Thursday, October 27, 2011

Sutera Bidadari


Bismillah.

Allow me to write in Malay..hehe

SUTERA BIDADARI.

Merupakan novel KELIMA yang menceritakan tentang pengembaraan Laksamana Sunan atau nama sebenarnya Saifudin Jalis. Diberikan nama Laksamana kerna tangkasnya dalam ilmu persilatan dan Sunan pula kerna perwatakannya yang warak.

Seriously, baca tentang pengembaraan Sunan ni ada kalanya terbuka pintu hati sedikit, sebabnya Saifudin ni seorang yang amat alim dan warak. Hidupnya hanya untuk Allah, sentiasa untuk Allah. Terkadang tersentuh dengan apa yang dilakukannya dan terpanggil untuk ikut wataknya. Allah...

Walaupaun Sunan hanya watak sebuah novel, tapi kekadang kesannya benar terasa.
Betapa jauhnya diri ini daripada Sang Pencipta.
So, bagusnya novel ni menyedarkan diri aku khususnya untuk sentiasa mengamalkan setiap ajaran agama Islam dan sentiasa berpegang serta yakin pada Allah.

Dan jujurnya...
Andai aku temui lelaki seakan SAIFUDIN ini, maksudku, perwatakannya..
mahu aku melamar dirinya menjadi suami aku.
^_^

SUTERA BIDADARI.
Seperti biasa, kalau tak ada konflik, itu bukanlah karya Ramlee
Kalau tak timbulkan pertanyaan, itu juga bukanlah karya Ramlee.
Dan itulah uniknya Ramlee.

Setiap karya die sama je cara konflik dia cuba timbulkan.
Sehingga kita yang baca ni tertanya-tanya, terkadang tu aku marah gak,
sebab nak tahu kesudahan cerita.

Jujurnya juga, banyak perkataan baru yang aku pelajari.
Namun, tak sempat nak kongsi di sini, di kala ini.
InshaAllah, lain masa ya? ><

Pengembaraan Sunan sudah berakhir.
Siapa Sang Dewi sudah terjawab.
Siapa Taghut juga sudah terlerai.
Setiap persoalan yang timbul dalam 4 novel sebelum ini juga sudah terungkai semuanya.

Dan tak menyesal aku follow cerita ini.
Banyak sunguh pengajaran, dan bukan semata-mata cerita CINTA!
Tetapi CINTA yang terlahir dalam karya2 Sunan ini hanya CINTA HAMBA KEPADA PENCIPTANYA.
Semoga aku juga mampu melahirkan rasa cinta sehebat itu!

Malas nak bermadah panjang.
Cukuplah rasa puas menamatkan cerita ini.
Dan syukur kerna masih bernafas hingga ke hari ini.

Menanti pula novel seterusnya...
FIKSYEN 302.

Akhir kata..
Syabas En Ramlee..
teruskan berkarya.. kerna karya mu bakal membuka pintu hati mereka di luar sana, 
inshaAllah.

p/s : Ini senarai cerita2 Sunan.. dan kalau ada sambungan lagi..aku pasti akan milikinya! hahah..gaya bahasa yang aku guna kali ini seakan kuno plak..hahah..

Bagaikan Puteri
Cinta Sang Ratu
Hijab Sang Pencinta
Cinta Sufi
Sutera Bidadari

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law