Saturday, October 08, 2011

Arigato


Volkswagen abah.

Kereta antik ni sangat lama owh...
Wujud sejak abang2 kecik lagi.
Bayangkan, abang sulung pun sekarang dh 30++ tahun,
ce bayangkan berapa punya lama kereta ni.

Banyak kenangan kereta ni.
Dan kerna kenangan2 yang adalah abah tekad nak baikkan kereta antik ni.
Panjang ceritanya kenapa kereta ni jadi macam ni,
Hal peribadi keluarga, aib keluarga, so baik simpan je.
Pepun..

syukur, kereta dah leh jalan, 
Nak touch up bahagian body plak.
Lama owh nak tunggu kereta ni siap, dekat 2 tahun kalau x silap.



Ni la keadaan kereta tu sekarang.
Pagi tadi kami bertiga pergi cari lampu tuk kereta antik abah ni.
Ibu plak sapu2 kemas kereta ni, dah jadi cam apa dah,
siap ada kerajaan SEMUT lagi dalam tu, nasib baik tak CIK TI buat istana sekali.

Semoga abah dan ibu sentiasa dimurahkan rezeki dan berkesempatan drive kereta ni semula.
Mira nak tolong abah ibu dari segi kewangan memang tak terdaya sekarang. 
Mira teringin nak tengok impian ibu abah tercapai..

Cam abah cakap kat Danial tadi,

"Nanti Tok Wan bawak Ahmad naik Volkswagen. Kita jalan-jalan,"

Dalam hati aku, meng-amin-kan agar semuanya Allah permudahkan.

And....
thanks buat Kak Lang & Abang Lang,
celebrate my birthday.
Terharu sangat..huhu..
tup-tup ada budak montel sekali kan..haha..



Tengok Danial geram sangat.
Teringat kat Syabil, Syafia dan Syamim.
haha..
dah tue dah aku rupenye.
Pasni nk tunggu yang kelima plak keluar.
Semoga Allah jadikan mereka semua ni penyejuk mata dan penawar hati pada ibu bapa dan nenek+tok2 mereka semua..
juga buat agama.

p/s : Ya Allah..pelihara keluargaku..
Mak cik : Napela kamu ni sangat comel? tak dapat nak upload video T.T

Danial : Mak cik... mak cik pun comel gak..kite sama2 comel..

Mak cik : Ala Danial ni..pandai bodek mak cik...

pp/ss : dialog prasan sendiri

..: Syabil & Syafia :...

..: Gambar solo Syafia :..

...: Syamim :...

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law