Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, August 10, 2011

Aku, Aku & Aku lagi

Aku, Aku & Aku lagi...

Alhamdulillah, sampai kita ke 10 Ramadhan.
Semoga puasa kita dan ibadah kita diterima olehNya.

Alhamdulillah...
Esok saya akan pulang ke Ipoh.
Kalau ikutkan, kerja yang bertimbun memaksa saya untuk tidak pulang.
Tapi antara keluarga dan study saya,
saya akan pilih keluarga.
Andai di rumah saya ada yang memerlukan saya, saya akan pulang, 
semoga dengan ini, Allah memudahkan urusan saya dalam study saya.
Amin...

Semalam...
Selesai sudah paper mid-term untuk sem ni.
Perasaan? hurm.....
seperti tak ada..
sejak bermulanya Applied >> Muslim Modern >> Network >> System >> Databse

Semuanya saya rasa sama sahaja.. lebih-lebih lagi paper Network dan System.
Tak pelah, dah lepas dah pun, apa yang penting sekarang adalah FINAL pula.

Semalam..
yang keluar dewan last, 5 orang jek,
Saya, Hajar, Mohana, Daby dan Jason.
Rasa macam lawak pula, tak pernah saya lalui scene macam tu..so itu adalah pengalaman.
Dah lama dah siap, tapi malas nak bangun keluar sebabnya saya tengok, siapa yang keluar awal,
Mr.R mesti tengok soklan, dan dia nye stail..dia akan sengih2+gelak2..
Hahaha...
So, lebih baik saya duk diam je dalam dewan tu..
Lan kali saya kena bawa buku sketch saya, tak ada cantik meja saya kerjakan.. ><

Aku, Aku & Aku lagi...

Semalam juga merupakan last kelas untuk System Analysis & Design a.k.a SAD.
Teringat kata-kata Ecah..

"Korang kena tukarlah nama subjek ni, ia effect.. SAD"

Hhoho..memang SAD pun Cah.. satu malam perlukan kekuatan untuk recover subjek ni.. haiihh..

Kelas pagi tu, saya duk perhati kelainan pada Mr.M, semoga Allah sembuhkan dia.
Dari pagi, dia asyik sebut "BANK" jek sampai ke kelas tengah hari dia.
Sempat juga lah saya cakap sorang-sorang..tak ada contoh yang lain ke nak bagi nie..

Pepun..saya hargai jasa baik Mr.M dalam mendidik saya.
Evan dua kali kena tegur bising dalam kelas, dia tetap buat tak tau je bila nampak saya sembang dengan Malliga sedangkan saya tahu dia tengok kitaorang sembang, cuma dia tak sempat je nak bagi mikrofon kat kitaorang waktu dalam lecture..hahaha..

Saya susah nak tangkap apa yang dia ajar, orang cakap dia tak bagi tips la..
Tapi saya tengok..dalam dia terang..dia ada selitkan info yang penting..
Tapi kebanyakannya saya tak sempat nak tangkap..hohoho..

Even saya susah nak masuk dengan dia, saya tetap SUKA dia ajar saya..entah kenapa.
Rasa best dengar dia cakap sorang-sorang kat depan tu, dengan muka selamba dia.
Rasa nak je lagi kelas dengan dia..hahha.. 

Aku, Aku & Aku lagi...

**************************************************************

Kelmarinnya, 

Saya, Nadiah, Hajar
Jalan-jalan MITC cari company.

Satu benda yang mencabar diri saya sebenarnya.
Dengan tak konfidennya, saya rasa malas nak teruskan benda alah ni.
Rasa hopeless yang teramat sangat.

Pepun..terima kasih pada abang yang tolong jawabkan tu..
Saya rasa dia dan akak sorang lagi tu sangat baik.
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan korang.

So.. masanya sudah tiba untuk siapkan report....

*************************************************************

Aku, Aku & Aku lagi....

Kepada semua pendidik saya,
saya ucapkan ribuan terima kasih, dan halalkan segala ilmu yang kalian sudah berikan pada saya.

Sebelum saya melangkahkan kaki keluar daripada MMU ni,
......................

hehe..

p/s : ^_^

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design