Thursday, January 26, 2012

Hello Melaka?

Bismillah.

Alhamdulillah.

Walau hati tak rela nak balik, badan tak siiiooorrr nak balik, minda tak bersedia nak balik, nak tak nak terpkasa juga melangkah naik tangga bas dan terus mencari seat 10.

7.10 malam barulah bas bergerak meninggalkan Medan Gopeng, yang aku dari tadi keseorangan hanya termenung. Ibu abah tak dapat nak temankan aku. Tak kisah pun, lagi pun aku kan dah dewasa! hahaaha..
Layan punya layan perasaan terus terlelap.

Disingkatkan cerita, bila mata celik tengok jam bas tepat 10.50, aku selak langsir bas dan jenguk ke luar.
Dah sampai Seremban rupanya. 
Dalam hati aku, laju sssiiioootttt!!!
Nak bagitahu abah ibu pun aku takut. Takut mereka risau ingatkan aku dengan bas laju ni. Tapi kalau tak bagitahu lagi risau, so aku ambil inisiatif untuk bagitahu.
Entah mengapa setiap kali bas tu meluncur laju kat jalan raya, aku akan rasa mengantuk. So, lepas keluar daripada Seremban, aku terus terlelap balik.hahaha.

11.45 malam, bas tu dah selamat masuk Melaka.
Laju tak???
Kalau kereta aku tak kisah lagi, ni bas kot....
Tapi sedap ar aku tido..haha..

Sesampai je kat MC, tunggu sat Cik Ira kite tuk datang ambil.
Terima kasih daun keladi Cik Ira dan Cik Izma.
^_^

Sebenarnya, aku betul-betul tak ready nak balik Melaka lagi. Dalam kepala otak aku ni nak balik 3 aribulan februari nanti. Tak pelah, better balik awal kan? 
Dapat study dengan fokus sikit.. cewwwaaahhh!! ye-ye je kan..

Most important is that!!
Kepada semua driver bas!!
Tolong bawa slow sikit. Sikit pun jadilah.
Cuba bayangkan anak dan isteri tercinta kalian naik sekali bas tadi..
Mesti kurang terdetik untuk bawa laju-laju kan???
Kita ada usaha untuk mengelak sebarang kecelakaan daripada terjadi..
If terjadi juga, itu kehendak Tuhan.
Andai ada acara race antara bas, aku akan daftarkan kalian. Jangan risau.. :)



p/s : melepas aku nak tengok cite Mann~~~~ T.T
pp/s : Ustaz yang ajar kelas Pengajian tu dah kahwin! Aiseh! melepas..haha ><

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law