Wednesday, September 14, 2011

Pengalaman la katakan

My first experience..
(entry to myself)

Tak pernah-pernah, dan agak jarang nampaknya aku keluar semata-mata untuk cari sponsor.
Overall ok-la, even kena saman kan.. =.='
Dah nasihat dah jangan bawa laju, tapi degil, nak wat camna, alih-alih terus kena tahan,
Kena saman sudah..hahaha

Kami sampai setengah jam lebih awal dari waktu yang dijanjikan, YB pun x datang lagi, 
so, peluang untuk lepak tengok TV kat dalam tu memang tak dilepaskan sama sekali.
Memang aku duk situ tengok TV1, sambil-sambil tengok wajah cuak kawan yang join sekaki..
http://www.smileycodes.info


Dalam kereta, sepanjang perjalanan, aku di-tarbiyah dan disuruh praktis. Adooii..
terasa menyesal sangat pergi. Aku ke pun kena cakap?
Namun, sesampai je kat dalam bilik YB, yang mulakan adalah Direktor, so, aku lepas kat situ.
Aku hanya cakap untuk betulkan sedikit maklumat yang Direktor terlepas pandang,
nervous la tu...


Tapi mula-mula jumpa YB tu, dalam hati aku..
"Muda nya YB ni..."
hehe..


Dan aku pun perasan, sepanjang waktu kami berbincang, banyak soalan ditujukan kat aku.
Soalan dan penerangan tentang event sekejap je, tak silap aku x sampai 10 minit.
Tapi yang meleret adalah cerita sal Melaka, dan diri kami..
=.='



YB : " Kamu duk mana? Hostel?"

Nak jujur ke x?

Me : Saya duk ER..Depan EP tu.

YB: Berapa bayar sewa? Tingkat berapa? Luas x? Berapa unit? Yang dekat belakang MMU ke?
(sume soalan yang aku compile kan sekali)

Yang aku ni, duk pandang Hajar.. manalah aku tahu berapa unit semuanya.. Manalah aku tahu berapa harga seunit. Dan terlintas gak..YB nk bayarkan ke?

Me: Ikut tingkat YB..saya punya RM200++. Luas gak la berbanding IXORA(YB tau ke?). Setiap tingkat ada 10 unit, semua ada 9 tingkat, so ada dalam 90 unit. Bukan, yang depan tu, depan dia EP, bangunan yang pendek sikit tu.

YB: Ada berapa bilik? Apa kemudahan yang diberikan?

Aku pun jawab lah ikut apa yang dia tanya. Dalam hati hanya ingat dia tanya kerna dia YB..kerna nak tahu apa yang benefit student dapat. Lebih dari tu aku tak fikir ek..

Bak kata Presiden..

Presiden: I don't know why, he keep looking Amirah and ask everything about Amirah.

Ada aku kisah ke?
Yang aku tahu tanggungjawab aku untuk minta sponsor dengan YB tu dah selesai.
Dan yang bestnya, part air teh dan biskut.
Memang pantang dihulurkan makanan.
Tapi lagi best kalau dapat maruku yang YB duk makan tu..hahaha..

Well, sekadar kongsi experience.
Ada yang lagi dahsyat rasanya.
Itupun aku tak cerita sal Direktor & Presiden duk bodek habis YB tentang Melaka.
Dan bagaimana YB terangkan sal kemajuan Melaka.
Tapi sayangnya, apa yang YB terangkan aku masih tak nampak dengan jelas,
kabur lagi Yb..haha..

Bukan mudah nak minta sponsor ni.
Keyakinan itu penting.
Time ni la aku teringat kat Master Sponsor IU dulu.
Rugi plak tak belajar dari dia..hehe..

Pepun..
satu experience yang baru.
^_^


p/s : bak kata YB.. susah nak senang & gembirakan hati orang, sebab bila kita tak buat begitu, orang tak senang dengan kita.. dan susah nak undi kita..hahaha.. tapi YB.. jujur diri ni nak bagitahu YB..
Walau macam mana pun kita, andai kita laksanakan janji dan kotakan kata-kata kita, inshaAllah, lagi ramai orang suka tanpa perlu kita susah payah nak gembirakan hati ramai orang. Pepun..thanks YB ^^,

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law