Sunday, May 15, 2011


Malam ni saya nak berkata sesuatu.

Alhamdulillah..saya tak jadi balik ke Setiawangsa. Kakak kurang sihat.
So, esok pagi akan straight ke KLCC cam minggu lepas.
Oh Tuhan... best!
hahaha..

Sign board kat atas nampak cam biasa kan?
Kalau benda alah tu ada kat KLCC..
Saya sure akan ke kanan..
Tapi seakan tak professional lak wat gitu..sedangkan kat belakang tu tertulis 'LIFE..'

Tiga elemen yang penting.
Work..Home..Life..

Rumahku Syurgaku..
Dari rumahlah bermulanya kehidupan seseorang.
Tanpa shelter, kita pun tekontang-kanting kan...

Work...
Rezeki yang halal datangnya daripada kerja yang halal kita lakukan.
Berkhidmat kerana Allah.
Indah nya kata-kata itu kalau kita sentiasa sematkan dalam jiwa tiap kali nak ke tempat kerja,
tiap kali memandang fail-fail dan kertas-kertas yang banyak kat atas meja.
Malangnya, saya pun masih tidak kuat untuk menyuburkan kata-kata itu sepanjang masa.

Life...
Terlalu besar makna hidup itu. 
Hidup perlukan pengorbanan, 
Pengorbanan perasaan untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan.
Dan dalam hidup juga kita pasti akan diuji..

"Allah uji tanda sayang"

Malangnya juga..saya kerap mengeluh dengan ujian yang mendatang..seakan saya lupa tempat bergantung saya.

Work >> Life >> Home

Kini, saya baru sedar mana kekuatan saya.
Mana kelemahan saya.
Sejauh mana saya mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Bila mana memandang orang lain..
Ternyata saya masih lemah.
Terasa siapalah saya ni.

Walaupun begitu, saya mahu menghulurkan tangan.
Saya tak mahu apa yang saya rasa akan dirasai oleh yang lain.

Kita satu kapal, sama-sama kita laluinya..
Susah dan senang ok...

Jangan mudah mengalah!
Hahaha.. nasihat orang pandai aku nie..

Sama-sama kita jangan mengalah!
5 bulan tu kejap je..
Tahan dan terus tahan...

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law