Wednesday, September 14, 2011

Mode Final Exam

Minggu depan merupakan minggu bermulanya final exam untuk pelajar-pelajar MMU.

K Ikn:  Kamu dah habis exam dah ke? Bila balik?

Me: Bila masa plak dah exam? Exam lagi dua minggu la.

K Ikn: La... x start lagi ke? Lambatnye. Ingatkan dah exam. Pelik lah kamu ni.

Ye... memang pelajar yang belajar kat bumi MMU ni pelik sikit.
Hahaa.. dan akak kesayangan ni sentiasa labelkan saya ni pelik.
Pernah dia cakap dulu-dulu...

"Kamu ni asyik midterm je. Asyik kuiz je. Asyik exam je memanjang"

Hahaha.. 
nak buat macam mana, pelajar excellent, mesti kene work hard, tu yang sibuk memanjang tu.
^_^

Lagipun, sistem IPTA tidak sama dengan MMU.
So, yang peliknya pun hanya saya je.huahahaha...

Cakap sal final exam ni,
ada di kalangan kawan-kawan yang dah start study,
ada juga yang tak start-start lagi
(cam saya ni)
Dan ada juga, first day kuar EXAM SLIP, terus print,
juga ada yang masih tak print-print
(cam saya ni hah)

Walau macam mana sekalipun, semoga Allah permudahkan segalanya.
Study wei study!
Sama-sama kita dekan sem ni, even saya nampak sukar kat situ..hurm..

~~ Bear pertama Ahmad Danial.. Mak Cik die bagi. Nasib baik Danial x nangis tengok lembu ni..haha~~

Dan manfaatkan masa sebaiknya yep!
So..dari pihak diri ini buat semua kengkawan kat MMU, even staff dan lecturer sekali
sebab depa ni kena jaga venue jugak nanti..
dengan ucapan...


&


Ok..cukup le kot nampaknya.
Kat bawah ni jadual examku..
Manalah tahu kot-kot ada yang nak tolong studykan subjek tuk saya ke kan..


p/s : 
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law