Monday, December 05, 2011

Masa

Bismillah.
Alhamdulillah.

Hari ni merupakan hari yang kurang produktif buat diri .
Memang tak produktif.
Tidur agak lewat semalam plus sambil buat kerja terlelap beberapa kali menyebabkan aku tekad untuk tidak hadir ke kelas hari ni. Boleh tak? Sangat tak bagus kan?
Tolong jangan ikut sikap macam ni tau.

Ya..
mungkin ini kali terakhir aku buat begini, selepas ini aku memang kena fokus untuk study aku. Banyak waktu aku luangkan untuk benda lain selain study. Pun merupakan salah satu sikap yang tidak harus untuk dijadikan ikutan. 

Esok ada midterm, tapi hingga kini masih belum selak, baca, sentuh dan hayati nota-nota yang ada.
Aduh! Kenapa diri jadi begini? Kenapa?
Sepanjang hari ni, aku tidur untuk mengurangkan sakit kepala dan akhirnya, satu kerja pun tak dapat dilakukan. So, nasihat di sini, tolong jaga kesihatan korang semua. 


Haaa...
semalam, tengah-tengah duk menunggu laptop pinjam, aku sempat baca entry saudara HAMI ASRAFF,
siapalah saudara Hami ni kan?

Dia ni merupakan salah seorang kenalan rapat Imam Muda Asyraf. Entry dan tweet dia, alhamdulillah semuanya baik-baik.dan ada masanya memberikan kesedaran. Itulah gunanya medium begini, ada masa kita perlu ingatkan diri kita dan ingatkan yang lain. :)

Teruja pula bila saudara Hami ni minat En Ramlee nye novel!!
Perrgghh!!! Hebat2!
Hingga hari ni, novel-novel En Ramlee yang selalu aku baca dan kumpul. Suka dengan gaya dia menghidupkan setiap watak. Kalaulah boleh berguru denagn dia kan best..

Nak dijadikan cerita juga, pagi tadi saja lah nak tweet sal masa.
Hahaa... terasa diri ini useless, tapi cuba untuk tidak berfikir begitu..


Selepas beberapa minit, Saudara Hami tweet juga tentang masa.
Hurm....
Kebetulan la tu sebabnya aku PRIVATE kan akaun aku.
Ambillah iktibar yang Allah sedang berbicara dengan aku melalui saudara Hami.



Benar apa yang dia katakan.
Hargailah dan manfaatkanlah masa yang ada.
Jangan menyesal satu hari nanti.

"Demi masa"
"Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian"
"Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
[Surah Al-Asr : 1-3]

p/s : Doakan semoga aku dan teman-teman dipermudahkan untuk jawab next paper kitaorang. Salam sayang buat semua... :)

3 comments:

Nurul Afiqah said...

good luck 4 ur test...!
betul3... masa sgt bharga.. yet, i still dare to waste the time.. isk3~ =.='

Cik Mira said...

thx dear~~
terharu.. T-T
ahaha...
kan... biasalah tu.. hati kuat nak buat itu ini, tapi end up satu apa pun x wat..

xpe..xpe.. stay chill and smile :)

p/s : gud luck also for u dear~~ study jgn stress2 workey~~

Nurul Afiqah said...

haha... mira, study tak stress sgt.. exam bru stress.. as usual.. hihi.. ^^

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law