Followers

My Wattpad

28 Feb 2012

Muniff Isa

Bismillah.

Malam ni nak menggedik sikit.

Tengah layan BFF-TEMAN TAPI MESRA.
Kalau nak tahu apa benda cerita tu, leh baca kat sini. Meh KLIK



Tak layan sangat sebenarnya, tapi Muniff Isa yang berlakon sebagai Iskandar ni menarik hati aku!
OH MY GOD!!

Dia sangat hensem!
Dah lah pendek, pastu sweet plak.
hoho..

Entah mengapa terjatuh hati kejap kat Muniff ni..
hehehe..
:)


AAAiiiigggoo!!!!
Aku try add dia kat FB, tapi friend request dah banyak sangat.
So aku boleh like page dia je.
Sedih tak?
Sedih kan??
hurmmmm :(..

Ok.. masa menggedik dah habis!

p/s : Dapat calon suami cam Muniff Isa pun dah kire ok! ><

Ambil Mood la katakan..

Bismillah.
Alhamdulillah.

Short update!

Dah masuk minggu kedua cuti semester!
Maknanya ada lagi seminggu untuk relax-kan diri ni.
Hoho.. macamlah aku akan sibuk sem depan kan.

Apalah beritanya Mr Benq aku ni yep?
hurm..
Ateh pun tak update ape-ape,
katanya nak ke Myanmar..
Outstation lagi.. =.='

Hopefully laptop aku selamat.
Aku perlukannya start sem ni.. hurmmmm..

Pepun.. tolak tepi soal laptop,
sekarang ni ambil mood untuk ke Acheh!
hahaha..

doakan aku selamat pergi dan selamat sampai semula ke Malaysia ni.
Flight aku Ahad ni.
Ahad ni beb!
hehe...

p/s : Ada masanya Allah turunkan ujian untuk uji sejauh mana kuatnya kita dan sejauh mana kita bergantung padaNya. Ada masanya juga Allah beri nikmat untuk uji kita untuk lihat sejauh mana kita bersyukur dan sentiasa berterima kasih padaNya..
:)

26 Feb 2012

Lesen Tamat!!!

Bismillah.
Alhamdulillah.

TIDAKKKKK!!!!!!!!

Lesen dah nak tamat tempoh!!!

Hahaha.. poyo tak?
Tengah duk asyik kemas apa yang patut untuk Acheh tadi..
yelah, tak kan nak bawa juga kad bank ATM  yang tak ada duit dalamnya ke Acheh?
Untuk apa?

So, kemas kasi cantik dalam purse, belek LESEN MEMANDU..


Muka suci dalam kad!
haha..
Tak sangka, cepat masa berlalu..
2 tahun berlalu sudah.
Tiba masa untuk renew yang baru.
hurm..
duit lagi =.='
tukar IC baru pun duit =.='
buat pasport pun duit =.='

Kalaulah boleh digadaikan TONY, TOMA, TARO..
Sah!
memang sah aku akan gadaikan!
hahaha..



Last buku BM yang aku baca!
Simple, ringan dan sesuai untuk bebudak.
haha..

Namun, gaya bahasa A Samad Said tonjolkan buatkan aku sedikit pening.
Simple yet sometime confuse.
hurm..

A Samad Said tetap nampak hebat di mata aku.
Kalau boleh ketemu, belanja ku makan.

p/s : Jiran aku masuk TV!! BEST!


25 Feb 2012

KAMPUNG GIRL

Bismillah.
Alhamdulillah.

Seharian tak online.
Malas dan malas.

Hanya mahu terbaring.
Kerja rumah pun malas nak buat.
hurmmm....


~KAMPUNG GIRL~

3 hari marathon novel!
3 novel aku habiskan dalam 3 hari.
hahaha...

Penulis ni lebih kurang usia aku je.
Muda!
Tapi idea dia best!

Cinta antara sepupu dan perbandingan status BANDAR DAN KAMPUNG.

Kekadang aku tension gak!
Apa kena status menjadi hal?
Sekufu la konon!

Kerna perempuan tu dari kampung, diherdik, dihina kaw-kaw oleh suami.
Pedih beb!
Kalau aku sentap pun sentap ar, even suami.

Tapi cerita ni bagusnya, cinta macam mana pun kat orang tu, andai dia bukan milik kita, ke sudah pun bukan milik kita.
Allah akan berikan yang terbaik untuk kita even itu bukan yang kita mahukan.

DIA lebih mengetahui beb!

Cinta pusing-pusing dalam novel ni, alih-alih sepupu jugak.
Hahaha..
lawak-lawak!
Unik!

Well..
aku dah habiskan akunye novel.. :)

Minggu membaca yang sangat bermanfaat bila mana kita rasa tak terdaya nak buat apa lagi.. :)

p/s : buku tentatif ke Acheh dah ada di tangan. hopefully kesihatan aku mengizinkan aku enjoy percutian ni..


23 Feb 2012

Influenza Cinta

Bismillah.
Alhamdulillah.

Haaaa... tengok-tengok! Nampak tak kemalasan nak edit kasi tegak gambar ni..haha.. :)


Semalam, alhamdulillah, dapat habiskan satu lagi novel yang Cik Hajar kasi pinjam.
~INFLUENZA CINTA~

Jujur!
Aku bukannya yang jenis suka baca novel Cinta, kerna bagiku, cerita cinta semuanya sama.
Bila mana, ada kawan-kawan yang bagi pinjam atau menyuruhku untuk cuba baca, then, barulah aku akan ambil dan selak satu persatu hingga ke muka akhir :)

Well..
Novel ni not bad for me.
Simple yet interesting.
Masih boleh buatkan aku senyum-senyum seorang diri, tu maknanya cerita itu BEST!
hohoho..
Tapi tak leh lawan lagi senyuman aku semasa membaca novel JODOH KAU & AKU

Ezad Hakimi
Zul Khuzaimey
Yasmin Dayanna
Suraya

Empat watak utama yang memainkan peranan hebat dalam novel ni.
Kerna rasa bersalah dan mahu dihukum, Ezad menerima cadangan ayahnya untuk menikahi Yasmin Dayanna, yang satu ketika dahulu merupakan rakan sekolahnya yang disangka telah maut dalam kemalangan jalan raya.

Tapi.. kuasa Tuhan, amnesia yang dihadapinya membuatkan Dayanna lupa siapa dia dan siapa yang pernah menyakiti dirinya dahulu. Lantas, cuba melakarkan cintanya kembali dengan Ezad Hakimi, meskipun lelaki tu dingin pada asalnya.

Well.. well..
dah namanya CINTA, pastinya ada orang ketiga dan keempat.
hahah!

Dalam cerita ni, bagi aku, Suraya boleh tahan kejam dia. 
Cuba memisahkan merpati sejoli tu.
Kejam tapi tak zalim.
haha.. boleh terima tak gitu? @.@?

Zul tu pula..bagi aku..
dia seakan-akan LEE JUN KI, 
dalam cerita korea MY GIRL.

Sentiasa menjadi penyelamat bagi Dayanna dan sentiasa menjadi GENIE untuk menggembirakan hati Dayanna.. SWEEETTT!!!!!~~~

Apa lagi.. kalau bukan happy ending di akhirnya.. :)

Terima kasih kat Hajar sebab bagi aku pinjam.
Dalam sehari pula tu aku habiskan!
Hahaha..

Antivirus Cinta? ada ke???

p/s : hari ni rehatkan diri daripada membaca novel, dan buka semula buku rohani :)
pp/ss :  Cinta.. orang kata ia nya manis, tapi kenapa setiap kali mesti duka dan perit yang diberikan?

22 Feb 2012

Fiksyen 302

Bismillah.
Alhamdulillah.

Syukur.
Semalam, aku berjaya habiskan buku kedua sempena Minggu Membaca Cuti Semester ni.
Tak sangka, aku bukannya jenis yang boleh habiskan novel dalam sehari, tapi entah mengapa, bila mana novel itu karya En Ramlee, sekejap je aku baca!

Dan semestinya, En Ramlee tak menghampakan aku yang merupakan salah seorang peminat dia!

FIKSYEN 302
"JANGAN PERCAYA!"

"Sudah agak lama saya tidak menyentuh perihal psikologi manusia dalam lewat karya-karya saya - antara subjek yang saya gemari. Dan kali ini idea tersebut menjengah lagi ke minda saya. Pada kelazimannya... pasti terdapat sesuatu yang terlintas di fikiran :
"JANGAN PERCAYA!" "

************************

Bagi aku, idea yang ingin disampaikan oleh en Ramlee sangat simple, iaitu perihal orang gila dan psikologi. Tapi cara pengolahan cerita, cara dia kembangkan plot yang ada, buatkan cerita ni unik! 
Bukan nak bangga dan membanggakan en Ramlee, tapi ini apa yang aku  rasakan. 

Aku hanya follow karya en Ramlee je..
Dan satu yang aku harapkan... aku nak jadikan dia MENTOR AKU!!!

Dalam cerita ni, mula-mula lagi penulis dah buat kepala sakit.
DIA - RITA YUZALINA
DIA - LAN LANI
DIA - FARID JA'AH
DIA - DR ROZLINA
DIA - NOORHAFIZA IZURA

Banyaknya 'DIA' dalam cerita tu buatkan aku tertanya-tanya.
Tapi bila baca, satu persatu persoalan terungkai, dan satu yang keluar dari mulut aku sendiri..
"GILER AR!! BEST!"

~FIKSYEN 302~

Back to the Future. 
Kita pernah tengok cerita ni dulu kan?
Dalam novel en Ramlee kali ni, Back to the Past (BTTP).
Maklumlah, tahun 2032, kita memang dah serba maju.
BTTP ni digunakan untuk menjejakki criminals yang sebenar dalam pembunuhan.
hurm...

Kalaulah strategi pembunuhan ni digunakan oleh orang-orang yang tak sepatutnya di luar sana, apa akan terjadi ek? 
Mungkinkah akan berlaku dalam dunia realiti ni?
hurmmm..
"JANGAN PERCAYA!"
Hahaha..

Pembawakan watak Farid yang merupakan seorang psikosis buatkan cerita ni makin menarik.
Timbul rasa kasihan bila ketahui pasti ada manusia seperti Farid di luar sana.
Kerna tertekan, kerna kecewa, diri sendiri terpaksa menjadi gadaian.
hurm...

"Cuma... berhati-hatilah dengan watak diri kita sendiri. Kemungkinan watak itu sekadar fiksyen. Jangan percaya kalau suara hati menyuruh diri kita melakukan kejahatan, lebih-lebih lagi membunuh. Jangan percaya! 302 amat berat hukumannya!"

Nak cerita banyak, terasa rugi pula kan..
haha.. kalau nak tahu..kena baca lah ;)


******************************
" Ya... novel ini merupakan episod terakhir kisah Saifuddin aka Laksamana Sunan. Maka bersiap-siaplah untuk merinduinya selepas ini. Episod kali ini adalah 'selamat tinggal' pada sebuat cerita yang terlalu panjang." 

Ini adalah komen En Ramlee untuk novelnya yang seterusnya!
:)

SUNAN MUSAFIR!!!

EN RAMLEE!!! SAYA TUNGGU NOVEL NI!!!!
Masa untuk ber-dating dengan Sunan akan tiba.

"PERPISAHAN ITU AMAT PASTI KEPADA SESIAPA JUA"

p/s : benar wujudkah lelaki seperti Saifuddin aka Sunan? 

20 Feb 2012

4...5...6

Bismillah.
Alhamdulillah.

Haaa... hari ni disebabkan ada kesempatan nak update dua entry.. so tak kan nak lepaskan peluang kan?
Tapi malam ni nak story sikit sal salah satu buku yang aku beli dengan menggunakan voucher pak sedara aku bagi..haha ><

4...5...6..
si...ng..lok...
(Hakka)
by : Kuan Guat Choo

Cerita yang simple oleh seorang penulis Cina, berani merungkaikan serba sedikit kehidupan orang Islam dengan pembawakkan watak seorang kanak-kanak Cina.

Cerita ini juga terjadi sewaktu Tentera Jepun bermaharajalela di Tanah Melayu.

Li Lian yang kehilangan keluarganya kerna ketamakkan kaumnya sendiri telah menyebabkan dia berani mengambil jalan pintas untuk menamatkan kisah hidupnya.

Asalnya, Pa Salleh, yang merupakan kawan baik kepada ayah Li Lian telah berjaya menyelamatkan anak kecil tu daripada dibunuh dan terbunuh. Dibesarkan dalam keluarga Melayu, diajar tata tertib dan adab Melayu, tetapi masih mengekalkan darah keturunan Cina yang memang mengalir dalam tubuhnya.

Salmah dan Indrani membesar bersama-sama dengan Li Lian, dan mereka berjaya menjadi orang yang berjaya.
Tetapi, kisah hidup silam Li Lian menghantuinya.. dan dia berjaya mencari siapa pembunuh ahli keluarganya.
Hidup dia lagi kelam-kabut bila mana orang tersebut adalah bapa mentua nya sendiri.

Disingkatkan cerita.. Li Lian berani mengambil langkah yang singkat untuk menghapuskan semua keturunan pembunuh yang mengalir dalam salasiah keturunannya.

"CUT GRASS SEVER ROOTS!" YOU LEFT ONE. I LEFT NONE.


Satu buku sudah habis dibaca. ^_^

p/s : kemaafan adalah amalan yang paling mulia. Tetapi kerna ego diri, apa yang dianggap mulia, akan sentiasa dikaburi hingga ke akhir..

Passport baruku

Bismillah.
Alhamdulillah.

Syukur.
Sudah siap my passport!
2 Jam je tau, tapi pastikan 7.30 pagi dah tercegat kat JPN,
kalau tak, berjanggut la tunggu beb!


Passport lama :) Sudah digunting.
Last guna 1996.


Password baru. Sampai dalam jam 7.45 pagi, tapi angka giliran sudah 2012.
Nampak tak gigih kat situ?? ;)

So, pada yang nak buat passport baru, terutamanya kes macam saya ni, dah lama tak renew...
Sila sediakan yang di bawah ni :

1. Dua keping gambar berukuran passport (tolong ye~~ GAMBAR YANG LATEST!)
2. Salinan Kad Pengenalan ( ni untuk kes yang daftar passport mula-mula dengan Sijil Surat Beranak)
3. DUIT SECUKUPNYA.. 2 tahun (RM100).. 5 tahun (RM300)
4. Tahu ketinggian diri sendiri. Sila UKUR TINGGI Masing-masing siap-siap dari RUMAH.

Kemudian, barulah boleh isi borang sambil tersenyum menunggu giliran oke ><

Dan..selepas 2 jam membuat pembayaran, ambillah passport baru anda :)

p/s : menghitung hari untuk ke Acheh!!!! ~~~ rasa lega bila mana buat passport guna duit sendiri T.T

Gambar passport

Bismillah.
Alhamdulillah.
Syukur..

Dah ada kat Ipoh dah.
Syukur.

hoho..
Sekarang ni hurmmm... @@

Apa yang aku dah bajet sejak aku mula-mula pindah EP dulu, benar telah terjadi sekarang ni.
Dan sekarang ni aku perlu rangka semula jadual aku.
Hopefully aku dapat uruskan dengan baik!

Ada satu novel dan 3 cerpen yang aku mahu pertaruhkan pada bulan Julai ni,
inshaAllah.

Moga ini salah satu cabang dan usaha aku, bukan semata-mata untuk asah bakat, tapi untuk tampung diri aku juga. Pertaruhkan walaupun aku rasa tak layak untuk tempat pertama..sagu hati pun ok, sebab hadiah dia lumayan.

Moga Allah perkenankan dan permudahkan :)

Okei.. banyak nak cite, tapi tak ada masa.
Cukup untuk yang ter-latest ni.

Esok aku akan buat passport... wwweee!!~~~~
hahahaha..
Alang-alang tu nak tukar IC terus la.. senang kerja buat sekaligus terus..

Ok.. masa untuk rehat..Esok perlu bangun awal pagi :).



Ini passport aku time aku kecik2 lu... hoho


Beza tak?
Apa ?? Makin comel??
Aku tahu tu... haha...

p/s : ^_^

11 Feb 2012

One Day KL Trip

Bismillah.
Alhamdulillah...

Peeeennnnaaaattttt!!!!!!!

Huuuissshhh..
Hari ni seharian keluar.
Kerna Mr Benq ku, aku melangkah agak jauh bersama dengan Mek Nadiah.
Berbekalkan semangat juang dan juga pengalaman hidup di ibu kota selama 3 bulan, 
kami dengan bangganya meneruskan perjalanan.Ceewwaaahh!!~~

Tapi, ada satu part yang bagi saya agak baru.
TOKEN LRT!!!
Hohoho..
Kalau dulu guna kad LRT, tapi kali ni guna TOKEN je.


Yang best part TOKEN ni, 
kita boleh beli terus TOKEN dari ALIRAN KELANA JAYA kalau nak pergi ke ALIRAN AMPANG/SRI PETALING.
Kalau guna kad dulu, kena beli yang baru setiap kali nak tukar ALIRAN.
Kali ni tak perlu dah.. beli sekali terus je. Bagus!
Tapi satu je yang aku rasa mula-mula aku guna TOKEN ni.
KENAPA SUSAH SANGAT BILA DAH MAKIN MAJU NI??

Tapi..itu mula-mula.
Yelah, pengalaman sentiasa mengajar kita erti hidup.
At least aku merasa perubahan yang berlaku di ibu kota.
Hohoho..
:)


Ni pula kedai 1 MALAYSIA dekat KELANA JAYA.
Kecil je pun, kat IPOH nye lagi besar.
hahaha..
Tak ada apa nak dibeli kat sini, saja jejakkan kaki.
^_^


Sebenarnya, melangkah semula ke KL ni, dengan naik LRT bagai, ingatkan aku semula kenangan aku time intern dulu... seriously.

Pagi-pagi bangun, siap-siap, keluar rumah jalan kaki ke stesen.
Jujurnya, aku lebih suka Kelana Jaya nye aliran daripada Ampang, sebab tenang.
Kalau lambat sikit, memang berbaris la nak naik LRT tu.
Pernah jugak lah lambat ke office.
Bila naik je LRT, ada satu bangunan yang aku akan tengok.

Nama bangunan tu BANK OF CHINA.
hahaha.. 
Aku akan perhatikan bangunan tu setiap pagi.
Ada satu company tu kecil je kat area Dato' Keramat, tu pun aku selalu tengok jugak.
hohoho..
Tu la rutin aku setiap pagi.

Aku rindu semua tu, even dalam hati aku, aku tak nak ingat dah.
Pepun.. aku rindu Talent Sourcing.

Dan harapan aku, Benq aku sihat semula.
:)

p/s : Hidup di ibu kota bukan jiwa aku, tapi tidak mustahil aku akan ke sana nanti.

10 Feb 2012

3 Down 2 More

Bismillah.

Alhamdulillah.
Syukur, malam ni kenyang. Rezeki lebih malam ni :)

Terasa lama tak update..huhu..
sedih pun ada.. terasa sunyi dan sepi hati bila terputus dari dunia maya ni.
Banyak benda nak buat tapi semua tergendala.
@_@

Tengah study kat dalam bilik, terasa macam penjara oOoo.. haha..
oke.. hiperbola yang melampau.
Pepun, satu kebaikan juga.
Hati ini terikat untuk fokus..hehehehe..

3 paper sudah selesai.
Client-Server, Ethics, Digital Watermarking.
Subjek yang memerlukan penghafalan yang terbaik.
Hahaha..
Dah lepas pun, berserah pada Allah, usaha sudah, yang lain DIA tentukan.
Tapi kan.. katakanlah mr.Kind tetiba nak ambil protege untuk subjek dia, aku rasa nak je tawarkan diri.
Hoho..
Mr.Kind.. tak nak tawarkan ke? hehehe..
jadi tutor sampingan pun oke..
I terima ape..


Ni apa yang aku lukis semalam kat kertas Digital aku.
Seriously, aku tak tahan dah waktu tu.
Dah siap, nak keluar dah tak leh, perut dah dua tiga kali berbunyi.
Akhirnya... aku lukis makanan kat kertas.
Yang 3 orang tu adalah aku, Nadiah, Hajar.
Lepas je aku lukis, perut aku dah diam balik.
Hahaha.. berkesan pula taktik aku ni..hehehe...


Pelajar cemerlang..hahaha.. ni la rutin aku.
Tak bersandar, aku akan duduk. Tak duduk, aku akan berdiri, cakap sorang-sorang sambil berjalan-jalan keliling bilik. Dan aktiviti berjalan tu hanya akan dilakukan bila Syerina tak ada di dalam bilik. Dan juga dilakukan bila dah bosan asyik duduk atas katil.
hehehe..


Ni plak surat cinta YTM. Alhamdulillah.
Hopefully semuanya berjalan dengan lancar dan baik :)


Ni pula novel yang sempat aku khatamkan sebelum exam Clienr-Server.
Tak boleh tahan lah. Ni la bahayanya kalau aku dah start baca novel.
Novel Ramlee Awang 302 tu aku hold on dulu.
Kalau tak memang tak study aku.

Novel kat atas ni, oke bagi aku, sebab aku tak layan sangat novel macam ni.
Konflik agak banyak dan buat aku sakit hati giler-giler.
Time aku nak study je, tangan aku meliar gi ambil novel, then aku baring baca.
So, konklusinya aku kena habiskan sebelum aku start study.

Lepas ni ada 2 paper lagi menyusul, Ethical dan Password.
Ethical ni aku takut sikit, coursework aku rendah owh!
Nak nangis aku tengok CW aku.
Rasa-rasa kalau tahap nak pass subjek ni bolehlah kot.
Sedih owh..tapi steady je oke :')

Esok pula, aku nak gi KL sekejap,
ada urusan huhu..
Semoga selamat pergi dan selamat pulang ke Melaka semula.

p/s : ^_^ tunggu aku update entry yang lain pula. Owh..buah hatiku! Mr Benq~~!~~~

6 Feb 2012

Rest In Peace

Bismillah.

Well..
well...

Maybe... maybe.. this is the last entry before I start to write again after I finish my final exam
Well.. I said maybe.. not really confirm yet!
As.. my lovely Benq is now REST IN PEACE,
so.... hard also for me to update anything here,
except FB or TWITTER,
As my sweet&lovely Samsung here with me.


8-16 Februari 2012
Doakan semoga Allah permudahkan aku & kawan menjawab final exam ni dengan jayanya.
.^_^.

I'm looking forward to update this blog..
semasa waktu exam ni.
Doakan juga dapat update..haha

Kalau rasa malas tu, memang tak update la kan ><


" Pia dah pakai tudung! Syabil cube tak nak senyum nampak gigi time tangkap gambar! "

Owh... comelnye anak sedara ku ni.
Rindu..
Depa ada di Ipoh..
Aku ada di Melaka..
Pengorbanankah namanya ini???

p/s : Looking at my Benq... make me sad..haha... REST IN PEACE.. :'(

5 Feb 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Bismillah.

"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku." (Hadis Riwayat Ibn Mas'ud r.a )



Salam Maulidur Rasul

4 Feb 2012

Alhamdulillah

Bismillah.

Alhamdulillah.
Masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan sisa hidup ini.
Entah mengapa rasa segar semacam je pagi ni. Semalam boleh dikatakan lewat juga tidur.
Habis baca novel jam 3 pagi. Online kejap dan layan diri bersama Samsungku sampai pukul 4 lebih.
hurm.....
:)

Untuk entry pagi saja nak share rasa suka di hati.
Semalam sedih melanda diri kerna buah hatiku Mr Laptop sudah jatuh sakit.
Sekarang sedang usaha untuk mengubatinya.
Selain handphone, laptop merupakan aset kedua terpenting.
Bila tak ada laptop, tak best pula..
(*pepun cik mira.. sila bersyukur dengan apa yang kamu ada ye.. bersyukur~~~~)

Ok.. straight to the point.
Semalam, tangan menggatal nak browse sini sana dengan hanya menggunakan Samsung kesayangan. Nasib baik loading ok. Gatal juga nak tengok blog sendiri.
Alhamdulillah, dua berita gembira aku terima. Bagi aku, gembira lah. Orang lain aku tak tahu, gembira ke sedih ke...

**************************************************************

Berita 1

Dua bulan lepas, kalau tak silap aku, aku ada join Contest Kreatif Menulis Bersama HOB.
Hurm... aku pun cuba hantar satu tengok. Cerpen mana yang aku hantar?
Berbekalkan cerpen pertama aku setelah lama aku tak menulis, dan cerpen itu jugalah aku hantar ke penulisan2u, aku tekad hantar cerpen RUHIS.
Cerpen ini lah model aku sebenarnya. Aku pun suka cerpen ni..hahaha :)

Antara banyak-banyak cerpen yang aku dah karang, ada 2 cerpen yang aku betul-betul suka :
RUHIS 
SOON

Cerpen SOON aku pernah hantar kat penulisan2u sekali dengan cerpen APA PADANYA
Tapi hanya tersiar APA PADANYA. Cerpen SOON tak ada. Mungkin tajuknya barangkali Admin ingat dalam Bahasa Inggeris kot. Tapi SOON tu nama orang, bukan maknanya AKAN DATANG. So, aku ambil inisiatif hantar 2 kali. Salah satunya aku tukar nama tajuk.

Inilah masalahnya kalau aku menulis. Tulis dah siap, tapi tajuk tak tahu nak letak apa. Alih-alih, aku akan letak nama watak itu sendiri. Sedih pula bila cerpen tu tak tersiar. Sebabnya, bagi aku, SOON dan RUHIS merupakan karya aku yang aku sendiri cuba unikkannya. haha. Itu apa yang aku rasa la kan.. :)

Hopefully akan keluar nanti cerpen SOON aku tu :)

Berbalik pada tujuan asal, alhamdulillah, cerpen aku masuk top 21 
Dan disingkatkan cerita, semalam telah diumumkan pemenangnya.
Dapat tempat keempat. 
Not bad :)


Syukur.
Even kecil, tapi bagi aku inilah cara untuk aku nak asah bakat aku.
Dulu kalau waktu sekolah, aku terlalu teringin nak pergi bengkel penulisan yang Alaf 21 anjurkan, tapi tak ada rezeki.
*apa motip aku bagitahu??*

*****************************************************

Berita 2

Kelmarin, kalau tak silap aku juga, aku ada join segmen RAMAH MESRA BLOGGER 

Dalam segmen ni, diminta sambungkan cerita. Teringat time aku join menulis CERPEN INDIE dahulu.
CERPEN INDIE bagusnya bagi aku ia melatih aku untuk menulis dengan idea giler. 
Means kamu kena menulis yang endingnya lain sedikit, tapi pastikan kena ikut tema yang Admin tetapkan.
Kenapa namanya CERPEN INDIE? 
Sebabnya cerpen ini due date-nya pasti Hari Isnin..haha :)
Leh baca dua cerpen indie rekaan aku kat tepi tu kalau teringin.
Aku tahu idea giler aku tak sebernas mana. 
Budak baru belajar la katakan.

Berbalik semula pada tujuan asal....
Ni screen shot cerita aku...

 

Alhamdulillah, ni komen PCB 
(Admin segmen ni)
(Leh klik gambar kalau nak tahu cerita full)



Terima kasih  :)
Terima kasih juga kerna review blog yang tak seberapa ni.
Kalau nak tahu, blog ni dah banyak kali tukar nama, hahaha.. punya la teruk aku ni kan..
Dan terima kasih juga untuk kata-kata dan doa di atas.
*tsk...tsk* 
terharu.. :)

********************************************************

Konklusi dari aku sendiri :

Masih jauh lagi perjalanan aku dalam bidang ni.
Jauh lagi dan banyak lagi benda aku kena belajar.
InshaAllah, aku akan cuba yang lebih baik dari semasa ke semasa.

Dan sekarang ni, aku sedang usaha satu benda berkaitan dengan minat aku ni.
Doakan agar semuanya berjalan lancar.
Ini first time aku mahu betul-betul step forward.

InshaAllah, kalau menjadi dan dah siap, aku akan khabarkan di sini.
Tapi semua ni aku akan mulakan once Final Exam aku selesai.
Waktu sekarang, tumpu study..
cceewwaaahhh~~~

Owh... panjang berjela pula entry kali ni.
Maaf.
Memang tabiat aku suka karang panjang-panjang.

p/s : hehehe..

Jodoh Kau & Aku

Bismillah.


Amik masa sikit sebelum nak tidur ni. hahaha. Hari ni wat kerja gila baca novel seharian. Alhamdulillah, selesai satu novel kat atas tu (abaikan yang meggi cup tu).


Interesting story. The writer is one of the penulisan2u reader and at the same time send her stories there.

Jalan cerita yang simple dan romantis!!!!!!!!! suka sangat! Selalu idamkan dapat suami dan kehidupan rumah tangga sebahagia itu :). Boleh try baca kalau nak tahu cerita penuh... :)


Disebabkan laptop ku sakit... Gune cara ni je la untuk update blog. Sedihhhh.... tanpa laptop rasa diri serba kekurangan. Boleh lah kiranya nak minta laptop untuk hantaran, itu pun kalau nak kahwin dalam masa terdekat.hahaha.. gurau-gurau. Oke.... selamat malam semua :)


p/s : novelis..... :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 Feb 2012

Amalia Alias

Bismillah.

Hohohoho...

Semalam, Wani comel ni bagi satu link.
So, dengan tak sengaja tertekan lah link tu.
Well......

Just want to say that, she manage to sing very well.
I think she and MinHuaHua and duet together :)

Here are some of her videos...







p/s : time.....
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design