Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Wednesday, August 17, 2011

Aku & ...

Aku & ....

Alhamdulillah.
Satu ungkapan yang tidak terperi indah maknanya.

Macam mana dengan puasa kita?
Sudah pun masuk sesi kedua dalam bulan Ramadhan ini.
Pantas benar masa berlalu.

Saja nak menulis di kala ni.

Baru-baru ni saya ada ke klinik.. hurm..
saya benar tertarik untuk berkata sesuatu.

Anak itu ibarat kain putih, yang akan mencorakkannya adalah ibu bapa.
Atas sebab apa sebuah keluarga itu terbina?
Kasih sayang? Cinta? Paksaan?
Baikkah atau kurang baikkah sebabnya itu?

Andai katanya kurang baik, adakah nanti anak-anak akan menjadi mangsa?
hurm...

Saya lihat acap kali perkataan yang kurang baik ditujukan pada si anak.
Sambil telinga dipulas, dipukulnya beberapa kali.
"Kamu degil!!"

Bukankah kata-kata itu sebenarnya adalah doa?
Pada fahaman saya, andai juta kali disebutnya DEGIL.
Tidak mustahil anak kecil tu akan menjadi seorang yang sangat degil dan keras kepala.
Budak...apalah yang dia tahu.
Padanya..apa yang ada di sekelilingnya adalah mainan dan tempat untuk dia belajar.

Saya kasihan sebenarnya.
Mungkin ada masalah lain yang dihadapi oleh keluarga tersebut.
Mungkin emak x suka menantunya.. 
Mungkin itu atau mungkin ini...

Tapi jangan jadikan anak kecil tempat kita melepaskan geram, tempat kita untuk balas dendam.
Apa salah mereka? Mereka tak pinta pun untuk dilahirkan.

Dan yang paling penting..
ANAK ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA.

Bila cakap tentang tanggungjawab, tak ke kita rasa takut, terasa berat.
Benda yang dipertanggungjawabkan pada kita akan ditanya satu persatu di hadapan Allah nanti.
Lantas..jawapan apa yang kita hendak berikan pada Allah akan tanggungjwab kita pada anak-anak kita nanti?

"Dia ni degil ya Allah"
"Degil..."

Muhasabah lah semula diri kita.
Sesusah dan seteruk mana pun keadaan kita, 
bila mana dikatakan tanggungjawab, 
lakukan dengan baik.

Dan lontarkanlah kata yang enak untuk didengar.
Jika acap kali apa yang dikatakan pada anak kecil itu bukannya perkataan degil.
Saya yakin, anak kecil itu pasti tidak akan keras kepala.

Terdetik dalam hati saya kasihan pada anak kecil itu juga pada keluarganya.
Semoga Allah membimbing mereka.

Monday, August 15, 2011

Aku & Impian

Aku & Impian

Saja nak isi masa untuk tak terlelap.
Kalau terlelap ni, for sure akan lelap sampai kul 9-10 kang, kelas lak kul 8 gitu..
So must stay awake.

Aku & Impian

Semalam, waktu sembang-sembang dengan Hajar time buat kerja,
timbulnya banyak hal.. banyak sangat hal!
Sehinggakan saya rasa saya ni expression-less plus bluuuurrrrrr.....

Banyak benda yang saya buat seakan membodohkan diri saya sendiri termasuklah part air panas tu.
Adoooiiiyyyaaaiii.. entahlah..
Inilah rasanya bila kita hilang konsentrasi minda, apa yang kita buat pun di luar batasan pemikiran kite sebenarnya.

Aku & Impian

Dalam banyak-banyak hal yang timbul saya gemar part IMPIAN@CITA-CITA
Bukan CINTA ya.. tapi CITA-CITA

hurm...

Bila dengar apa yang orang nak jadi, terlintas akan apa yang saya ingin kecapi.
Wooohhhoooo...

Ingat lagi..waktu umur dalam lingkungan 9 tahun  kalau x silap,
bila mana ditanya mahu jadi apa dewasa kelak.. 3 jawapan ni pasti saya akan saya berikan :

1. Doktor
2. Polis
3. Peguam

Ada masanya saya bosan dengan pilihan yang sama, saya akan ubah :

1. Doktor
2. Polis
3. Guru

Atau :

1. Doktor
2. Polis
3. Ustazah

hahahaha... yang nombor 3 tu tak boleh blah kan?? ^^

Itulah dia tika zaman masih budak-budak, tidak didedahkan sepenuhnya, makin meningkat dewasa, baru tahu....
bermacam-macam jenis pekerjaan rupanya yang wujud....hehehe...

First choice tu memang saya pegang sampailah saya SPM,
lebih-lebih lagi bila mana arwah mak sakit,
saya makin tekad untuk jadi doktor,

Niat di hati,even saya tahu saya tak sempat nak rawat arwah,
saya mahu bantu mereka yang senasib dengan arwah kerna saya tahu keperitan yang mereka hadapi..
Sangat perit.

Sehinggalah saatnya saya terima keputusan SPM~~~~


Perubatan bukan bidang sesuai untuk saya.
Saya nampak Fizik je yang A..walhal, saya tak suka Fizik..
Pelik di situ..

Sebab itulah..
saya berada di sini..huhuhu..

Bila dah semakin tua ni,
hati bulat menyatakan...
TM adalah hala tuju saya, saya perlu berkhidmat sepenuhnya untuk TM.. ><

Tapi lama-kelamaan, 
bila ada yang bertanya pada saya,
terdetik dalam hati kecil saya ini untuk jadi yang lain pula..

Waaaddduuuhhh.. enggak pernah bisa tetap aja keputusan eh...?

Dari cikgu..saya mahu up sikit..
InshaAllah...

Darah pendidik yang mengalir dalam tubuh arwah, mengalir juga dalam tubuh saya.
Itu hati kecil saya sentiasa berkata.

Andai saya tak mampu untuk jadi doktor dahulunya.
Saya mahu jadi seakan arwah..
menjadi seorang pendidik..

Bukan sahaja pendidik sepenuh masa di rumah..
malah pendidik di sekolah.

Jalan tak semudah itu.
Dan apa yang dikatakan kali ini tak semestinya akan menjadi kenyataan.

InshaAllah..mohon diperkenankan..
^_^

Dan ada satu perkara lagi mahu saya lakukan sebelum saya pergi meninggalkan bumi Melaka ini..

p/s : sama-sama kita mohon padaNya dan berusaha untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh!

Wednesday, August 10, 2011

Aku, Aku & Aku lagi

Aku, Aku & Aku lagi...

Alhamdulillah, sampai kita ke 10 Ramadhan.
Semoga puasa kita dan ibadah kita diterima olehNya.

Alhamdulillah...
Esok saya akan pulang ke Ipoh.
Kalau ikutkan, kerja yang bertimbun memaksa saya untuk tidak pulang.
Tapi antara keluarga dan study saya,
saya akan pilih keluarga.
Andai di rumah saya ada yang memerlukan saya, saya akan pulang, 
semoga dengan ini, Allah memudahkan urusan saya dalam study saya.
Amin...

Semalam...
Selesai sudah paper mid-term untuk sem ni.
Perasaan? hurm.....
seperti tak ada..
sejak bermulanya Applied >> Muslim Modern >> Network >> System >> Databse

Semuanya saya rasa sama sahaja.. lebih-lebih lagi paper Network dan System.
Tak pelah, dah lepas dah pun, apa yang penting sekarang adalah FINAL pula.

Semalam..
yang keluar dewan last, 5 orang jek,
Saya, Hajar, Mohana, Daby dan Jason.
Rasa macam lawak pula, tak pernah saya lalui scene macam tu..so itu adalah pengalaman.
Dah lama dah siap, tapi malas nak bangun keluar sebabnya saya tengok, siapa yang keluar awal,
Mr.R mesti tengok soklan, dan dia nye stail..dia akan sengih2+gelak2..
Hahaha...
So, lebih baik saya duk diam je dalam dewan tu..
Lan kali saya kena bawa buku sketch saya, tak ada cantik meja saya kerjakan.. ><

Aku, Aku & Aku lagi...

Semalam juga merupakan last kelas untuk System Analysis & Design a.k.a SAD.
Teringat kata-kata Ecah..

"Korang kena tukarlah nama subjek ni, ia effect.. SAD"

Hhoho..memang SAD pun Cah.. satu malam perlukan kekuatan untuk recover subjek ni.. haiihh..

Kelas pagi tu, saya duk perhati kelainan pada Mr.M, semoga Allah sembuhkan dia.
Dari pagi, dia asyik sebut "BANK" jek sampai ke kelas tengah hari dia.
Sempat juga lah saya cakap sorang-sorang..tak ada contoh yang lain ke nak bagi nie..

Pepun..saya hargai jasa baik Mr.M dalam mendidik saya.
Evan dua kali kena tegur bising dalam kelas, dia tetap buat tak tau je bila nampak saya sembang dengan Malliga sedangkan saya tahu dia tengok kitaorang sembang, cuma dia tak sempat je nak bagi mikrofon kat kitaorang waktu dalam lecture..hahaha..

Saya susah nak tangkap apa yang dia ajar, orang cakap dia tak bagi tips la..
Tapi saya tengok..dalam dia terang..dia ada selitkan info yang penting..
Tapi kebanyakannya saya tak sempat nak tangkap..hohoho..

Even saya susah nak masuk dengan dia, saya tetap SUKA dia ajar saya..entah kenapa.
Rasa best dengar dia cakap sorang-sorang kat depan tu, dengan muka selamba dia.
Rasa nak je lagi kelas dengan dia..hahha.. 

Aku, Aku & Aku lagi...

**************************************************************

Kelmarinnya, 

Saya, Nadiah, Hajar
Jalan-jalan MITC cari company.

Satu benda yang mencabar diri saya sebenarnya.
Dengan tak konfidennya, saya rasa malas nak teruskan benda alah ni.
Rasa hopeless yang teramat sangat.

Pepun..terima kasih pada abang yang tolong jawabkan tu..
Saya rasa dia dan akak sorang lagi tu sangat baik.
Semoga Allah sentiasa mempermudahkan segala urusan korang.

So.. masanya sudah tiba untuk siapkan report....

*************************************************************

Aku, Aku & Aku lagi....

Kepada semua pendidik saya,
saya ucapkan ribuan terima kasih, dan halalkan segala ilmu yang kalian sudah berikan pada saya.

Sebelum saya melangkahkan kaki keluar daripada MMU ni,
......................

hehe..

p/s : ^_^

Sunday, August 07, 2011

Bezanya Aku & Mereka

Bezanya Aku & Mereka..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk terus berada di dunia ini, 
masih berada di bulan yang penuh dengan barakah ini.

Tengah hari ni, saya buat sedikit research tentang assignment Muslim Modern saya,
tajuk yang saya pilih kekadang memeningkan kepala sedikit, tapi apa da hal..ilmu tu kan.. ><

Seperti yang saya katakan semalam pada seorang sahabat baik saya, hoho..

"Hidup mengajar kita erti pengalaman. Kita belajar jatuh, kita belajar sakitnya. Dan kita belajar, apa yang kita mahukan tak semestinya indah"

Yup..itu apa yang saya rasakan.

Saya dah lama search tentang MACMA Ipoh,
sebab hari tu saya ada nampak signboard kat Ipoh, time jalan2 kat GreentownMall.
Saya teruja sangat nak tahu dan kalau boleh mahu sumbangkan sedikit tenaga saya untuk mereka.
Bukan semata-mata kerna assignment saya ni.

Bezanya Aku & Mereka..

Hari ni, Allah gerakkan hati saya untuk menaip dan mencari.
Dulu cari saya tak jumpa apa-apa dan saya sedih sikit... sikit jek pun..hohoh..

Tadi saya jumpa, kebanyakkan yang ada dlm organisasi tu kenalan Brother Lim.
Allahuakbar!
Saya sangat teruja dan mula baca kisah mereka, satu-persatu.

Bezanya saya dan mereka..mereka lebih tahu dan mendalami akan Islam itu sendiri..
Kerna mereka mencari bukannya mewarisi.
Jujurnya saya katakan, ilmu mereka jauh lebih tinggi dari saya yang beragama Islam sejak dilahirkan ini.
Betul kata Ustaz Ahmad..
Kita bukannya nak mengkaji tapi hanya mewarisi semata-mata.
Terpana di situ!

Alangkah baiknya jika saya ditakdirkan mempunyai keluarga yang beragama Islam? Tetapi saya tidak menyoalkan urusan Allah SWT, pasti ada hikmahNya di sebalik setiap urusan. ~http://lifemualaf.blogspot.com/~

I have noticed a few things from Muslim which really amazed me and change my image of Muslim :
  1. No matter how busy, they will always remember to pray.
  1. The female in Muslim will wear tudung which for me is really polite and beautiful.
  1. During their prayers, the Muslim really concentrate 100% on their prayers, and not on handphone and other stuff. ~http://obiwanz2020.blogspot.com~


Saya quote salah satu daripadanya.

Saya kagum dan bersyukur kerna Allah memilih mereka menjadi saudara kita. Malah, mereka lagi hebat dalam kegiatan dakwah yang dijalankan. Jauh lagi baik daripada kita (kepada saya khususnya).

Bezanya Aku & Mereka..

Hohhoho... bila dah ada sumber untuk dibaca saya rasa suka pula. Benarlah kata orang berilmu,
belajar tidak akan pernah habis. Betapa luasnya ilmu tersebut. Wah2.. saya sangat teruja nih..haha.. padahal... Selasa ni exam saya tak study pe2 lagi..huahahaha.
(Mira..tolong ubah tabiat buruk tu... ^^)

Cukuplah entry saya kali ni. Saya nak menulis. Itulah saya.
Apa yang ada dalam hati ni, akan saya taip isikan kat blog ini..huhu..

Bezanya Aku & Mereka..

Harapan saya, semoga hajat saya ni tercapai sebelum saya melangkahkan kaki keluar daripada MMU dan menjejakkan kaki ke TM nti. Dan semoga Allah sentiasa mempermudahkan jalan saudara-saudara baru kita di luar sana. 

Kalian sumber inspirasi saya.

Saturday, August 06, 2011

Aku & Bunga


Aku & Bunga..

After kejadian lif tempoh hari,
hari ni aku sedikit berani untuk bertegur-sapa melalui senyuman.

Jasa dia tak kan ku lupakan.
Masih regret dengan peristiwa lif tempoh hari..

Pepun...

Aku & Bunga..

Aku & Abangku


Aku & Abangku...

Beberapa hari yang lepas..



Saje menggedik kan..
Tetibe.. abangku sorang ni...


Hurm.....


Bile diriku click link gambar tu... 

=.='


Memang xde keje abangku sorang nie...

Itulah die..

Aku & Abangku...

Aku & Hujan

Aku & Hujan..

Allah...
time hujan ni la sangat mencabar bagi diri saya yang bergelar seorang pelajar.
haha..

Adooiiiyyyaaiii
Mira.......

Aku & Hujan..

Setelah apa yang telah saya lalui, saya masih rasa saya tak cukup bagus dalam memberikan buah fikiran dan idea yang bernas untuk sesuatu perkara.
Sebab ape?
Haaaa..... meh saya beritahu kenapa saya lebih suka diam dalam sesuatu perbincangan..even part tu sebenarnya saya yang perlu handle..

Sebabnya..
saya tak faham konsep asal daripada awal.
Kalau perasanlah..itu pun kalau ada yang perasan,
time orang berdiskusi, saya akan diam dan termenung..
dalam saya termenung, saya sedang cuba bertanya pada diri sendiri, 

"kenapa la plak gitu.. eh..x faham la plak ni.. dulu kate macam ni.."

Kemudian..di tengah-tengah diskusi, 
saya akan potong line dan bertanya..
soalan saya sangatlah remeh dan boleh dikatakan x ada kaitan..
tapi selagi apa yang saya fikir x dijawab, sampai ke sudah saya tak akan faham,
dan terus diamkan diri.

Kemudian saya jadi silent listener..
Dan kembali termenung dan fikir balik..
Bila mana saya dapat tangkap apa yang dikatakan, baru saya bersuara..
Kalau tak..sampai ke sudah lah saya akan diam.
Haaa....

Aku & Hujan..

Lain halnya kalau sesuatu benda tu saya faham dari awal titik permulaan sesuatu perkara,
Saya rasa inshaAllah..kuranglah saya akan suruh orang jawab bagi pihak saya.

Hurm...
itu apa yang saya faham tentang diri saya ar..
baik buruknya saya tak tahu.

Hurm...

Malu sebenarnya....

hahahhaa..

xde kaitan...

Dan saya malas sebenarnya..

hahahahaha..

Dari segi leadership yang ada pada diri saya..
mungkin tak berapa nak memuaskan hati orang.
Instinct saya kuat sebenarnya, saya kekadang leh rasa apa yang orang sekeliling saya rasa.

So tengok air muka orang tu pun saya dah dapat baca seperkara dua..haha..
adddoooiiiyyyaaaiii

Kalau bagi something yang satu aliran dengan jiwa saya..haaaa..
inshaAllah..terserlah lah sikit.
Mungkin sebab sampai sekarang saya kurang nak pasti apa yang saya perlu lakukan..
so waktu presentation nanti saya cakap jek..hahaha..

Aku & Hujan...

Owh..bestnya tido waktu ni..
Kalau ikutkan nafsu tido ni, dah lama saya pejamkan mata.
Tapi disebabkan kerja masih tertangguh..kerna tahan sikit.

Untuk Sir Asrul..inshaAllah kitaorang wat semula assignment tu..
Dia tolong banyak dah..siap bagi software lagi..
Tapi still tak reti nak gune..haha..
nak kena wat depan dia kot..baru leh dapat jawapan terus..huahahaha...

p/s : Kelmarin punya kelmarin, kelmarin dan semalam.. hari ni rasa2 boleh lagi tak? 

Aku & Telefon

Aku & Telefon..

Hari ni aku terima panggilan yang sama setelah 4 kali aku terima.
Hurm...

Aku & Telefon..

Untuk 1st Time...
Aku angkat.. dan aku dapat dengar si pemanggil macam dalam lif..
Tak bersuara.. even aku cakap 
"Hello? Hello.."
Tapi aku dapat dengar sekelilingnya ada orang bersembang..
Lantas aku letak.
(kejadian : Bunga Raya)

2nd Time..
Aku kurang pasti nombornya..tapi aku dapat cam nombor yang depan,
aku angkat lagi..
Namun masih tiada respon..
lantas aku letak.
(Kejadian : Bunga Raya)

Aku & Telefon..

3rd Time..
Kali ni aku tak sedar bila call,
aku bangun pagi tengok-tengok ada miscall..
Then aku pelik..
(Waktu : 7-8pagi)
Aku hantar mesej..bertanyakan siapa si pemanggil..
Namun..tiada respon..
Lantas aku biarkan sebab ingat salah tekan..
Aku biarkan saja
(Kejadian : EP - sebelum Ramadhan)

4th Time..
Kali ni berdering lagi..
Nombor yang sama sebab aku cam betul nombor tu.
Aku angkat lagi..
Juga begitu..
"Hello..Hello?"
Dariku.. namun tiada respon daripada pemanggil..
Yang ku dengari hanya bunyi tapak kaki orang sedang berjalan.

Lantas aku terus letak!
Aku takut plak!
(Kejadian : Kejap tadi waktu berbuka puasa..kat EP)

Peliknya untuk kali keempat ni, dia tak call sebagaimana dia call..
selalunya akan call waktu pagi around 7-8 pg..
Kali ni senja lak..

Haaaa....

Aku & Telefon..

Selepas kali keempat ni..
aku dah mula takut nak angkat telefon dah.

Siapa gerangan kamu sebenarnya?
Apa yang kamu mahukan?
Kenapa berdiam?

Panggilan terakhir ni agak menghantukan diri aku sedikit..
Cuak OoooOOOoo...

p/s : nak je aku telefon kamu semula dan tanya..siapa kamu!

Thursday, August 04, 2011

Aku & Dia

Aku & Dia

I miss her.
Being with her even she pretend not to notice me..
At least.. I feel confident with myself.

During Discrete Final Exam..
She came to me, check my paper and show what is wrong.
I really appreciate that.

Aku & Dia..

Now.. I feel 100% regret
Her style suit me well
But I take the risk
Now I really.....

Aku & Dia..

I wish I can be back in her class
I lost my confidence..
I only can answer the questions that she managed to teach me
before I left her and went to the other session..

I managed to remember well all..
What she told me..

Aku & Dia..

Yeah..
I can't turn back..
I have to work extra hard..
Extra extra hard..

p/s : Miss.. Can I join your session back? Now left the assignment.. 
Allah... I hold my tears now.. I know what I imagined yesterday will become a true one..

Wednesday, August 03, 2011

Aku Rindu..

Aku rindu...

Suara gembira menyahut seruan azan..
Wajah ceria berkongsi juadah..
Suasana girang bertukar cerita..

Adakah sebabnya kita tak sebaya?
Adakah sebabnya kau muda & aku tua?
No such thing in this world

" Mungkin sebab kami sebaya, kami rapat tau kak, "

Adakah sebabnya saya pendiam & kamu peramah..
Atau adakah sebabnya...
No such thing in this world..

Yaa.. aku rindu..

Rindu untuk berkongsi juadah..
Rindu untuk memberi mereka yang berpuasa makan..
Rindu untuk bantu sama menyiapkan makan..baik sahur atau berbuka..

Aku rindu..
Rindu untuk mengecapi pahala yang Allah berikan..
Rindu untuk merasai kehangatan semua itu..

Rinduku ini..
ya..rinduku ini perlu aku substitute dengan yang lain..
Agar aku tidak ketinggalan dalam mendapat rahmatNya..
Sukar untuk berubah!

Rinduku ini..
Dalam hati sudah tekad..
Tapi lidah kelu tak mahu bicara.
Ya...aku perlu cari subsitute..

Dan...
Aku rindu...

Rindu untuk biarkan mulutku tidak tertutup rapat sepanjang masa..
Ya Allah...

Aku & Ramadhan..

Lainnya aku rasakan..
kerna rinduku ini...

p/s : it is hard to be alone.. but Allah will accompany me right? and will make me happy all the time!

Monday, August 01, 2011

Aku & Ramadhan

Aku & Ramadhan.

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi..
Beberapa puluh minit lagi akan berbuka.
Alhamdulillah juga, masih diberikan kesihatan tubuh badan dan tiada sebarang keuzuran yang menimpa.
Semoga masa-masa yang ada ini diperuntukkan sebaiknya.

Aku & Ramadhan.

Ye.. terasa sesak nafas di dada dengan kerja yang tertimbun, tapi tetap bersyukur kerna kesibukkan yang terjadi berlaku pada bulan mulia, so ketenangan terasa di situ.

InshaAllah..ini adalah jadual saya untuk minggu ni. Saja nak share.heheh..
Mana tahu ada yang nak buat appoinment ke.. leh tengok jadual dulu, baru contact saya..hehe..

Esok (Selasa) 
Saya akan ada kuiz SAD jam 1-3pm.. waktu lecture. Seperti biasa saya masih tidak sedia.
Malam nya pula (8mlm) saya ada mid-term pula.. yang mana saya masih tidak habis study.
Huhuhu..smg Allah sempatkan saya study..sebab esok kelas agak pack.

Rabu
Saya akan buat discussion untuk SAD sbbnya mggu lepas xde meeting. Part saya masih tak siap-siap lagi. Sangat terbaik..seorang leader yang amat terbaik..huhuhu.. entahlah.. due date dh dekat..

Khamis
Saya ada midterm SAD malamnya. Pun terbaik..tak study apa2.. sebab saya tak faham!! haha..
saya sangat sedih dengan subjek ni..entahlah...

Jumaat
Kena siapkan dua assignment yang salah satunya masih tiada progress.

So..maknanya saya tak dapat nak balik lagi minggu ni.
Tak pe..semoga Allah sampaikan hajat saya. 

Itu dia.. siapa-siapa nak date dengan saya..minggu ni saya busy giler..so, susah sikit nk lapangkan masa.
Pepun..semoga Allah permudahkan urusan saya dan kawan-kawan saya hendaknya.

Jom..prepare untuk berbuka..jangan lupa kewajipan kita pada Allah biar sesibuk mana pun kita..oke?

p/s : bila berakhir minggu ni..sy takut nk ke minggu depan..hahaha
 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design