Followers

My Wattpad

30 Dec 2012

Pesanmu dalam mimpiku

Bismillah


Hik..hik..hik..


Dah lama rasanya tak alami mimpi bila tidur malam.
Actually mimpi je, tapi tak boleh nak ingat setelah sedar ke dunia realiti ni.
Baru-baru (padahal semalam/jap tadi) diterjah satu mimpi.

Begini ceritanya..

Dalam mimpi tu, saya dan Jaja sama-sama punyai masalah. Punyai punca masalah yang sama.
Kami menangis dalam mimpi tu. Sebab kena paksa buat something.
 Lepas tu, bila keluar dari bilik tak perasan seorang kenalan saya (namanya R) ada di belakang, dan sah-sah dia tengok saya menangis. Time tu lah saya buat-buat tak nampak dia padahal suara dia seperti boleh pecahkan gelas kosong yang ada. Dalam hati saya cakap.. kalau dia ni ada, memang akan bersyarahlah dia nanti, seperti maksud nama dia juga.. haha

Lepas tu semua yang ada kat situ, siap-siap tuk tidur.
Kebetulan saya tidur hujung sekali, dan orang memang boleh lalu-lalang kat situ.
Saya buat-buatlah tidur dan tak sedar dah tertidur, sampailah kawan saya tu datang berdiri kat sebelah saya.

"Mira..mira.. tidur dah ke?"

Entah kenapa saya dengan tiba-tibanya macam orang mengigau tersentak buka mata.
Bila tengok kawan saya tu ada kat sebelah saya terus tutup muka dengan selimut dan bantal,
sebabnya tak silap saya memang aurat tidak berapa nak dijaga time tidur tu.

Si R tu dengan beraninya duduk depan saya dan tarik bantal saya sambil cakap,
"Nak ngelak konon! Tadi tak nak lak nak menyorok ke apa"
Katanya sambil sekeh-sekeh kepala saya ni.

Saya hanya diamkan diri sebab terasa cam 

Macam mana R ni leh ada kat sini.
Tak manis orang tengok. Dahlah gelap.

Pastu R terus sambung cakap dia,
" Sabar mira dalam apa jua yang ko lakukan "

Saya jawab.
" Ok je "

" Aku tahu ko tak ok "
Pastu saya terus cakap
" Depa minta duit time aku tul-tul tak de duit. Paksa-paksa pula tu "
Spontan je saya cerita.

R tu senyap dan cakap pada saya,
" Teruskan apa yang ko dah buat sekarang "
 " Banyakkan sabar "

Saya terus angkat bantal,
" Pergilah wei, tak manis orang tengok ko kat sini "

R cuit hidung saya dan cakap something lagi,
yang mana kata-kata tu seperti En Ramlee Awang pernah tulis dalam novel dia.
Tapi R tu cakap bersahaja je lah.

" InshaAllah, andai ada waktu dan jodoh, aku akan datang jumpa ko lagi "

Saya tengok je dia bangun dan pergi.
Tapi satu benda yang terkesan, saat dia ucap kata-kata akhir tu,
hati saya berdebar giler.
Terasa cam dia bagitahu tu sangat serius dan dia akan datang bila-bila saya perlukan dia.

Lepas dari tu, saya terus terjaga.

***********************************************

Allah..
dan sampai sekarang saya masih ingat wajah Rdan kata-kata dia.

" Sabar mira "
" Teruskan "

Mekasih R.
Kamu selalu muncul dalam mimpi aku.
Rindu aku kat ko.
Seriously, thanks.

p/s : peliharalah dia, ya Allah. aku tak tahu itu mimpi baik atau tidak, tapi kata-kata dia aku akan ingat.

24 Dec 2012

Family Gathering

Bismillah.

Alhamdulillah.

Huawaaaaaaaa!!!
Seriously hari kemalasan telah bermula.
Angin plak bertiup sepoi-sepoi ala ganas sikit hari ni.
Allah.. menguji sungguh.

Pepun..bukan soal itu mahu dibicarakan.
Hujung minggu yang lepas, ada Family Gathering di Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, walaupun Ateh tak ada, tapi semua ada.
Allah kan Maha Adil dan Maha Penyayang.

Gathering yang asalnya seperti tak jadi, saya tetap nak turun ke KL, menapak ke rumah Kak Ikin.
Last menapak sebelum dia kahwin, lama dah tu.

Alhamdulillah, ibu dan abah pun turun kat rumah kak ikin. Ilah pun. Angah pun :).
Syukur.
Walaupun angah busy dengan discussion dan meeting, dia masih turun walaupun tak bermalam dengan kami.

Tak buat apa pun, duduk rileks dan steamboat malam Sabtu tu.
Fuhhhh..kenyang gua cakap.
Macam-macam ada malam tu.
Abah siap beli air yogurt sebab nak kitaorang minum air berkhasiat instead of minum air kordial je.
huhu..

Petang tu siap-siapkan barang memang kecohlah kan.
Mak orang yang tak ada rupa mak dah, mungkin dia ingat dia masih anak dara kot.
hahaha.

Fawwaz yang ligat sampaikan kena beli satu tempat khas supaya dia tak ligat sangat.
Angah yang tidur jek, penatlah tu.
Adik yang sempat hadap laptop buat kerja.
Abang ipar yang repair kereta sebab kereta tak mahu start.
Dan aku yang asyik buka peti ais nak mengunyah.
hahahaha.

Seriously, aku memang happy gila. Lupa segala jenis FYP, KKB, FEES, Baju.. semua ar!

Hari last tu (Ahad), 
sempatlah pergi ziarah Mak Long yang tenat kat ICU Sungai Buloh.
Alhamdulillah sempat jumpa 4S sebelum balik.
Comel dan tembab giler Syarah. Syarah tu adik kepada 3S. haha..
Danial nya lagi :P

Kat hospital, saya dapat turn awal masuk. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan masuk tengok pada satu-satu masa.
Allah je yang tahu perasaan time tu.
Mula-mula ok je, tapi lepas kak lang sembang dengan Mak Long yang dalam keadaan tidur tu, saya mula menangis. Doktor cakap, Mak Long dapat dengar kita cakap walaupun dia tak jaga.
So, kak lang sembang sikit. Saya senyap je kat sebelah, menangis.
Hinggakan nurse/doktor cakap..
"Dik... jangan nangis,"
Allah..
sensitifnya jiwa ni.

*******************************************************************

Habis je ziarah aku bergegas ke KTM Sungai Buloh.
Abang lang n family hantar.
Thanks.
Thanks juga kat Abang Nizam sebab tunggu. hahaha..

Jenuh deh jaga Danial tu.
Rindu kat Acik dia kot.
Asal nampak aku je hulur tangan suh dukung.
Kalau ringan cam Fawwaz leh ar tahan,
tapi T_T.
Ikutkan je.. anak sedara nye pasal.
Sayang tau kat mereka semua.

Fawwaz dan uminya (kak ikin)

Dalam perjalanan, saya duk tumpang kereta kak ikin & abang nizam ni.
Seriously, sepanjang kat rumah kak ikin, masa saya banyak habis jaga Fawwaz ni.
Sampaikan kak ikin cakap..
"Mira boleh kurus jaga anak kak ikin"

Dan saya cakap.. 
"Anak kak ikin & anak kak lang sama je. Sorang "comel", sorang lagi ligat giler!"

Fawwaz ni uniknya, dia suka sangat sengih.
Panggil nama dia, dia akan cari siapa yang panggil dia tu.
Seolah-olah tahu diri dia dipanggil.
Pastu dia akan tengok orang tu, pastu dia akan sengih.
Kalau dia suka, dia akan sengih sampai nampak gusi.
Sangat suka sengih.

Kalau tak kan.. dia akan tengok je kita macam kita ni berdendam dengan dia.
hahaa..
tapi kalau sengih tu..terasa cair tengok dia.
Bak kata kak ikin..
"Anak umi nak mengorat Acik dia"
hahahaha..

Jujur.. rindu dah Fawwaz ni!
:)

p/s : Tengok Fawwaz, Danial, Syabil, Syafia, Syamim, Syarah.. Allah hilangkan stress yang ada. Terasa sangat nyaman sangat! 

Gambar banyak kat handphone Ilah :(

18 Dec 2012

Zaiton Ceritaku

Bismillah.

Cerita nombor dua.


ZAITON CERITAKU

Hurm...
Kisah benar Zaiton Sameon.

Sedih ceritanya.
Tapi itulah, Allah nak uji kita bila-bila masa je.

Satu-persatu perkara buruk terjadi pada penyanyi veteran ni.
Kasih sayang keluarga teruji.
Hinggakan terpaksa berpura-pura lupa dan hilang ingatan semata-mata tak nak terluka lagi.

Kuat dan tabah sebenarnya Zaiton Sameon ni.
Menyanyi je yang dia tahu.
Dan orang pandang rendah padanya.
Tapi itu tak bermakna terpaksa berputus asa.

Alhamdulillah, Allah sentiasa sayangkan hamba-hambaNya.
Syukurlah dipertemukan dengan orang yang baik-baik.
Allah juga yang hantar :).

Katanya..
"Jadikan cerita ini iktibar. Bila kita senang, jangan lupakan orang di bawah kita,"

Satu kata-kata yang cukup bermakna.
Ingat, Allah akan uji kita bila-bila masa je.
DIA akan beri kita rasa semua benda.
Rasa senang dan rasa susah.
Tapi DIA tak akan tinggalkan kita :')

Kenapa Aku Binti Abdullah

Bismillah.

Sobahul Khair!
:D

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerna masih dipanjangkan usia, disihatkan roh, dikuatkan iman untuk menempuh sisa hidup ini.

Photobucket

Straight to the point


Semalam, saya duk layan cerita ni.
Alhamdulillah, rumet tak ada, so, ambil kesempatan tutup lampu dan baring.
Tu pun lepas telan panadol dua biji. 
Sekarang suara dah macam ala-ala Ella.
Siapa nak berduet dengan saya, boleh aje.

KENAPA AKU BINTI ABDULLAH?

Actually tak nak tengok pun. Tertarik dengan cerita ni sebab nama pelakon bawakan dalam cerita ni Amira. Disebabkan empunya blog ni pun nama Amirah.

Overall boleh tahan.
Hopefully sesiapa yang tengok terbukalah hati dan terasa bertanggungjawab. Untuk apa?
Dalam kisah ni, Amira tertanya-tanya kenapa dia binti Abdullah sedangkan ayahnya bernama Hairi?
Uminya pula tak nak cerita sebab katanya belum ada kekuatan untuk bercerita.

Dari awal hingga akhir, uminya tidak mahu bercerita.
Kehadiran seorang ustaz tu bagi saya tak membantu pun.
Sebab, dia hanya terangkan tentang apa itu maknanya anak bukan taraf (anak luar nikah),
tapi tak terangkan hal yang sebenarnya.

Saya yang dengar makna anak bukan taraf tu pun saya tak faham, inikan Amira dalam cerita tu.
Seriously, saya tak faham. Term-term yang digunakan bagi saya tinggi.

Sampailah uminya meninggal dunia, Amira minta maaf, Uminya minta maaf.
Taufik dalam cerita ni sangat baik. 
Tak expect pun dia pun BIN ABDULLAH.
Mekasih Taufik serikan cerita.

Cuma satu saya tertanya-tanya.. anak bukan ke ada hak untuk tahu asal dia?
Maksud saya, dalam kes Amira ni,
Umi dia patut ceritakan,
memang Umi mengandungkan Amira sebelum kahwin dengan Hairi,
then berkahwin secara paksa.
Hairi pula tinggalkan Umi sambil kutuk-kutuk kata Uminya perempuan murahan,
kalau senang kat Hairi dia boleh bagi, kat orang lain apatah lagi.
Dan katanya lagi, Umi tak layak untuknya kerna terlalu murah.

Bagaimana Umi besarkan Amira hingga sanggup meminta-minta pada mertua sebab tak ada duit, suami tak balik.
Alih-alih tinggalkan begitu je.

Rasanya kalau Amira tahu cerita ni, tak mungkin dia akan sisishkan uminya.
Photobucket

Bak kata Ustaz tu..
" Cuba bayangkan betapa beruntungnya Amira. Kalau orang lain, anak luar nikah ni depa buang je merata, letak dalam tong sampah, depan masjid, depan rumah. Ada yang bunuh. Amira dijaga dan dibesarkan oleh Umi sendiri. Ada setengah tu diberikakan pada rumah kebajikan. Amira diberi pendidikan, kasih sayang,"

***********************************************************

Saya rasa kasihan pada mereka yang punyai konflik begini.
Apalah dosa mereka?

Rasa terhina bila lelaki hina perempuan sebagai murahan, haram dan sebagainya.
Tapi salah perempuan tu juga.
Juga salah lelaki tu juga.

Entahlah..
apa makna sayang pada mereka sebenarnya?
Hinggakan berani melakukan dosa berterusan?
Entahlah...

14 Dec 2012

ask.fm

Bismillah.


Hahahahaa..
marilah semakkan hari saya dengan soalan-soalan.

Heh~~
saja nak menggedik cuba :)


p/s : hehehee

10 Dec 2012

Aku terima nikahnya

Bismillah

Semalam, selepas meeting dan siapkan surat sikit,
ambil masa selebihnya untuk tonton satu movie ni. 


Pada mulanya tak nak tengok pun, sebab sebelum ni dah baca review di blog-blog
dan juga dengar orang lain bercerita, movie ni tak berapalah, means tak mencapai tahap yang memuaskan gitu.

Ada juga yang memberi komen menyatakan, kenapa watak utama iaitu Johan yang dilakonkan oleh Adi Putra begitu dingin dengan isterinya Arlisa tu?
Kalau betul pun tak boleh nak terima Arlisa sebagai isterinya selepas dia kemalangan dan hilang ingatan, tidak perlulah memberi layanan sebegitu rupa.

Saya ni cepat terpengaruh, so bila baca dan dengar komen-komen yang tak memberangsangkan ni, terasa malas bebenor sampailah rumet saya sendiri berikan hard disk miliknya dan suruh saya ambil movie ni.

Nak-nak pula malam tu ada yang tweet tentang movie ni. He reserved his tweets about this movie for me so that I will enjoy watching it heavenly. Wah gitu!

So, disebabkan terasa honoured, kenalah tengok juga cerita ni. hahahaha

'Aku Terima Nikahnya' ini bagi saya BOLEH DITERIMA.
Yalah, hidup ni kalau nak yang baik-baik, nak yang indah-indah, itu bukan kehidupan maknanya.
Ujian dan liku hiduplah pewarna kepada erti kehidupan, betul tak?

Arlisa dengan Johan ni sangat dan memang SWEET!
Percayalah, mesti ramai yang mahukan kehidupan rumahtangga yang romantik macam ni,

Bila Johan hilang ingatan tu, memang terasa macam ALAAAAAAAA!
Lagi tak puas hati bila dia layan Arlisa dengan dinginnya.

Hurm..
Tabah dan sabarnya Arlisa untuk mengembalikan ingatan Johan saya respek.
Bukan senang nak jadi setabah itu sebenarnya.
Cakap memang senang, tapi bila benda tu datang, kita sendiri kekadang tak kuat.
Alhamdulillah, Arlisa sangat tabah.


Sarah pula (kawan Arlisa) ni bagi saya tindakannya menghormati dan sayang sahabatnya (Arlisa) memang ok dah. Cumanya satu je yang tak ok, bila mana, berhubung dengan Johan hinggakan Arlisa cemburu. Ya, memang betul juga Sarah inform pada Arlisa, tapi jalan yang sebaik-baiknya adalah
Sarah sepatutnya menjauhkan diri sejauh-jauhnya daripada Johan.

Yalah, manalah tahu dibuatnya perkara lain yang berlaku, Johan jatuh cinta ke kat Sarah tu, tak ke parah? 
Haaaaaa.... nasib baik tak jadi gitu.
Sedih weyhh suami sendiri jatuh hati dan layan dengan lebih mesra sahabat kita sendiri berbanding diri kita. Sedih tau~~~

Ok laa..
macam panjang bebenor plak kan.

Just satu pagi perkara nak di-highlightkan..
seperti apa yang Johan dan Arlisa bicarakan.

Saat lafaz 'aku terima nikahnya' dilafazkan, isteri itu adalah tanggungjawabmu duhai suami. Sukanya, dukanya, kasihnya, peritnya, semuanya ditanggung bersama. Kehidupan ini hanya ada 'awak saya, saya awak, kita berdua' selepas akad itu dilafazkan. Biar berjuta yang ada di luar sana, yang ada di depan mata inilah segalanya buat diri.

Hahahha..maaflah ya, saya summary-kan semuanya dan buat ayat sendiri :P

Lastly, tak rugi pun tengok, kita sendiri kena pandai ambil ibrah dalam cerita ni.
Kalau tengok kosong semata dan hanya untuk enjoy, itu je lah yang kita dapat.

Tapi kalau kita tengok betul-betul, banyak yang tersirat.

Ok laa..
Nak sambung buat kerja :)

Tata semua~~~

6 Dec 2012

demam

Bismillah


Sabtu yang lepas baru diserang demam panas.
Alhamdulillah, memahami diri ini,
kalau demam tu, satu je ubat saya adalah tidur.
Saya kena tidur.

So, tanpa berbekalkan ubat, saya tidur je.
Memang teruji di situ, susah nak tidur, tak senang nak tidur sebab panas.
Alhamdulillah,terima kasih kawan-kawan dan terima kasih pada nasihat abah.

Teringat pesan abah, kalau nak diri sejuk, baca satu potongan ayat ni.
Saya lupa daripada surah mana, sebabnya saya memang hafal ayat tu.
Tiap kali cuaca panas ke, saya akan baca ayat tu supaya panas dalam badan saya berkuarangan.

Itu juga saya amalkan, duk zikir ayat tu kat mulut,
alhamdulillah, malam tu terasa panas dalam badan keluar.

Even susah nak tidur, tetap pejam mata layankan tidur.
Syukur, esoknya demam sudah kebah :).

Kali ni, demam seperti mahu ziarah diri ini lagi.
Sakit tekak sudah bertandang lama,
Batuk pula baru singgah,
selsema dan bersin pun dah makin nak berjinak,
kepala pula dah mula nak wengwengweng..
Itu petanda demam nak datang kembali.

Oleh itu, saya perlu kuat!
hurm....

Ok...kali ni saya perlu makan ubat dan nak rehat.
Doakan agar kita-kita semua ni sentiasa dikurniakan nikmat sihat yang berpanjangan.

p/s : kalau wat check-up ni, mesti doktor suspek darah saya tinggi. stress saya pun tinggi. adooii..

2 Dec 2012

Istanbul & Aku Dia

Bismillah

Ok..

Baru-baru ni, adalah tengok satu telemovie TV ni.

AKU DIA DAN TONG SAMPAH


Disebabkan saya dah minat dengan Beto ni, so, apa sahaja cerita dia berlakon, saya suka!
Hahaha..
Macam tu jugak Muniff Isa :)

Aku, dia dan tong sampah ni saya rasa cerita dia sangat SWEET!!!
ARRRGGHHH!
Sweet.
Suka dengan lakonan Beto sebenarnya.
Bersahaja dan sweet.

Bertemu di tong sampah.
Nak buang surat cinta lah konon.
Lepas tu berpakat jadi kekasih.
Last sekali masing-masing terjatuh hati.

Actually,jalan cerita yang agak common, tapi yang buatkan cerita ni SWEET adalah
pelakon-pelakon dan skrip yang dibawa.
Seriously, skrip cerita ni bagi saya best.
Memang boleh wat orang bunga-bunga.

#1 Dua jenis je orang yang suka senyum sorang-sorang ni. Orang bercinta dengan orang gila.
#2 Saya tak kata awak cute. Saya kata awak comellllll...

Dan banyak lagi sebenarnya. Kena tengok baru dapat tangkap apa yang cuba disampaikan.. hehe

**********************************************************
ISTANBUL AKU DATANG

Yang ni baru je tengok tadi.


Melampau tak kalau saya kata SWEET lagi?
haha.

Cerita ni not bad.
Sweet ala-ala manis gitu.
Cumanya kalau dipandang dari segi Islamik nya,
seratus peratus saya katakan, cerita ini tidak patut ditayangkan.
Sebabnya, terang dan jelas lagi nyata budaya kebaratan telah sebati dengan diri kita.

Hurmm...

Kalau tidak tengok dari segi  Islamiknya..
Boleh saya kategorikan sweet macam tengok cerita Korea?
Wahh.. gitu.

Namun, memang akan ada saya nak kritik.
Firstly..
Waktu jumpa Azad, Dian suka peluk-peluk gitu,
ibarat suami isteri dah.

Satu lagi part yang Harris syampukan rambut Dian.
Hurm...
Macam buka salon pula kan.
Hurmm..

Well, itulah sedikit keburukan yang mana sedikit sebanyak mampu mempengaruhi jiwa anak-anak muda kita zaman sekarang ni.
Itulah yang sedihnya cerita ni.
hurmm...


p/s : hurmmm...

28 Nov 2012

Bismillah

Bismillah.


http://25.media.tumblr.com/tumblr_me3npzF2541rwckioo1_1280.jpg

Inilah yang berlaku beberapa minggu yang lepas.
Tidak pernah update apa-apa di sini mengenainya,
lebih kepada status di FB dan Twitter je.

Disebabkan tak ada apa nak ditulis..
saya letak ni je la ek..
dari kebanyakan tumblr yang ada :)

*************************************************

http://safwanitadlmkaca.tumblr.com/post/24277682983

http://lionofallah.tumblr.com/post/32207097036

http://myheartbeatsforislam.tumblr.com/post/32255557212

http://mycarefree.tumblr.com/post/28758338747

http://diampuasamasjid.tumblr.com/post/32036206413

http://dirikudrcinta.tumblr.com/post/30617420065

http://inspiring-pictures.com/

http://dimanadiadihatimu.tumblr.com/post/32096733221/ukhwah-fillah

**************************************************************

Banyak lagi sebenarnya, tapi cukup dahulu.

p/s : maaf, ketandusan idea

16 Nov 2012

S.a.h.a.b.a.t

Bismillah

Salam Maal Hijrah.
Woaaahhh!!
Lewat nampak Mira? =.='

Maklumlah.. hehe..
Walau apa pun, 
semoga tahun Hijrah yang baru ni, kita akan menjadi hambaNya yang
jauh lebih baik daripada tahun-tahun sebelum ini..
aminnn.

Tadi... 
tengah mencari lagu-lagu nostalgia waktu muda-muda dulu,
hehe..
macamlah dah tua sangat kan :)

Terjumpalah gambar-gambar nostalgia juga.
Gambar sewaktu EXPLORACE IU tahun 2010.
:')

Bila tengok balik, terasa BEST nya waktu itu,
dan terasa sangat sayangkan sahabat-sahabat yang ada! :)
Itulah nikmat yang DIA pinjamkan sementara ada di dunia ni,
punyai sahabat-sahabat yang mantap-mantap di sisi,
bersama-sama mengharungi ranjau yang ada. :)

Petang tadi, TERTENGOK satu cerita KOREA kat ASTRO CITRA.
Actually tak nak tengok pun, tapi ada satu scene yang sangat
menarik jiwa dan raga untuk duduk depan TV walaupun 10 minit je.

Tajuk cerita tu
LITTLE BLACK DRESS.

Kisah 4 orang kawan yang sangat rapat~~~
* Saya beri mereka nama A, B, C, D *

Mereka bertemu dalam kelas, yang mana
keempat-empat mereka pakai dress hitam yang sama.
Itulah permulaan persahabatan mereka.

Apa jadi sepanjang cerita, itu saya tak tahu,
yang saya tertarik pada scene salah seorang mereka (D)  ke luar negara
melanjutkan pelajaran.
A, B, tak ingat pun yang hari D bertolak ke luar negara adalah hari jadinya,
Hanya C je yang ingat, tapi C datang lambat ke airport, tak sempat jumpa D buat kali terakhir.
Apa yang A cakap..

"Kami selalu lupa. Begitulah persahabatan kami. Kami lupakan yang marah, benci, dan cemburu"

Indah kan?
Dari kata-kata tu, saya dapat tangkap, mereka sentiasa bersangka baik antara satu sama lain. Saling melengkapi antara satu sama lain :).
Even lupa birthday pun bersangka baik dan tak timbulkan apa-apa pra-sangka tak baik pada sahabat sendiri.

Kembali cereka saya,
Bila tengok gambar EXPLORACE tu...
Rasa nak sengih je mengenangkan kisah nakal kami..
hehehe..

Pada semua sahabat-sahabat saya,
sejak sekolah lagi.. hingga ke zaman kampus ni..
Saya menyayangi kalian kerana Allah.

Terima kasih kerna masih setia di sisi selama ini :).
Semoga ukhuwah kita kekal hingga ke syurga.

*Gambar kat bawah ni..hehehe.. yang lelaki tak ada tau. maaflah..malas nak edit gambar korang.
Pada Faain, Wan Apih, Uddin, Aleep.... terima kasih jugak! Korang je yang aku rasa rapat kat zaman kampus ni. hahaha*





Gambar ni terasa sangat unik di hati :')

p/s : Selamat menempuh tahun yang baru sahabat-sahabat sekalian

13 Nov 2012

Kertas

Bismillah.

Fuuhhh.
Berzaman tak update yee..
haha...
Bilalah kali terakhir blog ni ter-update?
Maaf, alasan yang diberikan,
malas dan tak ada idea.

Mungkin kekangan masa uruskan itu ini merupakan penyebab juga tak berjaya nak update blog cantik comel ni dengan kerapnya :)


Baiklah, kembali ke niat asal untuk update.


"Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahuiNya..."

Unik!
Allah Maha Besar!

Bila kita diuji sesuatu benda, apa/siapa biasanya yang kita akan teringat?
Dalam banyak-banyak perkara, bila senang/suka/gembira bagai, kita jarang nak ingat,
tapi bila susah dan jatuh bagai semua tidak boleh membantu, 
siapa lagi tempat kita nak bergantung?

Jawapan dah ada kan?
Allah!

Percaturannya memang unik.
Dan sungguh!
DIA amat memahami diri kita ni.
Bukan mudah untuk kita nak positifkan diri dengan ujian yang datang menjelma.
Susah. Dengan tahap iman yang tak berapa nak tinggi,
tentu terasa sukar untuk menjernihkan tanggapan bila mana ujian datang menjengah hidup kita ni.

Sungguhpun begitu, Allah tak pernah berputus asa memberikan semangat dan keyakinan pada kita, yang EVERYTHING WILL BE ALRIGHT!

Minggu lepas, Allah uji dengan hilangnya satu benda yang mungkin pada pihak lain merupakan sesuatu yang sangat penting.
Ya, aku akui, ada salahnya aku di situ. Cuai diri aku, tapi cuai juga yang satu lagi pihak.
Hahaha *tak nak mengaku kalah ke mira?*

Malam tu, aku memang sedih gila dengan takdir menimpa aku ni.
Sampaikan aku mengira-ngira kenapa ini jalan yang aku pilih?
Kenapa aku masih teruskan benda ni semua?
Dan sampai satu tahap, aku salahkan diri aku kerna terlalu bodoh.
Kasihan pada diri yang tidak tahu apa-apa.

Dalam sedih tu, aku cuba pujuk diri, 
InshaAllah ada hikmahnya. 
InshaAllah, Allah akan bantu.
Jika tak jumpa benda tu pun, Allah akan kuatkan hati aku untuk berdepan dengan orang tu.
Malam tu juga, aku kerap kali tengok Learning Point  (Main Hall),
manalah tahu barang tu masih ada di situ.
Setiap kali aku pandang, aku rasa nak menangis, tapi sabar, sebab dua sahabat baik aku ada
bersama aku time tu.
Kasihan mereka, ada sahabat macam aku ni.

Malam itu juga aku tidur dalam tidak senang, masih memikirkan barang yang hilang tu.

Pagi esoknya, disebabkan aku awal ke booth jualan (ada fund raising event),
aku kemas booth, angkat apa  yang patut seorang diri.
Aku spontan berdiri menghala ke longkang tepi dekat dengan booth.

Ada sehelai KERTAS kat atas lantai tu.
Dengan berdebar-debar aku angkat dan teliti habis kertas tu.

Aku rasa nak MENANGIS lagi!
ALLAH!
ALLAH!
ALLAH!

Barang yang hilang semalam tu, yang aku jangka dah masuk tong sampah,
rupanya terlekat pada lantai berhampiran dengan longkang.
Bayangkan apa perasaan aku time tu?

SPEECHLESS!
Rasa terlalu BERSYUKUR menyelebungi diri aku,
even masa aku menaip ini pun, hati aku masih terkesan dengan peristiwa tu.

ALLAH!
Tiada kuasa yang mampu menandingi kuasaNya!

Hanya Allah je yang boleh buat kertas tu bertahan kat situ, dengan hujan lebatnya,
dengan angin kuatnya,
tulisan pada kertas tu pun masih elok.

ALLAH!
ALLAH!

Malam sebelumnya, aku sangat salahkan takdir yang aku lalui,
terasa nak putus asa.
Tekanan demi tekanan menerjah aku.
Tapi ...

pagi tu..
Allah telah selamat aku!
DIA telah selamatkan aku!
DIA telah selamatkan aku!

Bagi aku, jika kertas tu hilang, 
mungkin hubungan antara dua orang akan keruh.
Alhamdulillah.
HEBATNYA ALLAH!

**********************************************************

Pasti ada sesiapa di luar sana pernah alami benda sebegini?
Bersyukurlah.
DIA mendengar rintihan kita.
Allah tak pernah tinggalkan kita,
kita je yang EGO meninggalkannya.

Allah...

Peristiwa kereta habis minyak dua kali yang lepas tu pun
sebenarnya terselit hikmah yang cukup indah.

Aku menulis ni ingin berkongsi..
Ada di antara kita yang mudah putus asa, seperti aku.
Mudah menyalahkan takdir.
Mudah mengambil jalan singkat.
Tanpa berusaha untuk menjernihkan keruhnya masalah yang
 ada dengan bersangka baik pada Allah.

Peristiwa KERTAS ini sangat terkesan pada aku.
TanpaNya, aku memang NOTHING!

Sahabat-sahabat...
Untuk melaksanakan sesuatu yang baik bukan mudah,
banyak ranjau yang datang menyinggah,
tapi janganlah berputus asa.
Teruskan walau sukar.

Selalu aku pesan pada adik..

"KUASA MINDA ITU SANGAT HEBAT! APA YANG KITA FIKIRKAN SANGAT REFLEK DIRI KITA. SELAGI BOLEH BERFIKIRAN POSITIF, POSITIFKAN DIRI TU. TIADA YANG MUSTAHIL"

Mula-mula memang susah, tapi percayalah, tiada apa yang mustahil di dunia ini..
semuanya berlaku atas kehendakNya jua. :)

"BERBICARALAH DENGAN DIA. SEMBANGLAH DENGAN ALLAH!"

Ada pelbagai cara nak sembang dengan Allah.
Solat.
Doa.

Tapi...tak ramai yang buat satu ni.. iaitu..
bercakap sendiri..
Maksudnya..

Tika kemas barang tu..
"ya Allah.. mana satu ek nak kemas dulu..nak bawa balik? Yang ini ke yang itu? Banyak sangatlah pula, kang ada yang tak muat beg ni kang"

Tika ada masalah datang tiba-tiba..
"ya Allah boleh ke aku buat ni?Benda ni mana cover dalam lecture..KAU rasa aku boleh buat tak?? Permudahkan aku, ya Allah.."

Tengah drive..
"Tengok tu ya Allah, boleh pula dia break tiba-tiba. fuhh..sabarkan aku. Orang kat depan ni... Adooiii"

Sentiasa bersembang dengan Allah.
Ini semua aku belajar dari kem2 yang aku pernah pergi.
InshaAllah..tak rugi kalau amalkan :)


Cukuplah kiranya entry untuk kali ni.

Allah..
Redhalah aku bertuhankan Allah, beragamakan Islam, bernabi dan berRasulkan Muhammad.
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design