Saturday, November 26, 2011

Tahun Baru Hijrah

Bismillah.


Salam maal hijrah 1433 buat semua.
Alhamdulillah.

Masih diberi kenikmatan ISLAM dan IMAN, serta kenikmatan sempatnya melangkah ke tahun yang baru, malah satu penghijrahan yang baru, inshaAllah.

Malam hijrah ni, alhamdulillah,
terisi dengan pengisian daripada Ustaz Don dan sahabat2 yang lain di TVHijrah.

"ISLAM is the way of life"

Ungkapan indah oleh Cik Nur Ain, yang merupakan tetamu jemputan, juga seorang mualaf.
Allahuakbar!
Terasa diri ini kerdil, terasa jahilnya diri ini.
Ternyata mereka yang mencari lebih hebat daripada mereka yang mewarisi!

"Saya pelik kenapa orang Islam tak macam Islam? Saya pelik kenapa orang ISLAM tak pernah nak tunjukkan pada saya tentang ISLAM. Saya pelik.."

Jika kita baca kisah-kisah saudara baru kita ni, pasti terdetik dan terlintas dalam diri kita, mengapa dan kenapa aku tidak seperti mereka. Kekadang rasa sedih pun ada, tapi hingga kini, kita masih di takuk yang sama.

Sempena tahun yang baru ini,
ayuh kita lakukan satu perubahan, perubahan yang kecil tapi mampu membawa impak yang besar, inshaAllah.
Dan ingatlah..dakwah bukan sahaja kita berdiri di hadapan berbicara, mengembara menyebarkan risalah, tetapi dakwah juga boleh dilaksanakan dengan perwatakan yang indah daripada diri kita.
Jalan dakwah bukan satu, tapi bercabang. Pilih satu dan teruskan!

Akhirnya..
Semoga tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

p/s : Azam baru ada ke???

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law