Thursday, January 19, 2012

Rumahku...

Bismillah.

Alhamdulillah.
Syukur!!!!!

Akhirnya, setelah menempuh hampir 5 jam perjalanan dari Melaka, sampai juga ke hometown tercinta. 
Awal-awal lagi sudah diuji kesabaran dengan bas datang lambat.. singgah Pudu lagi, haiihh..
Tapi nasib baik semalam insomnia, so dalam bas tidur je kerjanya, 
macam tido malam pula rasanya tadi :)

PAKATAN TAMAN MERU 37.

Perrrghhh.. apa benda ni?
Hah! Alhamdulillah, 
salah satu kelebihan dan seronoknya taman rumah aku ni adalah taman rumah aku ni je ada Pakatan sendiri.
Apa-apa aktiviti kitaorang buat sekali.
Siap ada Pakatan Muslimat (HEWA)
hanya untuk golongan wanita kat taman rumah aku ni je.
Siapa yang duk Taman Meru, dia tahu apa yang aku cakapkan ni.

Nak dijadikan cerita, 
Alhamdulillah,
rumah 526, rumah asal (arwah mak) kitaorang dah dijadikan tempat pengajian ilmu agama.
Alhamdulillah. 
Kalau ikutkan rumah tu nak dijual/disewa, banyak konflik berlaku untuk selamatkan rumah tu.
Akhirnya, ibu abah ambil inisiatif untuk jadikan ruang hadapan tempat pengajian khas tuk HEWA, iaitu golongan wanita Pakatan Taman Meru Laluan 37.

Siap jemput ustaz/ustazah untuk mengajar.
Tak silap aku, semalam sentuh sal tajwid.
Perrrggghh..
Alhamdulillah.
At least rumah tu terjaga sikit :)


Surat jemputan ibu aku taip sendiri. Sengaja je aku terbalikkan..huahahaha..


Terasa macam kat tempat tuisyen je tiap kali aku tengok papan ni.
Jenuh gak aku nak baca tulisan jawi ustaz ni.

Aku harap, usaha ni diberkati Allah dan semua yang sertainya istiqamah.
InshaAllah, minggu depan will be my first class also.
Hahaha..
Abah suruh join.
Habislah.. dah lah ilmu tajwid aku tak hebat mana, setakat basic je.
Yang join ni pula mostly mak cik mak cik...
kena buka buku sebelum hadir ke kelas :)

Untuk Adik BJ..
Semoga Allah sembuhkan kamu dik.
Kuatkan semangat dan semoga Allah lapangkan segala urusan kamu.
Doa kami sentiasa yang terbaik untuk kamu dik..

p/s : .......

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law