Sunday, November 27, 2011

MMU kah?

Bismillah.
Alhamdulillah.

Baru lepas makan kenduri doa selamat.
Sedap!Sedap!Sedap!
hahaa..
yang best sekali ikatan persaudaraan Pakatan Taman Meru 37 ni.
Bukan apa, dari awal aku datang, sehinggalah aku angkat kaki pulang,
semuanya seperti sebuah keluarga.
Tiada erti kata "Kau orang luar! Behave di tempat orang!"
Seriously, sangat seronok, gelak-gelak, siap leh tambah-tambah lauk lagi.
Ada DJ pulak tu, siap bagi goodies lagi. ^_^


Kenapa pula dengan logo ni?
Hurm..
Pejam celik pejam celik, sudah nak masuk empat tahun aku di Bumi Melaka. Bumi Melaka Maju katanya, dan juga Bumi Multimedia Uvinersity.

Sewaktu aku menghadiri majlis Anugerah Cemerlang di sekolahku beberapa tahun yang lalu, aku ingat lagi dialog aku dengan seorang guruku :

Cikgu A : Kamu dapat mana Mira?
Cik Mira :  Saya dapat MMU, Multimedia University, Asasi IT.
Cikgu A : OooOOOo.. Cyberjaya ke?
Cik Mira : Eh..tak, Melaka. 

Beberapa tika kemudian..

Cikgu A : Kamu tak dapat mana-mana IPTA ke?
Cik Mira : Dapat, saya dapat Matriks dengan UIA.
Cikgu A : Nape tak pergi? Nape MMU?
Cik Mira : Sebab saya dapat biasiswa.

Ttteeettt...

Bila perihal Biasiswa aku utarakan, cikgu diam seribu bahasa.
Aku faham kenapa itu menjadi perbualan kami. 
MMU is a private university.
When it is a private university, there is some people will think that only PEOPLE who is not perform well will go there. Or when YOU ARE RICH enough to go there.
Why not IPTA?
You're not qualified is it?
hurm...

This kind of mindset makes me worry.
Why?

Just now...

Mak Cik A : Yang ni dah kahwin ke?
Ibu Cik Mira : Eh...belum. Baru belajar lagi.
Mak Cik A : Form berapa?
(Cik Mira tersengih-sengih-muda gak aku)

Ibu Cik Mira : Eh...bukan. Dia ni dah masuk U. Another one and half year nak habis.
Mak Cik A : Kat mana?
Ibu Cik Mira : MMU, Multimedia University.
Mak Cik A : MMU tu government ke?
(Cik Mira diam seribu bahasa pula)
Ibu Cik Mira : Private.
Mak Cik A : PTPTN ke?
Ibu Cik Mira : Biasiswa YTM.

Then the story begins.. bla..bla..bla..

Yang aku ni, bila disebut tentang MMU, aku sedih.
Sedih bagi pihak ibu aku. 
Kenapa orang selalu mempertikaikan semua ni?
Ye..aku tahu mungkin ramai yang tak tahu apa itu MMU, kat mana? bla..bla..

Tapi deep inside, aku rasa useless tau.
Aku kenal anak mak cik A tu. Aku tahu siapa anak dia.
Aku tahu siapa aku dan siapa anak dia.
Jauh lebih hebat daripada aku.
hurm..
Kalau aku sorang yang rasa aku tak kisah, tapi jangan biar hati ibuku tersinggung.
Ye.. mungkin ibu tak cakap tapi hati aku kuat rasa benda ni.

Salah aku kot, tak perform yang terbaik.
Sehingga kan aku fikir, aku nak buat sesuatu yang orang leh nampak aku juga hebat!!!

Tapi..alhamdulillah..
aku ambil side POSITIF..

Bersyukurlah dengan apa yang kamu dapat.
Kenapa aku cakap begitu?

Cuba tanya berapa ramai yang nak belajar tapi tak dapat belajar?
Berapa ramai yang tak cukup wang untuk menuntut ilmu?

Tidakkah aku termasuk dalam golongan mereka yang beruntung?
Abah pernah tanya aku dahulu..
Mana haluan aku nak pergi.
Aku dengan yakin cakap IT!
AKU NAK AMBIL IT!
Then abah cakap MMU is the best for you.
Dengan izin Allah juga, time tu aku dapat berita aku layak dapat Biasiswa.

Tidak cukup beruntungkah aku?
Tidak cukup bahagiakah aku?
Nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?
Nikmat Tuhan yang manakah aku dustakan?

So...
Just take FIVE!
Orang tak tahu apa yang aku hadapi.
Tapi Allah Maha Mengetahui.
So..
Dear Allah,
please..
make my parents happy!
Biar kami yang terluka, tapi jangan orang tua ku~

Hanya Allah Maha Mengetahui..
Hanya Allah Maha Mengetahui..

If we can't make people happy, just make yourself happy.
And.. make your parents happy.
Allah sure will make you happy!

p/s : khas pada mereka yang mengalami benda yang sama dengan apa yang aku alami. Ingat! Syukur selalu, Allah akan tambah rezeki! ^^,

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law