Wednesday, February 22, 2012

Fiksyen 302

Bismillah.
Alhamdulillah.

Syukur.
Semalam, aku berjaya habiskan buku kedua sempena Minggu Membaca Cuti Semester ni.
Tak sangka, aku bukannya jenis yang boleh habiskan novel dalam sehari, tapi entah mengapa, bila mana novel itu karya En Ramlee, sekejap je aku baca!

Dan semestinya, En Ramlee tak menghampakan aku yang merupakan salah seorang peminat dia!

FIKSYEN 302
"JANGAN PERCAYA!"

"Sudah agak lama saya tidak menyentuh perihal psikologi manusia dalam lewat karya-karya saya - antara subjek yang saya gemari. Dan kali ini idea tersebut menjengah lagi ke minda saya. Pada kelazimannya... pasti terdapat sesuatu yang terlintas di fikiran :
"JANGAN PERCAYA!" "

************************

Bagi aku, idea yang ingin disampaikan oleh en Ramlee sangat simple, iaitu perihal orang gila dan psikologi. Tapi cara pengolahan cerita, cara dia kembangkan plot yang ada, buatkan cerita ni unik! 
Bukan nak bangga dan membanggakan en Ramlee, tapi ini apa yang aku  rasakan. 

Aku hanya follow karya en Ramlee je..
Dan satu yang aku harapkan... aku nak jadikan dia MENTOR AKU!!!

Dalam cerita ni, mula-mula lagi penulis dah buat kepala sakit.
DIA - RITA YUZALINA
DIA - LAN LANI
DIA - FARID JA'AH
DIA - DR ROZLINA
DIA - NOORHAFIZA IZURA

Banyaknya 'DIA' dalam cerita tu buatkan aku tertanya-tanya.
Tapi bila baca, satu persatu persoalan terungkai, dan satu yang keluar dari mulut aku sendiri..
"GILER AR!! BEST!"

~FIKSYEN 302~

Back to the Future. 
Kita pernah tengok cerita ni dulu kan?
Dalam novel en Ramlee kali ni, Back to the Past (BTTP).
Maklumlah, tahun 2032, kita memang dah serba maju.
BTTP ni digunakan untuk menjejakki criminals yang sebenar dalam pembunuhan.
hurm...

Kalaulah strategi pembunuhan ni digunakan oleh orang-orang yang tak sepatutnya di luar sana, apa akan terjadi ek? 
Mungkinkah akan berlaku dalam dunia realiti ni?
hurmmm..
"JANGAN PERCAYA!"
Hahaha..

Pembawakan watak Farid yang merupakan seorang psikosis buatkan cerita ni makin menarik.
Timbul rasa kasihan bila ketahui pasti ada manusia seperti Farid di luar sana.
Kerna tertekan, kerna kecewa, diri sendiri terpaksa menjadi gadaian.
hurm...

"Cuma... berhati-hatilah dengan watak diri kita sendiri. Kemungkinan watak itu sekadar fiksyen. Jangan percaya kalau suara hati menyuruh diri kita melakukan kejahatan, lebih-lebih lagi membunuh. Jangan percaya! 302 amat berat hukumannya!"

Nak cerita banyak, terasa rugi pula kan..
haha.. kalau nak tahu..kena baca lah ;)


******************************
" Ya... novel ini merupakan episod terakhir kisah Saifuddin aka Laksamana Sunan. Maka bersiap-siaplah untuk merinduinya selepas ini. Episod kali ini adalah 'selamat tinggal' pada sebuat cerita yang terlalu panjang." 

Ini adalah komen En Ramlee untuk novelnya yang seterusnya!
:)

SUNAN MUSAFIR!!!

EN RAMLEE!!! SAYA TUNGGU NOVEL NI!!!!
Masa untuk ber-dating dengan Sunan akan tiba.

"PERPISAHAN ITU AMAT PASTI KEPADA SESIAPA JUA"

p/s : benar wujudkah lelaki seperti Saifuddin aka Sunan? 

2 comments:

nurul-rasya said...

buku ni aku baca 3 kali baru faham

Cik Mira said...

@nurul-rasya..
seriously? haha..kekadang susah nk faham.. tu yang pening sikit2 tu.. :)

overall.. amacam? best x?

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law