Friday, December 30, 2011

Contest Kreatif Menulis bersama HOB

Bismillah.
Alhamdulillah.

Pheewww...
Lama nye tak update blog ni.
=.='
Masih sibuk minggu ni. Tak apalah, cuba juga untuk update sikit-sikit, 
dan make it simple, but it will be long.hahaha..

Thanks to saudara Wan
Blog-walking di blog dia semalam, terbaca satu entry sal Contest Kreatif Menulis bersama HOB.
Hurm.. baca punya baca cam menarik pula, so take a chance to join.
Here it is.....


Ni cerpen yang aku tulis dan aku pernah hantar di Penulisan2u.
Tajuk dia Ruhis.
^_^

“Ei… tolonglah! Jangan ganggu saya lagi,”
Langkahnya terpaksa dihentikan meskipun dia tidak mahu buat begitu.
“Apa lagi yang awak nak?” langsung tidak ditolehnya.
“Saya ikhlas ni. Tak kan awak tak faham,”
Ruhis memejamkan matanya. Sesak nafasnya dirasakan. Hatinya kian sakit. Tambahan pula banyak mata yang memerhatikannya.
“Saya pun ikhlas ni. Saya ikhlas menyatakan pada awak, jangan ganggu saya! Saya terlalu ikhlas nak bagitahu awak yang saya tak suka awak buat macam ni pada saya. Tolong hentikan semuanya. Tolong jangan ganggu saya lagi, tolong jangan hantar bunga pada saya lagi.Tolonglah. Saya merayu pada awak ni,” Ruhis cuba mengawal dirinya. Dalam hatinya, lafaz istighfar dilafazkan.
“Baiklah. Kalau begitu, saya nak jumpa tunang awak!”
Ruhis kian berpaling. Matanya terbeliak. Air liur ditelannya. Helah apa pula yang aku nak buat ni.
***
“Awak ingatkan saya pada seseorang. Boleh kiranya kita berkawan?”
Salam pertemuan itu langsung tidak disahutnya. Ruhis terus mendiamkan diri. Malas nak layan mesej-mesej sebegitu. Lelaki..semuanya sama sahaja padanya.
Sejak dari itu, Ruhis kerap kali diganggu. Telefonnya tidak pernah tidak berdering. Namun semua itu tidak dilayan oleh Ruhis. Hatinya tekad untuk mendiamkan diri.
“Tak boleh tunggu kat sini. Bahaya,” seorang pak guard yang bertugas di situ menegurnya.
Ruhis seakan dipanah petir. Lidahnya kelu tatkala berhadapan dengannya.
“Hello!! Kalau nak tunggu, baik duk sana,” ditudingkan jari telunjuknya pada suatu tempat.
“Maaf, saya tunggu kawan saya. Terima kasih,” Ruhis segera beredar.
Namun, matanya langsung tidak berkalih pada pak guard tersebut.
“Mana kau ni Juliana! Dia cakap dengan aku. Sukanya!!!!!!!” hatinya bersorak keriangan.

“Hi awak!”
Ruhis tersentak.
“Baru habis kelas ke?”
Ruhis benar menyampah. Asyik-asyik dia sahaja yang datang menganggu.
“Awak nak apa lagi nie?!”
“Saya nak awak..hehehehe…”
“Ruhis!” Dari jauh Juliana menyapa. Ternyata sapaan Juliana turut menarik perhatian pak guard yang hampir dengan mereka. Kini, perhatiannya bukan sahaja pada Ruhis, tetapi pada lelaki yang turut berada di situ. Kemudian, dia berkalih semula.
Ruhis yang perasan dengan situasi tersebut kelihatan sedikit hampa. Dia tidak mahu dilihat dengan lelaki yang dia tidak kenali sama sekali.
“Ruhis!” Juliana mendapatkan Ruhis. Tangannya dipegang erat tatkala melihat lelaki asing yang selalu menganggu Ruhis berada di hadapannya.
Lelaki tersebut senyum melihat Juliana. Kemudian menyerah sejambak bunga pada Ruhis.
“Saya tak suka bunga!” Ruhis pantas menolak.
Sesaat kemudian, dia mengeluarkan sekeping kad.
“Ruhis tak suka orang yang dia tak kenal bagi kad kat dia,” Juliana cuba membantu.
“Awak tak faham ke? Saya tak reply semua mesej awak, call awak, itu tandanya saya tak mahu berkawan dengan awak. Tolonglah faham,” sambung Ruhis.
“Tapi kenapa? Saya ikhlas ni,”
            “Awak ni! Ruhis dah bertunang. Dia ni dah jadi TUNANG orang. Tau tak berdosa kacau tunang orang!” spontan Juliana bicara.
Ruhis mendiamkan diri seakan mengiakannya namun jauh dalam hatinya dia tidak menyangka Juliana akan berkata begitu.
***
“Saya nak jumpa dengan tunang awak. Selagi saya tak jumpa dengan dia, saya tak percaya yang awak sudah bertunang,”
            Pada ketika itu jugalah telefon Ruhis berdering. Hatinya tidak keruan.
            “Juliana, apa yang aku nak cakap ni. Mamat ni Tanya sal tunang aku. Dia nak jumpa tunang aku,”
            “Ala, kau pancing je mana-mana kawan kita yang ada. Menyamar sekejap. Bukan susah pun. Kau nak aku tolong tak?”
            “Awak tipu saya kan?!”
            Ruhis terpaksa menghentikan perbualannya dengan sahabat baiknya itu. Tidak sempat langsung dia nak menjawab persoalan Juliana itu. Ju!! Aku perlukan bantuan kau!!!
            “Bertunang bukan satu perkara yang boleh dibuat main-main,”
            “Baiklah.. saya nak jumpa dia hari ni jugak!”
            Ruhis semakin tercabar. Kenapalah tak faham-faham mamat ni!!!
            “Saya akan tunggu kat sini,”
            Tunggulah kau! Biar sampai kau mampus kat sini! Ruhis mengomel seorang diri.
            Ruhis kaku di tempatnya. Kepala otaknya ligat berfikir. Tangannya rancak menari mengira-ngira kawan lelaki yang dia kenali.
            “Jamal? Pakwe orang tak leh. Zul? Owh..pak imam tu bahaya. Taymen? Cina kot.. Raymond? Tak leh.. kang aku yang susah. Kamal? Cam tak betul je orang tu. Amir? Omar? Nizam? Beego? Siapa aku nak call ni,” hatinya kian berbisik.
            “Kalau dia tak datang juga, maknanya awak bukan kepunyaan sesiapa dan saya berhak ke atas awak!”
            “Gila ke?!” Ruhis kian memberontak!
            “Peduli apa saya. Jangan nak cakap tunang awak tu tak de kat sini. Jangan nak bagitahu yang dia kat tempat lain. Saya tak kira! Saya nak jumpa dia hari ni juga,” senyuman sinis diukirkannya, seperti dia dapat menghidu ketidak jujuran Ruhis menyatakan dia adalah tunang orang.
           
            “Ni apa ni?!”
            Ruhis berkalih. Jantungnya berdegup pantas.
            “Awak lagi?”
            Dia kian menghampiri Ruhis, berdiri di sebelahnya. Wajahnya tenang sahaja.
            “Awak tak ada kelas ke?” tanyanya sambil mengerling pada jam tangannya.
            “Nanti dulu. Awak ni siapa?”
            Ruhis yang berada di situ diam seribu bahasa. Apa pula pak guard ni buat kat sini.
            “Awak pula siapa? Kenapa selalu sangat saya tengok awak dengan Ruhis. Hari tu pun awak juga yang saya nampak. Siap bagi bunga lagi. Awak kawan dia ke? Tak kan awak tak tahu yang Ruhis tak suka bunga”
            Ruhis kian terpana. Lidahnya kelu seperti ais. Hanya matanya sahaja seakan bernyawa, lain anggota badannya tidak berfungsi langsung.
            ‘Ya Allah, dia tahu nama aku. Dia tahu apa yang aku tak suka. Dia dengar perbualan kami yang lepas. Oh My God!!!’
            Jejaka yang dia benar-benar minati berada di hadapannya kini. Dirinya kerap menjadi perhatian Ruhis. Terasa panas seluruh badan cuba mengawal perasaan di hati.
            “Awak ni siapa hah!” kelakiannya tercabar dengan kehadiran pak guard tersebut.
            “Maaf saya menyibuk kat sini. Tapi saya kurang senang lihat awak bersama dengan tunang saya. Saya tak senang duduk bila tengok ada yang cuba menganggu hidup Ruhis,”
            Ruhis semakin lemah. Dengan tidak sengaja, dia berpaut pada lengan pak guard tersebut. Tindakannya amat spontan. Kakinya lemah untuk terus berdiri apabila lelaki yang berdiri di sebelahnya mengaku sebagai tunangnya.    
            “Nasib baik saya pakai jaket hitam ni. Kalau tak…” ujar pak guard tersebut sambil tersenyum.
            Ruhis segera menarik tangannya semula. Dikuatkan dirinya untuk berdiri sendiri.
            “Awak tunang dia?”
            “Ya, awak pula siapa? Kenapa awak selalu dengan Ruhis?”
            Lelaki tersebut pula terdiam. Dia serta-merta meninggalkan mereka berdua.
            “Nanti dulu! Tak habis lagilah!”

Boleh pula dia pergi begitu je. Awak ok ke?”
            Perhatiannya kini pada Ruhis.
            Ruhis mengangguk pantas. Matanya hanya memandang ke bumi, tidak berani untuk bertentang mata.
            “Baguslah. Owh ye.. nama saya Hazimin. Kalau orang tu tanya, cakap nama saya Hazimin ek. Saya pergi dulu,”
            Ruhis tidak berkata apa-apa. Dia benar-benar terkejut.
***
“Seriously???”
            Juliana juga seakan tak percaya.
            “Sungguh Ju. Seperti berada dalam syurga aku rasakan! Heaven!” patung besar dipeluknya erat. Matanya dipejam erat, senyuman tidak lekang diukirkannya.
            “Wei! Astagfirullah. Kau dah hanyut ni!” Juliana menggongcangkan tubuh Ruhis beberapa kali.
            “Asal dia tu? Kena angau ke?”
            Farah tiba-tiba muncul dari dapur. Tangan kanannya memegang senduk, manakala tangan kirinya asyik menggaru batang hidung.
            “Kau masak apa Farah? Awal kelas kau habis hari ni,” Juliana menerpa ke arahnya.
            “Aku masak sup sayur je. Kita makan sayur dengan telur je eh hari ni,”
            “Ruhis kenapa?” soalnya kembali.
            “Kita biarkan dia Farah. Dia dah angau tu. Jom aku story kat kau. Meh!” Juliana segera menarik tangan Farah keluar dari bilik.
            Ruhis langsung tidak peduli apa yang mereka bualkan. Bau harum sup yang dimasak pun tidak dirasainya.
            “Saya kurang senang lihat awak bersama dengan tunang saya. Saya tak senang duduk bila tengok ada yang cuba menganggu hidup Ruhis”
            Ruhis mendepakan tangannya. Tuhan, alangkah bahagianya aku andai kata-kata itu adalah satu kata-kata yang benar. Alangkah seronoknya aku andai benar aku adalah tunangnya. Matanya kian pejam. Laparnya juga hilang bersama dibuai mimpi.

            “Maknanya saya jaga shif malam la ye? Kalau bagi perempuan yang jaga susah ni. Banyak komputer ni. Takut apa-apa jadi pula,” Hazimin mengelilingi kawasan mengundi beberapa kali.
            Esok merupakan hari mengundi calon ketua mahasiswa. Hampir 10 komputer diletakkan di tempat terbuka untuk kegunaaan esok hari. Tiap-tiap tahun acara ini pasti akan dilakukan.
            Hazimin mengangguk beberapa kali tanda faham. Meskipun satu malam sahaja, namun amanah yang telah diberikan padanya perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Itulah prinsip hidupnya. Bekerja sebaik yang boleh.
            “Awak boleh balik dulu. Sampai time awak, jangan lewat pula ya,”
            “Kalau gitu, saya ke masjid dululah. Lagipun dah nak masuk waktu dah ni. Pergi dulu ya chief,” tangan diangkat tanda hormat.
            Langkahnya diatur kemas. Sesekali matanya melirik pada jam tangannya, mengira-ngira waktu tugasnya. Sempatkah kalau dia pulang dulu. Buka puasa di mana pula kali ni? Sempatkah berbuka di rumah? Nak masak apa ye? Beberapa kali juga dia menggelengkan kepalanya memikirkan rancangannya selepas ini.
            “Tu la. Nak duduk sorang-sorang lagi. Kalau kamu duduk dengan kitaorang pun tak pe. Ramai sikit. Ni tak, nak duduk gak rumah tu sorang-sorang,” terngiang-ngiang suara rakan sejawatnya yang berjuta kali mengajaknya tinggal bersama. Perlahan-lahan dia kembali bangkit dan keluar meninggalkan perkarangan masjid.
            “Duduk hostel je la hujung minggu ni. Kamu tu kan sibuk memanjang. Bila masa kamu nak berehatnya. Cuba spend weekend ni untuk rehatkan diri kamu. Tak usahlah kamu nak join semua tu,” Ruhis membebel di corong telefon.
            “Tapi best kot event tu. Ina dah tengok dah timeline event tu. Even, Ina sendiri bantu mereka buat kerja. Tak kan tak boleh kot? Pujuklah abah Kak Long. Ina nak sangat join,” adik bongsunya tidak putus asa memujuk dirinya.
            “Apa kamu nanti mati ke pun kalau tak join program tu? Hidup kamu sepi ke pun? Abah tak bagi sebabnya abah risau kat kamu. Kamu study pun tunggang-langgang, pastu nak join plak benda-benda begitu. Ni kerja semua dah siap ke pun?” Ruhis tegas dengan pendiriannya.
            Sunyi.
            “Hah, kenapa senyap lak? Jawab soalan kak long ni,”
            “Belum lagi Kak Long. Ina tak tahu nak buat macam mana,” mendatar sahaja suaranya.
            “Hah! Dah tu masih nak join program tu. Sampai bila kamu nak terus macam ni! Kamu ni kan!!” Ruhis semakin laju mengatur langkah. Tidak dihiraukannya sesiapa. Geram rasanya dengan perangai adiknya itu. Degil sangat!

KEDEBUK!
            Fail berselerakan. Telefon bimbitnya juga terpelanting.
            “Mak ai! Sakitnya” diraba-raba punggungnya beberapa kali. Momentum yang diterimanya menyebabkan dia jatuh terduduk.
            “Sorry. Awak tak apa-apa ke?”
            Ruhis mengerutkan dahinya. Dia mengangguk pantas. Malas pula rasanya nak layan.
            “Ina!”
            Ruhis terkebil-kebil mencari telefon bimbitnya. Dia gegas merangkak mendapatkan telefon tersebut. Nasib baik jenama Nokia, tahan lasak sikit. Ruhis pantas melekapkan telefon di telinganya.
            “Ina?” suaranya ditinggikan sedikit.
            “Kak Long kenapa? Tetiba senyap tadi? Kak Long dengar tak apa yang Ina cakap tadi,” Ina mula mengomel.
            Ruhis dengan spontannya duduk bersila. Satu keluhan dilepaskannya.
            “Sorry, ada orang langgar kak long tadi. Tak pelah Ina. Walau apa pun alasan Ina. Kak Long tak benarkan Ina pergi. Duduk hostel, siapkan kerja. Tak faham jumpa lecturer ke, tutor ke, kawan ke. Bincang sama-sama sampai siap. Kalau semua kerja siap, minggu depan akak benarkan kamu keluar, tapi pastikan kamu tak meniru. Ingat. Kak Long tak nampak, tapi Allah nampak tau,” Ruhis menyambung kembali perbualannya. Lagaknya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku langsung.
            “Awak, ni fail awak,” Hazimin mencangkung di hadapan Ruhis. Dari tadi dia hanya memerhati sahaja gelagat Ruhis. Sudahlah langgar dirinya, lepas tu merangkak seperti budak kecil, boleh pula duduk bersila di tengah jalan ni.
            “Terima kasih. Maaf ya langgar tadi. Tak perasan lak,” Ruhis lantas menyambut huluran Hazimin.
            Barulah matanya bertentangan dengan lelaki yang dilanggarnya. Matanya tidak berkerdip.
            “Saya langgar awak ke tadi?” Ruhis kembali bertanya. Debar hatinya kian terasa, seakan terkena kejutan elektrik sahaja.
            “Ah’ah. Awak langgar saya, pastu awak merangkak dan bersila ke sini. Sebab tu saya ke mari, nak bagi semula fail ni,”
            Ruhis menepuk dahinya. Malu!
            “Macam mana pula aku boleh tak perasan dia ni. Oh My God!!!” hatinya berbisik.
            “Awak.. saya pergi dulu ya. Ada kerja,” Hazimin lekas bangkit seraya mengukirkan senyuman pada Ruhis yang masih bersila.
           
            Ruhis pula hanya mampu memandangnya pergi.
            “Arggghh!!! Giler malu! Aku langgar dia. Aku merangkak depan dia. Aku bersila depan orang ramai juga kat depan dia. Apa aku buat ni? Dah ar pakai baju kurung lak tu. Ya Allah!!!” Ruhis kembali menepuk-nepuk dahinya.
***
“Betul tak nak pesan apa-apa ni?”
            Hazimin menggeleng lembut. “Kenyang lagi makan petang tadi,” sambungnya sambil tersenyum.
            “Pisang goreng dengan air teh je kamu kata kenyang?”
            Sekali lagi dia mengangguk.
            “Camni lah, aku belikan kamu roti ya. Kita shif sampai pagi. Lapar sat gi perut tu. At least bolehlah lapik sikit perut tu,”
            “Yelah. Mana-mana yang tak menyusahkan. Aku on je,”
            Hazimin kembali fokus dengan kerjanya. Ada masa senggang sahaja, dia akan mengeluarkan alatan lukisnya. Sudah banyak hasil kerja yang berjaya dia siapkan tika dia sedang bertugas. Dari duduk termenung sahaja, ada juga kerja yang boleh dia lakukan.
            Hazimin melirik kembali pada jam tangannya. Ikutkan waktu begini dia harus memastikan semua bilik kuliah di situ sudah dikunci dan pastinya tiada seorang pelajar mahupun pensyarah ada di dalam bilik kuliah.
            Tanpa membuang masa, dia mengatur langkah. Ada juga bisikan-bisikan halus yang menerpa gegendang telinganya. Ada masanya dia akan mendengar tangisan kecil, suara memanggil namanya, malah ada juga bunyi tapak kaki orang sedang berjalan.           Namun, semua itu sudah lali buat dirinya. Sejak dia ditugaskan bekerja sebagai pengawal keselamatan, perkara-perkara sebegitu sememangnya harus dia tempuhi.
            Satu-persatu bilik kuliah diperhatikannya. Tingkat satu sudah selesai, naiknya pula tingkat dua. Hazimin melakukan kerjanya dengan penuh hemat. Dalam hatinya tidak henti zikir pada Tuhan sebagai pembakar semangat.
            “PANG!!!” Satu dentuman kuat kedengaran di aras bawah. Hazimin kaku sebentar. Pada amatannya, mungkin benda-benda tersebut mahu bermain dengannya. Lafaz zikir dalam hatinya diperbanyakkan.
            “PANG!!” Bunyi tersebut sekali lagi kedengaran. Kini ada sayup-sayup suara manusia berbicara sesama mereka.
            “Siapa ya? Rasanya kat bawah tak ada siapa dah,” hatinya mulai berbisik.
            “Anuar ke pun?”
            “Tak kan cepat sangat dia balik. Tinggal barang gamaknya,” Hazimin memberanikan diri berpatah balik ke belakang. Langkahnya diatur menuju ke tingkat bawah, tempat dia berjaga tadi.

“Mana dia tu hah! Persetan!!”
            Hazimin mengatur langkah perlahan. Lega juga hatinya bila mana dia mengetahui yang buat bising tadi tu bukannya makhluk yang ghaib sifatnya.
            “Encik cari siapa? Sepatutnya tidak dibenarkan sesiapa masuk kawasan ni”
            Tiga daripada mereka berpaling. Mata mereka tajam memandang tubuh Hazimin.
            “Ada kamu rupanya!”
            Hazimin terkebil-kebil. “Encik ni bukan ke….”
            “Pukul dia!”
            Hazimin tidak sempat mengelak. Satu tumbukan telah menghinggap tubuhnya. Hazimin terduduk.
            “Tak kan tu je kot! Aku bayar korang mahal tau. Aku nak dia ni lembik! Kalau leh kasi mati pun tak pe,”
            Tiga lelaki yang berbadan sasar mengangguk faham. Habis tubuh Hazimin dibelasahnya, tanpa ada belas kasihan, tanpa ada kata-kata untuk membela diri sendiri.
            “Aku tak boleh nak lawan ni. Tak ada peluang nak bertindak. Allah…” Hazimin hanya mampu berdiam diri, seakan merelakan dirinya diperlakukan sedemikian rupa.
            Salah seorang daripada mereka memegang kolar baju Hazimin dan memaksanya untuk bangun. Dengan sekuat hatinya, lelaki tersebut melayangkan tumbukan di muka Hazimin. Badan kecilnya ditolak ke belakang sehingga Hazimin tersungkur.
            Darah tersembur keluar. Matanya mulai bengkak. Baju putihnya kini berwarna merah. Hazimin merengkot dalam kesakitan. Matanya hanya terpejam.
            “Kau ingat aku boleh biar kau macam tu je. Sekarang baru aku puas hati! Mana boleh Ruhis dapat kau. Setakat kerja guard camni je,” satu sepakan dihanyunkan pada belakang Hazimin.
            “Dah! Jom blah! Baru puas hati aku!”
            Hazimin menggigil kesakitan. Matanya mulai mengalir. Hatinya mulai membenih perasaan tidak puas hati kerana tidak berupaya untuk membalas serta membela dirinya sendiri. Geram rasanya bila mana yang memukulnya pergi begitu sahaja.
            “Amin!!!”
            Sayup-sayup kedengaran namanya dipanggil. Hazimin tidak mampu untuk bertahan lagi. Matanya semakin rapat tertutup.
            “Ruhis…”
***
“Dah dekat sebulan tak nampak..hurm..”
Juliana menyiku sahabatnya. Ruhis memandangnya sinis. “Tak boleh ke tengok aku senang sikit?”
            Langkahnya makin diperlahankan. Saat dia lalu di tempat yang menjadi kebiasaan Hazimin bertugas, hatinya tidak senang. Sudah sebulan lelaki itu tidak kelihatan.
            Ruhis mengeluh panjang. Buku didakapnya erat ke dada.
            “Wei..tak baik mengeluh ar. Apalah kau ni. Angau lagi la ni,”
            “Apasal lak? Apa kalau aki buat macam ni..haa…… tu tandanya aku mengeluh ke pun?”
            Juliana menjelirkan lidahnya, kemudian dia tersenyum. “Tak payahlah kau nak tipu aku, kau bukannya pandai menipu pun,”
            “Sabarlah Ruhis. Aku rasa dia cuti tu,” tangannya diletakkan ke atas bahu Ruhis bagi menenangkan perasaan sahabatnya itu. Dia tahu Ruhis benar mempunyai perasaan pada lelaki tersebut. Namun, atas sebab apa dia tertarik, itu masih menjadi tanda tanya buat dirinya.

“Bila kamu nak balik ni Ruhis oi..”
            “Mana Ruhis nak dapat cuti lagi umi. Lambat lagi kot. Lagipun sekarang ni Ruhis sibuk dengan FYP, presentation dah tak lama dah,”
            “Umi tahu tu. Tak boleh ke kamu balik kejap je. Adik-adik kamu ni boleh je balik ni hah,”
            Ruhis melepaskan keluhan yang dari tadi ditahannya.
            “Umi, adik-adik tu lain. Mereka kan masih sekolah. Sekarang cuti sekolah ni, mana tak nya depa semua balik. Kenapa umi beria sangat nak suruh Ruhis balik ni? Umi dengan abi buat family gathering ke?”
            “Bukan. Kamu lama dah tak balik. Dah dekat sebulan dah. Balik ye minggu ni Ruhis?” Zainab tidak putus-putus memujuk.
            “Awat cepat sangat, minggu ni. Ruhis tak boleh janjilah umi,”
            “Kalau kamu boleh balik, baliklah nak ye,” Hati Ruhis mulai runtun. Ternyata dia sudah mengecewakan hati seorang ibu. Mungkin benar yang ibunya merindui dirinya. Sebulan tu agak lama juga.
            Ruhis menghela nafas dalam. Dia duduk di atas batu besar di luar pagar kampus. Matanya dipejam erat.
            “Aku dah final year dah pun. Tak lama lagi aku tak akan jejakkan kaki aku kat sini dah. Hazimin tu tak nak balik ke? Kalau leh bagilah aku jumpa dia sebelum aku berangkat pergi ni. Sedihnye!!!” Ruhis monolog dalam hatinya.
***
“Senget tul la pemandu teksi tu. Nak charge lebih cakap je lah, nak kias-kias dengan aku lak. Senget tul!”
            Ruhis membebel sambil mengheret begnya ke dalam rumah. Tahap malas dah untuk menggalas beg tersebut.
            “Yeay! Yeay! Kak Ruhis sampai dah!”
            Ruhis terkesima. “Mana datang pula budak-budak ni. Kenduri siapa ni korang, siapa yang mati pula ni?” Ruhis terus mengajukan soalan pada anak sedaranya.
            “Kak Ruhis lah orangnya!” jawab mereka serentak sambil ketawa terbahak-bahak.
            Ruhis mengerutkan dahinya. “Aku mati? Ya Allah? Aku? Apa ni?” nafasnya turun naik. Badannya menjadi sejuk secara tiba-tiba.
            “Ruhis! Buat apa tercegat kat depan tu. Marilah masuk!” Ruhis mendongakkan kepalanya. Wajah ibunya sedikit sebanyak meredakan hatinya.
            “Umi, siapa yang mati ni umi? Aiman dengan Zulaikha bagitahu tadi Ruhis meninggal umi. Betul ke umi?” Ruhis menerpa ke arah ibunya, soalan diajukan tanpa mencium tangannya terlebih dahulu.
            “Astagfirullah al azim budak ni!”
            Muka Ruhis disapunya beberapa kali. “Ruhis oi.. yang kamu percaya cakap dua budak hantu tu kenapa?”    
            “Hantu? Siapa pula jadi hantu ni umi?” Ruhis makin keliru.
            “Kak Ruhis ni asal?! Gelabah semacam je. Akak tak sihat ke? Lambat ar akak hari ni!” Aiman tiba-tiba muncul di sebelahnya.
            “Diamlah kamu. Pandai kamu mainkan kak Ruhis kamu ni hah ye! Dah! Ruhis, pergi masuk, bawa barang-barang ni masuk dalam. Sebelum tu salam tetamu kita tu hah,”
            Ruhis masuk ke rumah perlahan-lahan. Dia memang tidak tahu apa yang terjadi pada dirinya. Semua yang ada di dalam memerhatikannya sambil tersengih-sengih. Ruhis pun melangkah dengan wajah kerang busuk melintasi tamunya. Satu-persatu disalamnya.
            “Ini Nur Ruhis tu ya,” seorang mak cik tua menegurnya.
            Ruhis mengangguk perlahan. “Siapa pula mak cik ni? Kawan umi kot,”

            “Ruhis pun tak banyak cakap. Dia setuju la tu,”
            “Setuju apa ni umi?” Ruhis mengerutkan dahinya. Satu-persatu yang ada di situ diperhatikannya.
            “Kamu tak tahu ke nak oi?” tangan Ruhis diusap beberapa kali.
            “Apa ni?” Ruhis kembali menyoal.
            “Ruhis tak tahu apa-apa mak cik,” satu suara muncul secara tiba-tiba.
            Ruhis terlopong seketika. Hazimin melangkah masuk lantas menempatkan dirinya di sebelah mak cik yang baru disalaminya. Itu mak dia kot.
            “Saya yang rancang semua ni. Ruhis tidak tahu apa-apa,” Hazimin tersenyum. Pastinya Ruhis masih dalam keadaan blur. Kasihan gadis itu.
            Ruhis tidak berkerdip. Lelaki itu tersenyum padanya membuatkan jantung berdegup amat pantas sekali. Tapi mana hilangnya dia selama ini.
            “Macam mana kamu leh ada kat sini. Ini apa semua ni umi?” Ruhis semakin keliru.
            “Beberapa bulan yang lepas, saya merupakan pengawal keselamatan di kampus Ruhis belajar. Saya berkenalan dengan Ruhis secara tidak sengaja. Itu pun sebab nak tolong dia larikan diri daripada pak cik tu,”
            “Pak cik? Pak cik mana ni Ruhis”
            “Tiada apa-apa la umi. Jangan risau,” Ruhis mengalihkan pandangannya.
            “Saya ingat lepas peristiwa tu semuanya sudah selesai,” Hazimin menarik nafas sebelum meneruskan katanya.
            “Mungkin dia menyimpan dendam pada saya agaknya sebab tak dapat Ruhis ni. Saya diajar sedikit. Sikit je pun, dan terpaksa mendiamkan diri hampir beberapa bulan,”
            “Waktu genting tu, saya tak terdaya nak balas. Tapi saya tetap kuatkan diri saya ni. Saya rasakan, saya buat begitu bukan kerna diri saya tetapi sebabnya Ruhis. Entah mengapa itu yang saya rasakan waktu tu. Dan disebabkan itu juga, saya berada di sini,”
            “Kamu benar suka kat anak mak cik ni?”
            “Jujurnya, ya. Dia menghormati saya, status saya. Dia menjaga aib saya di hadapan mereka yang suka menghina pekerjaan saya. Dari situ saya juga mahu menjaga aibnya, serta menghormatinya,”
            Ruhis berlagak tenang, tapi dalam hatinya, seakan mahu melompat keluar sahaja jantungnya.
            “Dan hadirnya saya di sini, mahu menyunting Ruhis untuk diri saya. Untuk dijadikan isteri saya yang sah. Itu pun kalau dia setuju,” Hazimin semakin memberanikan dirinya.
           
            “Macam mana Ruhis? Umi berkenan dengan Hazimin ni. Kamu macam mana?”
            ‘Aku mimpi ke ni? Oh My GOD!!!!!’
            “Ruhis! Ruhis!!!!!”
            Ruhis tumbang.
            “Laa…Pengsan pulak?” Hazimin lantas mengukirkan senyumannya.





1 comment:

Cik Lia Lomi said...

wah!, Lia pernah baca cerpen ni di P2U, best!, tahniah. :D

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law