Saturday, February 04, 2012

Alhamdulillah

Bismillah.

Alhamdulillah.
Masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan sisa hidup ini.
Entah mengapa rasa segar semacam je pagi ni. Semalam boleh dikatakan lewat juga tidur.
Habis baca novel jam 3 pagi. Online kejap dan layan diri bersama Samsungku sampai pukul 4 lebih.
hurm.....
:)

Untuk entry pagi saja nak share rasa suka di hati.
Semalam sedih melanda diri kerna buah hatiku Mr Laptop sudah jatuh sakit.
Sekarang sedang usaha untuk mengubatinya.
Selain handphone, laptop merupakan aset kedua terpenting.
Bila tak ada laptop, tak best pula..
(*pepun cik mira.. sila bersyukur dengan apa yang kamu ada ye.. bersyukur~~~~)

Ok.. straight to the point.
Semalam, tangan menggatal nak browse sini sana dengan hanya menggunakan Samsung kesayangan. Nasib baik loading ok. Gatal juga nak tengok blog sendiri.
Alhamdulillah, dua berita gembira aku terima. Bagi aku, gembira lah. Orang lain aku tak tahu, gembira ke sedih ke...

**************************************************************

Berita 1

Dua bulan lepas, kalau tak silap aku, aku ada join Contest Kreatif Menulis Bersama HOB.
Hurm... aku pun cuba hantar satu tengok. Cerpen mana yang aku hantar?
Berbekalkan cerpen pertama aku setelah lama aku tak menulis, dan cerpen itu jugalah aku hantar ke penulisan2u, aku tekad hantar cerpen RUHIS.
Cerpen ini lah model aku sebenarnya. Aku pun suka cerpen ni..hahaha :)

Antara banyak-banyak cerpen yang aku dah karang, ada 2 cerpen yang aku betul-betul suka :
RUHIS 
SOON

Cerpen SOON aku pernah hantar kat penulisan2u sekali dengan cerpen APA PADANYA
Tapi hanya tersiar APA PADANYA. Cerpen SOON tak ada. Mungkin tajuknya barangkali Admin ingat dalam Bahasa Inggeris kot. Tapi SOON tu nama orang, bukan maknanya AKAN DATANG. So, aku ambil inisiatif hantar 2 kali. Salah satunya aku tukar nama tajuk.

Inilah masalahnya kalau aku menulis. Tulis dah siap, tapi tajuk tak tahu nak letak apa. Alih-alih, aku akan letak nama watak itu sendiri. Sedih pula bila cerpen tu tak tersiar. Sebabnya, bagi aku, SOON dan RUHIS merupakan karya aku yang aku sendiri cuba unikkannya. haha. Itu apa yang aku rasa la kan.. :)

Hopefully akan keluar nanti cerpen SOON aku tu :)

Berbalik pada tujuan asal, alhamdulillah, cerpen aku masuk top 21 
Dan disingkatkan cerita, semalam telah diumumkan pemenangnya.
Dapat tempat keempat. 
Not bad :)


Syukur.
Even kecil, tapi bagi aku inilah cara untuk aku nak asah bakat aku.
Dulu kalau waktu sekolah, aku terlalu teringin nak pergi bengkel penulisan yang Alaf 21 anjurkan, tapi tak ada rezeki.
*apa motip aku bagitahu??*

*****************************************************

Berita 2

Kelmarin, kalau tak silap aku juga, aku ada join segmen RAMAH MESRA BLOGGER 

Dalam segmen ni, diminta sambungkan cerita. Teringat time aku join menulis CERPEN INDIE dahulu.
CERPEN INDIE bagusnya bagi aku ia melatih aku untuk menulis dengan idea giler. 
Means kamu kena menulis yang endingnya lain sedikit, tapi pastikan kena ikut tema yang Admin tetapkan.
Kenapa namanya CERPEN INDIE? 
Sebabnya cerpen ini due date-nya pasti Hari Isnin..haha :)
Leh baca dua cerpen indie rekaan aku kat tepi tu kalau teringin.
Aku tahu idea giler aku tak sebernas mana. 
Budak baru belajar la katakan.

Berbalik semula pada tujuan asal....
Ni screen shot cerita aku...

 

Alhamdulillah, ni komen PCB 
(Admin segmen ni)
(Leh klik gambar kalau nak tahu cerita full)



Terima kasih  :)
Terima kasih juga kerna review blog yang tak seberapa ni.
Kalau nak tahu, blog ni dah banyak kali tukar nama, hahaha.. punya la teruk aku ni kan..
Dan terima kasih juga untuk kata-kata dan doa di atas.
*tsk...tsk* 
terharu.. :)

********************************************************

Konklusi dari aku sendiri :

Masih jauh lagi perjalanan aku dalam bidang ni.
Jauh lagi dan banyak lagi benda aku kena belajar.
InshaAllah, aku akan cuba yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Dan sekarang ni, aku sedang usaha satu benda berkaitan dengan minat aku ni.
Doakan agar semuanya berjalan lancar.
Ini first time aku mahu betul-betul step forward.

InshaAllah, kalau menjadi dan dah siap, aku akan khabarkan di sini.
Tapi semua ni aku akan mulakan once Final Exam aku selesai.
Waktu sekarang, tumpu study..
cceewwaaahhh~~~

Owh... panjang berjela pula entry kali ni.
Maaf.
Memang tabiat aku suka karang panjang-panjang.

p/s : hehehe..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law