Monday, May 09, 2011

Buat Kekasih hatiku...


...: SelAmAt HaRi Ibu :..

Hurm...
Lewat sikit post sebab seharian tak ada di rumah. ><

So.. buat ibuku.. Sharida Ismail..
Selamat Hari Ibu.
Hehehe.. kek kat atas tu untuk ibu [dh masuk perut minggu lepas dah].
Kami [saya, Ilah, Kak Ikin] wat sambutan awal seminggu.
Kami beli kek siap2 dan hadiah sekali.
Hopefully ibu suka.

Hari-hari adalah hari special buat ibu. 
Tapi ada satu hari yang diiktiraf untuk mengatakan lagi hari special special buat ibu.
Niat..
asalkan niat kerna insan yang kita sayang, penghargaan, inshaAllah.. 
Segalanya berjalan lancar.
Sebab saya pernah dengar akan timbulnya kecelaruan akan pendapat menyambut hari ibu ni.
Hurm...

Buat Ibu...
Ucapan terima kasih..
Kek yang diberi..
Hadiah yang dibeli..
Tidak akan mampu untuk membalas segala jasa-jasa yang telah ibu curahkan.
Meskipun ibu bukan ibu kandung, ibu tetap ibu.
Dahulunya saya selalu sedikit iri hati dengan kawan-kawan yang masih punyai ibu,
sedangkan saya tiada ibu.

Allah hadirkan insan bernama Sharida Ismail dalam hidup kami adik beradik pada masanya keluarga kami dalam keadaan terhimpit jiwa dan raga. Seolah-olah kedatangannya tidak kena pada masanya. Seolah-olah rasanya tidak perlu ada insan lain untuk bimbing kami.

Tapi saya silap. 
Segala aturan Allah amat indah.
Segala tanggapan yang dilahirkan sama sekali terkubur ditelan masa.
Alhamdulillah, ibu baik sekali.
Menerima kami seperti mana kami adalah anak-anak kandungnya sendiri.
Segala kata-kata orang ditelannya meskipun pahit dirasa.
Segalanya ditanggung sendiri.
Ya Allah..kuatnya ibu.

Ibu...
maafkan kami adik beradik andai tindakan kami mengguris hati ibu.
Sesungguhnya....Allah benar-benar memahami jiwa dan hati kami,
dan DIA hadirkan ibu.
Walaupun mak tak ada, kami masih punyai ibu.
Selamat Hari Ibu.
Semoga Allah tabahkan hati ibu dan sentiasa berikan ibu yang terbaik, dalam apa jua yang ibu lakukan.

*****************************************

Buat Arwah mak.. Joriah Mohd Isa...
Hati ini sentiasa merinduimu.
Jika dulu, saya tak pernah nak hargai apa itu hari ibu,
bagi saya, hari ibu itu adalah hari yang istimewa untuk ibu,
tapi tiada sambutan yang istimewa untuk mak.
Hanya yang saya ingat...
satu kad..yang saya buat sendiri [atas arahan Angah],
Kad tu gambar bunga... saya ingat lagi..
Cuma isi dalamnya saya dah tak ingat..
Sudah lama sangat.
Kalau tak..setakat ucapan sahaja.
Dan ucapan yang lahir tidak mempunyai apa-apa makna..
Jahilnya saya.

Itulah..
Bak kata orang..
Bila di depan mata, kita jarang mahu hargainya..
Tapi bila sudah tiada, barulah terasa sesangat kehilangannya.

Suratan takdir saya terima.
Semoga Allah merahmati roh arwah.
Dan menempatkannya di kalangan meraka yang beriman.

Akhir kata...
selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu di dunia ini.

p/s : Andai dulu..saya jarang ucapkan kata sayang pada arwah.. kini.. saya tidak mahu ia berulang lagi. Saya masih punyai ibu. Dan saya sentiasa merasai mak di dalam hati. Terima kasih ya Allah. ^^,


No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law