naik je LRT, ada satu bangunan yang aku akan tengok.

Nama bangunan tu BANK OF CHINA.
hahaha.. 
Aku akan perhatikan bangunan tu setiap pagi.
Ada satu company tu kecil je kat area Dato' Keramat, tu pun aku selalu tengok jugak.
hohoho..
Tu la rutin aku setiap pagi.

Aku rindu semua tu, even dalam hati aku, aku tak nak ingat dah.
Pepun.. aku rindu Talent Sourcing.

Dan harapan aku, Benq aku sihat semula.
:)

p/s : Hidup di ibu kota bukan jiwa aku, tapi tidak mustahil aku akan ke sana nanti.

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law