Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, September 23, 2011

KPOP vs MALAY...??


Hhhhuuuaaaaaaaa!!!!
Ngantuknye la hai........

Hari ni, nak cite skit sal gosip-gosip nie...
isk2.. tak baik tau gosip.. ngumpat ni..
Kita tukar.. berdiskusi..

Petang tadi, saya berdiskusi dengan dua housemates tercinta,
Mek Eda dan Mek Nadiah.
Kami berdiskusi tentang artis-artis tanah air.
Best hidup glamor ni, lebih-lebih lagi banyak duit.
Yang tak berharta tapi nak dirikan rumah tangga, terlopong lihat 'mereka' yang 
mewah sehinggakan ditaja itu ini, kos bertunang pun ada yang ditaja. Benar, bertunang itu sunat, tapi kalau sudah berkemampuan begitu, heboh seantero dunia, tunggu apa lagi, nikah je la!
Uuiii..
mungkin ada kesulitan pada mereka, tapi lagi baik dan lebih menarik nikah awal2.. semua dah lengkap kan..

Alang-alang dah diskusi soal artis, kami terus diskusi soal band/group muzik.
Yang tengah HOT time DEBUT dulu..
24:7 & Gula-Gula
=.='

Dua kumpulan ni yang sedih sangat tengoknya.
Yang mahu menyuntik semangat KPOP katenye..
hurm..tapi gaya tak kena la beb.
Di sini, saya akan rungkaikan juga kenapa ramai gadis2, wanita2, malah golongan mak-mak kat luar sana minat KPOP..
Terlebih dahulu.. tengok ni bagi yang tak tengok lagi

Dan compare kan yang benar-benar KPOP..

Tengok..
nampak tak bezanya?
Sangat ketara kan?
TARIAN.

KPOP terkenal kerna tarian mereka. Menyanyi sambil menari.
Itu yang menarik pada KPOP.
Andai tarian tidak se-SHARP mana, apa yang cuba disampaikan menerusi lagu, 
kekadang tak tersampai sebenarnya.
Hurm...

Camna plak leh SHARP-SHARP ni..
Pernah ke amik tahu tentang band2 Korea ni? 
Tak yah cakap band la..even penyanyi solo sekali pun depa tampak hebat!
Ini sebab, sebelum mereka DEBUT, mereka berlatih dan terus berlatih,
ada berlatih sendiri bertahun lamanya, then berlatih pula under SYARIKAT masing-masing
juga bertahun lamanya, then barulah nampak batang hidung buat persembahan.
hurm...

Rasa risau pun ada gak..
kat tempat kita, terlalu banyak dan berlambak artis.
Program hiburan sana sini disiarkan, sehingga melekakan semua orang..
Inikah namanya modenisasi??

OK.. STOP THERE..

Dan ini jelas juga menjawab persoalan kenapa ramai tergilakan KPOP
*(jawapan saya khusus dari sudut pandangan wanita)*

Kenapa?
Kenapa??

Sebab depa dapat menari dengan baik sekali. Semangat!
Lagu depa pun sedap-sedap untuk didengar.
Even tak faham, tapi bila ditranslate, ada makna.
Tidak seperti kebanyakan lagu MALAYPOP kita yang ada tu,
tak ada makna langsung, bukan-bukan je..
Dan...
semestinya depa juga mempunyai PAKEJ RUPA YANG MENAWAN...hahaha..


Hurm....
bukannya nak kritik teruk-teruk pun.
Cuma rasanya....
hurm...
apa yang korang rasakan?

Ada setengah benda yang kadangkala tak kena pada tempatnya,
contohnya macam ni lah.
Apa akan jadi apa anak muda kita akan datang?
Bakal pemimpin negara?
Jika hiburan sebegini diteruskan?

hurm...

Sesedap mana KPOP sekali pun,
tidak SESEKALI dapat TANDINGI yang bawah ni.
Setiap bait yang ada indah sungguh!

p/s : panjang plak kan... hurm...

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design