Thursday, February 23, 2012

Influenza Cinta

Bismillah.
Alhamdulillah.

Haaaa... tengok-tengok! Nampak tak kemalasan nak edit kasi tegak gambar ni..haha.. :)


Semalam, alhamdulillah, dapat habiskan satu lagi novel yang Cik Hajar kasi pinjam.
~INFLUENZA CINTA~

Jujur!
Aku bukannya yang jenis suka baca novel Cinta, kerna bagiku, cerita cinta semuanya sama.
Bila mana, ada kawan-kawan yang bagi pinjam atau menyuruhku untuk cuba baca, then, barulah aku akan ambil dan selak satu persatu hingga ke muka akhir :)

Well..
Novel ni not bad for me.
Simple yet interesting.
Masih boleh buatkan aku senyum-senyum seorang diri, tu maknanya cerita itu BEST!
hohoho..
Tapi tak leh lawan lagi senyuman aku semasa membaca novel JODOH KAU & AKU

Ezad Hakimi
Zul Khuzaimey
Yasmin Dayanna
Suraya

Empat watak utama yang memainkan peranan hebat dalam novel ni.
Kerna rasa bersalah dan mahu dihukum, Ezad menerima cadangan ayahnya untuk menikahi Yasmin Dayanna, yang satu ketika dahulu merupakan rakan sekolahnya yang disangka telah maut dalam kemalangan jalan raya.

Tapi.. kuasa Tuhan, amnesia yang dihadapinya membuatkan Dayanna lupa siapa dia dan siapa yang pernah menyakiti dirinya dahulu. Lantas, cuba melakarkan cintanya kembali dengan Ezad Hakimi, meskipun lelaki tu dingin pada asalnya.

Well.. well..
dah namanya CINTA, pastinya ada orang ketiga dan keempat.
hahah!

Dalam cerita ni, bagi aku, Suraya boleh tahan kejam dia. 
Cuba memisahkan merpati sejoli tu.
Kejam tapi tak zalim.
haha.. boleh terima tak gitu? @.@?

Zul tu pula..bagi aku..
dia seakan-akan LEE JUN KI, 
dalam cerita korea MY GIRL.

Sentiasa menjadi penyelamat bagi Dayanna dan sentiasa menjadi GENIE untuk menggembirakan hati Dayanna.. SWEEETTT!!!!!~~~

Apa lagi.. kalau bukan happy ending di akhirnya.. :)

Terima kasih kat Hajar sebab bagi aku pinjam.
Dalam sehari pula tu aku habiskan!
Hahaha..

Antivirus Cinta? ada ke???

p/s : hari ni rehatkan diri daripada membaca novel, dan buka semula buku rohani :)
pp/ss :  Cinta.. orang kata ia nya manis, tapi kenapa setiap kali mesti duka dan perit yang diberikan?

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law