Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Sunday, July 17, 2011

Kurus >> gemuk...

Berita dari Berita Harian online..

Pil gemuk RM5 bawa maut
Oleh Omar Osman
bhnews@bharian.com.my
2011/07/17

Ibu tunggal lumpuh seluruh badan, darah keluar ikut dubur 

SUNGAI PETANI: Risau dengan bentuk badan tidak menarik kerana kurus, seorang ibu tunggal maut selepas mengambil ubat menambah berat badan yang dibelinya dengan harga RM5 dari sebuah kedai ubat tradisional dan produk kosmetik, di sini, pagi semalam.
Che Su Md Isa, 29, dari Taman Arked, didakwa membeli ubat itu Khamis lalu dan selepas makan pil berkenaan, suhu badannya tiba-tiba meningkat selain lumpuh seluruh badan.


Bapa mangsa, Md Isa Tahir, 54, berkata Che Su, ibu seorang anak lelaki berusia lima tahun mengadu sakit perut dengan suhu badannya meningkat menyebabkan isterinya Halijah Mahmud, 50, mengelap tubuh anaknya itu dengan air bagi menurunkan suhu badan. 

“Ketika itu dia tidak mampu menggerakkan tubuhnya yang kelihatan seperti sudah lumpuh. Pada kira-kira jam 2 pagi tadi (semalam) Che Su menjerit memberitahu perut, dada serta tulang belakangnya terlalu sakit dan dia meninggal dunia setengah jam kemudian. 

“Lebih menghairankan kami apabila darah terlalu banyak keluar melalui duburnya menyebabkan kami terpaksa memakaikan lampin pakai buang,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Md Isa berkata, apabila melihat keadaan anaknya itu semakin teruk dia menelefon ambulans dan sebaik pasukan perubatan itu tiba, Che Su disahkan sudah meninggal dunia. 
Katanya, anaknya yang bekerja di sebuah kilang di Bakar Arang, di sini, tidak terlalu kurus dan terkejut apabila mengetahui dia mengambil ubat menambah berat badan. 

Sementara itu, adik mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Umi ketika ditemui berkata, kakaknya itu pernah mengajaknya mengambil pil itu bagi menambah berat badan kerana dia risau dengan bentuk tubuhnya yang kurang menarik. 

“Saya tidak mahu mengambilnya kerana bimbang kesan sampingan dan saya juga tidak pasti sejak bila kakak mengambil ubat berkenaan. Saya hairan mengapa kakak mengambil ubat itu sedangkan badannya tidak terlalu kurus," katanya yang sedih dengan kejadian itu. 

************

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah.
Semoga artikel ni memberikan sedikit iktibar.

Saya teringat time intern dulu, ada sorang adik ni selalu cakap kat saya.

"Mira, saya ni kurus sangat lah. Nak kasi gemuk sikit,"

"Makanlah something yang leh gemukkan kamu"

"Apa dia ek? Dah try search tapi semuanya tu menambahkan protein je,"

Ok...terhenti di situ,
boleh dikatakan tiap2 hari cakap nk gemuk dengan saya.
Addoooiii la..

Tak salah untuk melakukan perubahan tapi jangan sampai memberikan kemudaratan.
Dan tak salah untuk membandingkan asalkan tak menimbulkan kekacauan.

Banyak dah dengar, termasuk dari dirii saya sendiri.
Jadikan iktibar setiap apa yang telah berlaku.

p/s : bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan pada kita semua, baik kecil atau besar. Kerna setiap pemberianNya adalah yang terbaik!

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design