Tuesday, October 11, 2011

Koleksi

Hari ni keje saya adalah tengok TV..kemudian tutup TV, bukak balik..
Cite sekarang banyak yang tak best, 
Last sekali tukar channel 100 (FIESTA)haha..
teka saya layan apa?
layan cite Hindi+Tamil kat situ, menarik gak..
huhuhu..

Oleh yang demikian, daripada membazir elektrik, 
saya ambil keputusan kemas bilik semula.
Keluarkan semula barang2 lama sambil layan perasaan.

Bila tengok balik barang-barang tu, terasa lawak pun ada.
Banyak kenangan pada benda yang saya simpan.
Saya ni suka simpan benda yang tak penting.
Even KAD TOPUP waktu sekolah dulu pun masih saya simpan dalam kotak.
Kalau nak wat main kad, sesuai benor ar, dah cukup.. banyak la katakan..haha

Tengok semula surat-surat tawaran time sekolah,
teringat arwah mak.
huhu..
Semoga roh arwah tenang di sana.
Terlalu banyak peristiwa berlaku selepas arwah tiada.
Peristiwa yang mengajar erti siapa kawan, siapa lawan.
^^,

Ok..
meh saya tunjukkan antara koleksi yang saya masih simpan lagi.
Saya ni juga suka baca majalah REMAJA...
Banyak koleksi...tapi abah dah jual semua..haha..

Mek Nadiah bagitahu, dia tak percaya saya ni pengumpul dan pembaca setia REMAJA.
Well...zaman jahil.. sekarang tak boleh dah.. dah bukan REMAJA,
sekarang kena baca WANITA, NUR, dan seangkatan..haha ><

Ok..meh2.. kite tengok..


Yang ni merupakan koleksi kaset Ustazah Siti NorBahyah.. saya suka dengar ceramah dia, so gigih cari dan dengar time bosan dulu. Waktu belajar dulu, dalam bilik saya ada radio, so kekadang layan IKIM dan juga kaset2.. CD pun ada gak.

Hidayah itu milik Allah. Alhamdulillah,
saya terbuka pintu hati nak selami agama sikit2 pun waktu sekolah rendah,
melalui radio IKIM sendiri. waktu tu, sepanjang masa saya adalah IKIM je,

Dan jujurnya, saya rindukan AMIRAH yang ketika itu. 


Haaa..... yang ni saya start kumpul time sekolah menengah. Abah bagi duit belanja tiap2 bulan, sikit2 kumpul beli..hahaha... sebab tu saya sedikit TAK PUAS HATI bile MEK NADIAH download lagu2 WESLIFE sedangkan saya beli ORIGINAL tu!!!
hahahaha....
Bising saya kat Nadiah cakap hal ni. 
Maaf Nadiah.. sensitif lebih..


Dan yang ni adalah antara CD SPIDER yang saya ada. Kan saya cakap, saya ni dulu peminat GILER TAM SPIDER. Tengok..... gigihnya saya sampai saya cari CD die wat KONSERT.
Saya ingat lagi, time tu saya keluar dengan adik saya, kat GREENTOWN MALL, 
Bila dapat CD tu, saya seronok giler, bersyukur sangat-sangat saya dapat beli CD idola la katakan..hahaha.. 

See... jauhnya saya dulu...


Haaa...yang ni.. saya kumpul waktu sekolah menengah, time nak PMR + SPM.. haha..
bagus x? pelajar cemerlanglah katakan. #GURAU-GURAU#

Saya pun suka orang kat atas ni dulu, dia bagi talk sangat terkesan. Banyak ilmu yang saya dapat. Dan thanks buat Along yang hadiahkan certain CD kat atas..huhu ><



Ok... dua barang kat atas ni merupakan TABUNG pertama saya dan DIARI pertama saya.
Start bergiat time sekolah rendah, dan DIARI tu saya bawa hingga ke sekolah menengah.
Kalaulah abah ibu + arwah mak baca.. huhuhu.. segan oOooo..
Time saya kat MRSM BESERI dulu pun saya luahkan semuanya kat dalam DIARI ANTIK ni..



Haaa.... kertas2 ni saya simpan. Ni lah antaranya hasil kerja saya untuk ANAK-ANAK murid saya lepas. Lepas SPM, saya ada kesempatan mengajar di sebuah pusat TUISYEN, ajar subjek ENGLISH tuk bebudak sekolah.

Hurm... bukan mudah nak ngajar anak orang.
Saya ajar pun sekejap je..dalam sebulan barangkali.
So..semua persiapan mengajar saya sediakan sendiri, termasuklah melukis gambar-gambar di atas..
Terima kasih pada buku rujukan Arwah Mak dan pada Kak Lang yang tunjuk ajar macam mana nak ajar itu dan ini.

Saya pun ngajar bebudak nyanyi tau..haha..
suke tengok depa suke nyanyi.
Dan nasib baik suara saya sedap~~~~ hahaha perasan plak~~~ ><


Haaaa... yang ni plak satu-satunya CD KARAOKE saya yang masih ada. Saya ni pun peminat SHAH RUKH KHAN.. 

Gigihnya juga saya membeli CD ni sendiri.
Ada lagi CD KARAOKE, contohnya CD NASYID UNIC, DEVOTEES, INTEAM..
Tapi semuanya entah ke mana. Hanya yang satu ni saja lekat kat saya ni hah..
hohoho..

Tengok-tengok..
ni lah antara nya barang koleksi yang masih saya ada sampai sekarang.
Saja nak kongsi kasi cerita.
Tu belum masuk novel2 yang saya ada..haha..

Pepun...
satu nasihat saya, 

Jangan terlalu taksub or fanatik dengan apa yang diminati.
Kalau boleh, elakkan lah buat seperti apa yang saya buat.
Andai benda tu berikan manfaat, GO ON,
jika melalaikan.. STOP IT!

Bak kata Kak Ikin saya bila dia tahu saya beli CD SPIDER tu..

"Apalah kamu ni, benda ni boleh tolong kamu kat AKHIRAT nanti ke??"

Haa... start dari situ.. saya dah kurang mengumpul CD-CD unless saya betul2 nak!! haha..
Selagi tak melekakan dan melalaikan kita daripada menjalankan tanggungjawab padaNya, diringankan bolehnya itu.

Oleh itu..berpada-pada dan berhati-hatilah..
Ok?

Oleh itu..
jaga diri, jaga hati 
^_^

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law