Monday, February 20, 2012

4...5...6

Bismillah.
Alhamdulillah.

Haaa... hari ni disebabkan ada kesempatan nak update dua entry.. so tak kan nak lepaskan peluang kan?
Tapi malam ni nak story sikit sal salah satu buku yang aku beli dengan menggunakan voucher pak sedara aku bagi..haha ><

4...5...6..
si...ng..lok...
(Hakka)
by : Kuan Guat Choo

Cerita yang simple oleh seorang penulis Cina, berani merungkaikan serba sedikit kehidupan orang Islam dengan pembawakkan watak seorang kanak-kanak Cina.

Cerita ini juga terjadi sewaktu Tentera Jepun bermaharajalela di Tanah Melayu.

Li Lian yang kehilangan keluarganya kerna ketamakkan kaumnya sendiri telah menyebabkan dia berani mengambil jalan pintas untuk menamatkan kisah hidupnya.

Asalnya, Pa Salleh, yang merupakan kawan baik kepada ayah Li Lian telah berjaya menyelamatkan anak kecil tu daripada dibunuh dan terbunuh. Dibesarkan dalam keluarga Melayu, diajar tata tertib dan adab Melayu, tetapi masih mengekalkan darah keturunan Cina yang memang mengalir dalam tubuhnya.

Salmah dan Indrani membesar bersama-sama dengan Li Lian, dan mereka berjaya menjadi orang yang berjaya.
Tetapi, kisah hidup silam Li Lian menghantuinya.. dan dia berjaya mencari siapa pembunuh ahli keluarganya.
Hidup dia lagi kelam-kabut bila mana orang tersebut adalah bapa mentua nya sendiri.

Disingkatkan cerita.. Li Lian berani mengambil langkah yang singkat untuk menghapuskan semua keturunan pembunuh yang mengalir dalam salasiah keturunannya.

"CUT GRASS SEVER ROOTS!" YOU LEFT ONE. I LEFT NONE.


Satu buku sudah habis dibaca. ^_^

p/s : kemaafan adalah amalan yang paling mulia. Tetapi kerna ego diri, apa yang dianggap mulia, akan sentiasa dikaburi hingga ke akhir..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law