Monday, August 15, 2011

Aku & Impian

Aku & Impian

Saja nak isi masa untuk tak terlelap.
Kalau terlelap ni, for sure akan lelap sampai kul 9-10 kang, kelas lak kul 8 gitu..
So must stay awake.

Aku & Impian

Semalam, waktu sembang-sembang dengan Hajar time buat kerja,
timbulnya banyak hal.. banyak sangat hal!
Sehinggakan saya rasa saya ni expression-less plus bluuuurrrrrr.....

Banyak benda yang saya buat seakan membodohkan diri saya sendiri termasuklah part air panas tu.
Adoooiiiyyyaaaiii.. entahlah..
Inilah rasanya bila kita hilang konsentrasi minda, apa yang kita buat pun di luar batasan pemikiran kite sebenarnya.

Aku & Impian

Dalam banyak-banyak hal yang timbul saya gemar part IMPIAN@CITA-CITA
Bukan CINTA ya.. tapi CITA-CITA

hurm...

Bila dengar apa yang orang nak jadi, terlintas akan apa yang saya ingin kecapi.
Wooohhhoooo...

Ingat lagi..waktu umur dalam lingkungan 9 tahun  kalau x silap,
bila mana ditanya mahu jadi apa dewasa kelak.. 3 jawapan ni pasti saya akan saya berikan :

1. Doktor
2. Polis
3. Peguam

Ada masanya saya bosan dengan pilihan yang sama, saya akan ubah :

1. Doktor
2. Polis
3. Guru

Atau :

1. Doktor
2. Polis
3. Ustazah

hahahaha... yang nombor 3 tu tak boleh blah kan?? ^^

Itulah dia tika zaman masih budak-budak, tidak didedahkan sepenuhnya, makin meningkat dewasa, baru tahu....
bermacam-macam jenis pekerjaan rupanya yang wujud....hehehe...

First choice tu memang saya pegang sampailah saya SPM,
lebih-lebih lagi bila mana arwah mak sakit,
saya makin tekad untuk jadi doktor,

Niat di hati,even saya tahu saya tak sempat nak rawat arwah,
saya mahu bantu mereka yang senasib dengan arwah kerna saya tahu keperitan yang mereka hadapi..
Sangat perit.

Sehinggalah saatnya saya terima keputusan SPM~~~~


Perubatan bukan bidang sesuai untuk saya.
Saya nampak Fizik je yang A..walhal, saya tak suka Fizik..
Pelik di situ..

Sebab itulah..
saya berada di sini..huhuhu..

Bila dah semakin tua ni,
hati bulat menyatakan...
TM adalah hala tuju saya, saya perlu berkhidmat sepenuhnya untuk TM.. ><

Tapi lama-kelamaan, 
bila ada yang bertanya pada saya,
terdetik dalam hati kecil saya ini untuk jadi yang lain pula..

Waaaddduuuhhh.. enggak pernah bisa tetap aja keputusan eh...?

Dari cikgu..saya mahu up sikit..
InshaAllah...

Darah pendidik yang mengalir dalam tubuh arwah, mengalir juga dalam tubuh saya.
Itu hati kecil saya sentiasa berkata.

Andai saya tak mampu untuk jadi doktor dahulunya.
Saya mahu jadi seakan arwah..
menjadi seorang pendidik..

Bukan sahaja pendidik sepenuh masa di rumah..
malah pendidik di sekolah.

Jalan tak semudah itu.
Dan apa yang dikatakan kali ini tak semestinya akan menjadi kenyataan.

InshaAllah..mohon diperkenankan..
^_^

Dan ada satu perkara lagi mahu saya lakukan sebelum saya pergi meninggalkan bumi Melaka ini..

p/s : sama-sama kita mohon padaNya dan berusaha untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh!

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law