Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Saturday, December 31, 2011

My last entry

Bismillah.
Alhamdulillah.

This will be my last entry!
Haaaaa!
Cuak tak?? cuak tak??
Hahaha..
Kerja aku asyik last entry je kan?
^_^


Last entry from me for this year.
Tak sangka sungguh, pejam celik pejam celik dah habis dah 2011 ni.
Terasa semalam baru je tahun baru.
Salah satu tanda kiamat juga, masa berlalu dengan pantas.

For this year, yup, as always, I fail to complete it!
Azam yang telah ada dalam diari masih ada lagi yang tidak dapat untuk aku penuhi.
Apalah nak jadi ni.. tiap-tiap tahun ada azam baru, tapi tak pernah nak penuhkan azam-azam tu.

Untuk tahun depan?
hahaha...
entahlah, mungkin tak buat azam, tapi cuba untuk menyempurnakan azam yang tersisa baki.
Itu juga azam kan?
^_^

Kepada yang mengenali diri ini.
Selamat tahun baru 2012.
Semoga tahun baru Masihi ni berikan sejuta kebahagiaan buat kita semua.
Dan semoga amal kita semakin bertambah.
Semoga kita menjadi hambaNya yang jauh lebih baik dari tahun ini.

Tahun 2011 merupakan tahun yang best untuk aku.
Banyak benda yang terjadi buatkan aku rasa aku matang sikit,
sikit je la.
Dan harapnya, aku mampu kekalkan prestasi aku dalam study, dan dalam semua aspek kehidupan. haha.. nampak sangat ayat skema.

Akhir kalam,
jaga diri, jaga hati.
Dunia yang kita lalui hari ini akan jauh lebih mencabar dari semalam.

p/s : aku dah makin tua rupanya. dan boleh mengundi dah.. tak sangka..aku ingat, aku masih belasan tahun lagi~~~~

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design