Followers

My Wattpad

28 Sep 2011

han geng lagi~~


Saya suka lagu ni!!
Dan saya suke sorang mamat dalam lagu ni...
HAN GENG!!!!!
He looks like JZ..
hahaha...
suke2..





p/s : x sedia tuk exam esk..tp pepun.. kena redah jugak. doakan saya dan kawan2 semua~~~
^_^

27 Sep 2011

S.A.D. != T.I.S


Not Gain anything...

hurm..
Yes..indeed.
Memang tak gain apa-apa pun.
Sedih dan nak nangis ni.
First time gi kampus nak study tapi x study pe pun.
Tak leh nak masuk.
Kepala rasa berat dan rasa mengantuk minta rehat.
Dapat buat dua, tiga soklan je.
Bila nak start menghafal, terus gelap je rasenya.
Ya Allah,
banyaknya dosaku.
Ujian yang turun sebagai penghapus dosa.

Ya Allah..
subjek ni aku takut ar.
Bolehkah aku ya Allah?
Berikan aku petunjuk dan kekuatan.
Aku takut ar ya Allah.

Yes.. im not gain anything just now.
Hopeless je.
Nape ni mira?
Abbbaaahhh!!!! iiibbbuuuu!!!!
T_T

p/s : Ya Allah..sembuhkan aku,
Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

26 Sep 2011

ROCKY tak halal?


Rocky xde tanda halal?
Hurm..

Baru perasan hari ni, 
duk selama ni ngunyah benda ni kan..

ishk2...

Kenapa xde tanda halal?
T_T

p/s : Wahai Sa’ad, perbaikilah (murnikanlah) makananmu, niscaya kamu menjadi orang yang terkabul do’anya. Demi yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya. Sesungguhnya seorang hamba melontarkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amal kebaikannya selama empat puluh hari. Siapapun yang dagingnya tumbuh dari yang haram maka api neraka lebih layak membakarnya. (HR. Ath-Thabrani)

Nauzubillah...

Ada berita tentang Rocky ni bagitahu la ek..
sesungguhnya biskut ni sedap ^^,

'Orang' itu

Saya suke tengok.

Saya suke tengok 'orang' tu.
Jika dia tidak duduk di hadapan saya, dia akan duduk di belakang saya.
Bila dia duduk di hadapan saya, 
saya suke tengok dia.
Nak-nak time saya tak dapat nak jawab soklan.

Pada 'orang' itu, 
saya suke tengok kamu.

p/s : kalau dia duduk belakang saya, adakah kamu juga tengok saya?
hahaha.. memang ayat gedik giler.~~~hahaha~~~
mekasih duk dekat ngn saya..hahaha.. #senget

24 Sep 2011

Sume Ok

Tetiba aku teringat conversation aku dengan **** & **** siang tadi,
menyebabkan aku terlintas untuk bertanya pada ***
hurm...

 Sedih dengan prestasi diri.
Andai dulu, aku kongsi cerita dengan Mek Ecah, turut sama cerita tentang mimpi aku.
hurm.. mimpi yang aku sangat takut ia akan berlaku dalam hidupku.
Tapi sekarang, bibirku terkunci untuk bercerita.
Hanya padaMu sahaja aku luahkan.

Ya Allah, kekadang aku lupa the main point aku wat itu ini.
Dari awal dulu aku tekad untuk behave very well.
Tapi sekarang. aku lukakan hati ramai orang.
Telefon bunyi aku ambil bantal kasi tutup handphone. 
Nasib baik aku gune Samsung, kalau masih aku guna Sony atau Nokia, ak akan campak jauh-jauh. Entahlah, kekadang aku terasa waktu untuk hubungi aku seakan tak kena. 
Aku tak merungut apa-apa, cuma waktu tu je aku merungut.

Memang pantang kalau kacau aku malam2 melebihi jam 12 tengah malam untuk urusan kerja, yang tak ada kaitan dengan study. Dan memang kebiasaan nya time tula nak call,
salah aku ke pun?

Ini bukan sesuatu yang baik untuk diri aku.
Aku dapat lihat bad side diri aku selama aku pegang itu ini.
I just want my freedom!

Ada orang kata itu adalah pengorbanan.
Norma dalam hidup berorganisasi.
Effect yang aku terima dulu menyebabkan aku jadi begini.
Fobia untuk terus berkhidmat, sama seperti sekarang.
Malah, aku berpotensi untuk melukakan mereka yang ada di sekeliling aku.
Sah! aku sudah gila!

Aku takut..
Aku benar takut...
Aku sangat takut...
Fobia aku dulu masih menghantui diri aku....

Aku benar menyesal, tapi aku tak boleh nak buat apa-apa.
Maaf semua..


Teringin nak jadi seorang yang positif.
Seorang yang happy beb! Happy!
Tapi..entahlah...
Ok.. tamat!



p/s: semoga percutian kali ni medapat restu insan yang aku sayang.

buku


Buku #1 sudah habis.
Masuk sudah buku #2.

p/s: nevass... sorry for what i did. 

23 Sep 2011

KPOP vs MALAY...??


Hhhhuuuaaaaaaaa!!!!
Ngantuknye la hai........

Hari ni, nak cite skit sal gosip-gosip nie...
isk2.. tak baik tau gosip.. ngumpat ni..
Kita tukar.. berdiskusi..

Petang tadi, saya berdiskusi dengan dua housemates tercinta,
Mek Eda dan Mek Nadiah.
Kami berdiskusi tentang artis-artis tanah air.
Best hidup glamor ni, lebih-lebih lagi banyak duit.
Yang tak berharta tapi nak dirikan rumah tangga, terlopong lihat 'mereka' yang 
mewah sehinggakan ditaja itu ini, kos bertunang pun ada yang ditaja. Benar, bertunang itu sunat, tapi kalau sudah berkemampuan begitu, heboh seantero dunia, tunggu apa lagi, nikah je la!
Uuiii..
mungkin ada kesulitan pada mereka, tapi lagi baik dan lebih menarik nikah awal2.. semua dah lengkap kan..

Alang-alang dah diskusi soal artis, kami terus diskusi soal band/group muzik.
Yang tengah HOT time DEBUT dulu..
24:7 & Gula-Gula
=.='

Dua kumpulan ni yang sedih sangat tengoknya.
Yang mahu menyuntik semangat KPOP katenye..
hurm..tapi gaya tak kena la beb.
Di sini, saya akan rungkaikan juga kenapa ramai gadis2, wanita2, malah golongan mak-mak kat luar sana minat KPOP..
Terlebih dahulu.. tengok ni bagi yang tak tengok lagi

Dan compare kan yang benar-benar KPOP..

Tengok..
nampak tak bezanya?
Sangat ketara kan?
TARIAN.

KPOP terkenal kerna tarian mereka. Menyanyi sambil menari.
Itu yang menarik pada KPOP.
Andai tarian tidak se-SHARP mana, apa yang cuba disampaikan menerusi lagu, 
kekadang tak tersampai sebenarnya.
Hurm...

Camna plak leh SHARP-SHARP ni..
Pernah ke amik tahu tentang band2 Korea ni? 
Tak yah cakap band la..even penyanyi solo sekali pun depa tampak hebat!
Ini sebab, sebelum mereka DEBUT, mereka berlatih dan terus berlatih,
ada berlatih sendiri bertahun lamanya, then berlatih pula under SYARIKAT masing-masing
juga bertahun lamanya, then barulah nampak batang hidung buat persembahan.
hurm...

Rasa risau pun ada gak..
kat tempat kita, terlalu banyak dan berlambak artis.
Program hiburan sana sini disiarkan, sehingga melekakan semua orang..
Inikah namanya modenisasi??

OK.. STOP THERE..

Dan ini jelas juga menjawab persoalan kenapa ramai tergilakan KPOP
*(jawapan saya khusus dari sudut pandangan wanita)*

Kenapa?
Kenapa??

Sebab depa dapat menari dengan baik sekali. Semangat!
Lagu depa pun sedap-sedap untuk didengar.
Even tak faham, tapi bila ditranslate, ada makna.
Tidak seperti kebanyakan lagu MALAYPOP kita yang ada tu,
tak ada makna langsung, bukan-bukan je..
Dan...
semestinya depa juga mempunyai PAKEJ RUPA YANG MENAWAN...hahaha..


Hurm....
bukannya nak kritik teruk-teruk pun.
Cuma rasanya....
hurm...
apa yang korang rasakan?

Ada setengah benda yang kadangkala tak kena pada tempatnya,
contohnya macam ni lah.
Apa akan jadi apa anak muda kita akan datang?
Bakal pemimpin negara?
Jika hiburan sebegini diteruskan?

hurm...

Sesedap mana KPOP sekali pun,
tidak SESEKALI dapat TANDINGI yang bawah ni.
Setiap bait yang ada indah sungguh!

p/s : panjang plak kan... hurm...

22 Sep 2011

Satu Selesai


Alhamdulillah exam sudah selesai, baru satu paper.
Applied Cryptography.
Hurm....
Last minit nye study, hoho..pepun, tawakal sahajalah.
Memang ada yang tinggal pun,
ada beberapa part tu yang tak tahu nak cari jalan akhirnya,
tersekat kat tengah-tengah, dengan harapan Sir akan isi sendiri..haha

Begitulah nasibnya.
Rasa sayang plak sebab subjek ni menarik.
Last-last minit baru tau nak kira itu ini macam mana,
tapi disebabkan banyak melibatkan MODULUS,
terasa lemah kat situ, jawapan tak dapat sebab benda alah tu ar!

Lantaklah, benda dah lepas kan...
Tumpukan untuk paper yang lain pula.
Dan seperti biasanya,
malam ni memang tak ada mood nak study langsung,
Wat itu ini, sana sini,
mengisi masa yang ada,
esok baru start enjin semula.

p/s : Dah start mengantuk la....


19 Sep 2011

Sudah berakhir


Update ringkas.

Alhamdulillah...
majlis sudah selesai..
semuanya sudah selesai.
Mana yang baik diambil, 
mana yang tak dijadikan iktibar.

Memang majlis dia decorate grand.
Pak dan mak manakan semuanya diberikan baju khas.
Perrgghhh..
bajet besar tu..
bagus2..

Makanan pun boleh tahan sedap.
Plus leh cuci mata sekali...
hahaha...

Pepun, 
maaf ibu abah,
dan terima kasih juga.

Ada hikmahnya sayabalik,
ada baiknya saya balik.
Baru leh bukak besar mata ni sikit.

Ya Allah,
selagi mereka ada dengan saya, 
saya mahu sentiasa berbakti dengan mereka,
inshaAllah.

Ok lah..
maleh nak update panjang2.
study pe pun tak lagi..hurm...

p/s : jaga diri, jaga hati. 
terlalu banyak bercerita sehingga x sedar, aku turut sama menceritakan benda yang aku sendiri duk simpan lama.. hurm..dah terlepas nak wat cmne lagi~~~


17 Sep 2011

Kamu OK?



Kenapalah hati ni camni?
hurm.

Patutnya, aku tak balik minggu ni, seharusnya aku stay kat melaka.
Maaf ibu..maaf abah.

Niat mira balik sebab mira tak nak ibu rasa sedih, sebab tak ada wakil dari pihak ibu.
Sebab tu mira wat keputusan untuk balik.
Andai waktu kat Kluang mira hadir, yang ini pun mira nak hadir,
semoga ibu rasa senang hati.

Tapi...
maaf...

Mungkin perkara-perkara yang di handle kat Melaka,
terbawa-bawa ke Ipoh.
Jujurnya, apa yang terpendam, tak terluah, menyebabkan wajah yang ingin ceria 
bertukar suram, akhirnya  menyebabkan ibu susah hati, abah bertanya diri.
hurm...

Ya Allah..
kuatkan aku.

Ukirkan semula senyuman untuk kedua orang tuaku.
Dan bantu aku untuk menahan tangis ini..
Sebagaimana aku tahan sewaktu aku di rantau orang,
bantu aku untuk tahannya juga di tempat kelahiranku.

P/S: Pada abg anuar, tahniah. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Esok kenduri belah laki plak. Hoefully segalanya berjalan dengan lancar.


Kalau ada hati kat sepupu camne ye? 

15 Sep 2011

MR JZ


VVVRRRROOOMMMM!!!!
Hahahah..
inilah kereta impian saya sejak dulu lagi.
Sampai ke hari ini aku masih mengimpikan kereta ni menjadi milik ku.
RM75 ribu beb.. mana nak cekau duit banyak tu? 
hehe..

Pagi tadi, saya dihadirkan mimpi yang saya sendiri nak sangat mimpi.hehe

Percaya tak saya mimpi MR JZ pg tadi?
Kegigihan dia nak hantar saya kat family ak menjadi kenyataan.
Sampai siap jumpa semua ahli keluarga saya tu.

Saya ni jenis susah nk dapat mimpi, once dapat mimpi, tafsiran dia bermcam,
boleh agak pun ye,
tapi mimpi ni tak dapat nak agak apa2 tapi saya happy sesangat!
Dan memang ini mimpi adalah mainan tidur,

Ce bayangkan kalau MR JZ benar2 depan mataku?
Mau saya tunduk jek, time dia ajar baru lah tgk mata dia..huhuhu...

Dah lah..
Saja nak meggedik kat sini.
Mimpi kali ni sangat best bg saya.
huhu..

P/S: jada diri...jaga hati...

14 Sep 2011

Wordless Wednesday #1??


Masalah

Just want to share..
^_^

Waiting for his video, and at last..

TOP 50

Saja nak post.huhu..
Tengah-tengah sedih, dengar lagu, update blog,
terubat sikit sedih nie.
Pasni ngaji pula ye cik mira..huhu..

SOURCE :



CE TEKA MY EX TANGGA YANG KE BERAPA??



Hahaha..
Dia nombor 47..
Ok what..

Tahniah BRO~~~~ ><

Tapi yang ni hensem sikit ar..
Sampaikan Mek Eda & Mek Wani yang dulu tak pandang dia, tetiba depa wat cam kenal lak mamat ni kan...


p/s : hehe

Mode Final Exam

Minggu depan merupakan minggu bermulanya final exam untuk pelajar-pelajar MMU.

K Ikn:  Kamu dah habis exam dah ke? Bila balik?

Me: Bila masa plak dah exam? Exam lagi dua minggu la.

K Ikn: La... x start lagi ke? Lambatnye. Ingatkan dah exam. Pelik lah kamu ni.

Ye... memang pelajar yang belajar kat bumi MMU ni pelik sikit.
Hahaa.. dan akak kesayangan ni sentiasa labelkan saya ni pelik.
Pernah dia cakap dulu-dulu...

"Kamu ni asyik midterm je. Asyik kuiz je. Asyik exam je memanjang"

Hahaha.. 
nak buat macam mana, pelajar excellent, mesti kene work hard, tu yang sibuk memanjang tu.
^_^

Lagipun, sistem IPTA tidak sama dengan MMU.
So, yang peliknya pun hanya saya je.huahahaha...

Cakap sal final exam ni,
ada di kalangan kawan-kawan yang dah start study,
ada juga yang tak start-start lagi
(cam saya ni)
Dan ada juga, first day kuar EXAM SLIP, terus print,
juga ada yang masih tak print-print
(cam saya ni hah)

Walau macam mana sekalipun, semoga Allah permudahkan segalanya.
Study wei study!
Sama-sama kita dekan sem ni, even saya nampak sukar kat situ..hurm..

~~ Bear pertama Ahmad Danial.. Mak Cik die bagi. Nasib baik Danial x nangis tengok lembu ni..haha~~

Dan manfaatkan masa sebaiknya yep!
So..dari pihak diri ini buat semua kengkawan kat MMU, even staff dan lecturer sekali
sebab depa ni kena jaga venue jugak nanti..
dengan ucapan...


&


Ok..cukup le kot nampaknya.
Kat bawah ni jadual examku..
Manalah tahu kot-kot ada yang nak tolong studykan subjek tuk saya ke kan..


p/s : 
مَآ أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَن يُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ يَہۡدِ قَلۡبَهُ ۥ‌ۚ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)

Pengalaman la katakan

My first experience..
(entry to myself)

Tak pernah-pernah, dan agak jarang nampaknya aku keluar semata-mata untuk cari sponsor.
Overall ok-la, even kena saman kan.. =.='
Dah nasihat dah jangan bawa laju, tapi degil, nak wat camna, alih-alih terus kena tahan,
Kena saman sudah..hahaha

Kami sampai setengah jam lebih awal dari waktu yang dijanjikan, YB pun x datang lagi, 
so, peluang untuk lepak tengok TV kat dalam tu memang tak dilepaskan sama sekali.
Memang aku duk situ tengok TV1, sambil-sambil tengok wajah cuak kawan yang join sekaki..
http://www.smileycodes.info


Dalam kereta, sepanjang perjalanan, aku di-tarbiyah dan disuruh praktis. Adooii..
terasa menyesal sangat pergi. Aku ke pun kena cakap?
Namun, sesampai je kat dalam bilik YB, yang mulakan adalah Direktor, so, aku lepas kat situ.
Aku hanya cakap untuk betulkan sedikit maklumat yang Direktor terlepas pandang,
nervous la tu...


Tapi mula-mula jumpa YB tu, dalam hati aku..
"Muda nya YB ni..."
hehe..


Dan aku pun perasan, sepanjang waktu kami berbincang, banyak soalan ditujukan kat aku.
Soalan dan penerangan tentang event sekejap je, tak silap aku x sampai 10 minit.
Tapi yang meleret adalah cerita sal Melaka, dan diri kami..
=.='



YB : " Kamu duk mana? Hostel?"

Nak jujur ke x?

Me : Saya duk ER..Depan EP tu.

YB: Berapa bayar sewa? Tingkat berapa? Luas x? Berapa unit? Yang dekat belakang MMU ke?
(sume soalan yang aku compile kan sekali)

Yang aku ni, duk pandang Hajar.. manalah aku tahu berapa unit semuanya.. Manalah aku tahu berapa harga seunit. Dan terlintas gak..YB nk bayarkan ke?

Me: Ikut tingkat YB..saya punya RM200++. Luas gak la berbanding IXORA(YB tau ke?). Setiap tingkat ada 10 unit, semua ada 9 tingkat, so ada dalam 90 unit. Bukan, yang depan tu, depan dia EP, bangunan yang pendek sikit tu.

YB: Ada berapa bilik? Apa kemudahan yang diberikan?

Aku pun jawab lah ikut apa yang dia tanya. Dalam hati hanya ingat dia tanya kerna dia YB..kerna nak tahu apa yang benefit student dapat. Lebih dari tu aku tak fikir ek..

Bak kata Presiden..

Presiden: I don't know why, he keep looking Amirah and ask everything about Amirah.

Ada aku kisah ke?
Yang aku tahu tanggungjawab aku untuk minta sponsor dengan YB tu dah selesai.
Dan yang bestnya, part air teh dan biskut.
Memang pantang dihulurkan makanan.
Tapi lagi best kalau dapat maruku yang YB duk makan tu..hahaha..

Well, sekadar kongsi experience.
Ada yang lagi dahsyat rasanya.
Itupun aku tak cerita sal Direktor & Presiden duk bodek habis YB tentang Melaka.
Dan bagaimana YB terangkan sal kemajuan Melaka.
Tapi sayangnya, apa yang YB terangkan aku masih tak nampak dengan jelas,
kabur lagi Yb..haha..

Bukan mudah nak minta sponsor ni.
Keyakinan itu penting.
Time ni la aku teringat kat Master Sponsor IU dulu.
Rugi plak tak belajar dari dia..hehe..

Pepun..
satu experience yang baru.
^_^


p/s : bak kata YB.. susah nak senang & gembirakan hati orang, sebab bila kita tak buat begitu, orang tak senang dengan kita.. dan susah nak undi kita..hahaha.. tapi YB.. jujur diri ni nak bagitahu YB..
Walau macam mana pun kita, andai kita laksanakan janji dan kotakan kata-kata kita, inshaAllah, lagi ramai orang suka tanpa perlu kita susah payah nak gembirakan hati ramai orang. Pepun..thanks YB ^^,

13 Sep 2011

Nasib baiklah

Alhamdulillah

Syukur..
Dapat juga recover semula blog ni tapi gune link yang baru.
Sedih T_T..

Semalam, tengah syiiookk update blog, ubah sana sini blog ni,
Tetiba perasan blog-blog yang difollow hilang entah ke mana,
tinggal dua blog, satu tu kenallah, tapi satu lagi tu memang x kenal langsung.

Try la buka, sebab dah ada dalam list kan,
Allah...
post/entry dia semuanya tak senonoh.
Bukan nak cakap la, tapi memang tak senonoh pun.
Saya dah cuak dah, seriously dah cuak.
Panggillah Mek Ecoh suruh dia tengokkan.
Bukan setakat Mek Ecoh, Mek Eda & Mek Wani pun tengok sekali.

Pening kepala, kenapa blog dia je yang ada.
Tak tahu nak unfollow camna..sebab tak ada side FOLLOW pun kat blog berkenaan.

Dipendekkan cerita...(sebab takut meleret)
Mek Ecoh selidik,
Owner asal blog tu..CIK *****
dah padamkan blog dia. Tapi ada insan yang tak sepatutnya ambil link blog dia
dan post semua benda-benda tu.
Yang bestnya, dia boleh hilangkan semua blog-blog yang hampir berpuluh di- follow hilang dalam sekelip mata sahaja..
Anehnya, dekat kul 12 tengah malam, semua blog-blog tu ada semuanya.
Yang bestnya lagi, blog NURISH ni diprivatekan..hurm...http://www.smileycodes.info

Akhirnya, saya ambil keputusan untuk tukar link ni.
Kali ketiga masuk kali ni,
dan nasib baik semua post-post yang ada sebelum ni boleh di-recover

So..nasihat teman..
Tak ada nasihat.
Benda-benda camni selalu terjadi, 
selalunya kat FB tu hah..
Silap click link mana2..mulalah...
siap ada link Harry Potter lagi tuh..

Jaga-jagalah diri baik2..

p/s : 
"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design