Monday, May 23, 2011

Allah sayang kita


Allah sayangkan hamba-hambaNya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

One week left.
Yup... tak sabar rasa di hati untuk menamatkan intern ni.
Tak sabar rasa di hati mahu memulakan semula sesi belajar dan sesi mengejar cita-cita.
Tak sabar rasa di hati untuk menggapai apa yang diingini.
Duhai hati.. tabah dan sabarlah untuk seminggu ni.
Biarlah mereka mahu lakukan apa-apa sekalipun.. terus kuat!

Allah sayangkan hamba-hambaNya.
Allah uji tanda sayang.

Selalu saya dengar ayat2 ni, tapi jarang nak ambil iktibar daripadanya.
Kita memang sentiasa lupa kan?
Tak sedar dengan hikmah aturan Tuhan.

Pernah tak kita terfikir... apa yang berlaku pada kita mungkin kifarah untuk dosa-dosa kita?
Mungkin itu rahmatNya?
Mungkin itu memang untuk kita?

Allah berikan apa sahaja pada kita tidak secara direct,
ada yang DIA berikan melalui perantaraan, terselit kat mana-mana,
tapi tetap sampai pada kita, 
Pernahkah kita sedar akan semua tu?

Memang kalau baca apa yang saya tulis sebelum ni,
pasti ada yang tertanya dan berkata..
kenapa sampai macam tu sekali?
Teruk sangat ke?
Tak kuatnya..
Asyik2 benda yang sama je cik mira ni.

Jujurnya..selama 3 bulan saya di sini,
saya tak pernah rasa seronok dengan apa yang saya lakukan.
Saya lakukan ikut arahan dari orang atasan.
Saya lakukan tanpa ada sekelumit keseronokan serta kerelaan dari hati ini.
Entah mengapa saya rasa begitu.
Seolah-olah saya benar2 tak bersyukur.

Kalau dihitungkan semula,
semua ini memang ada kaitan dengan diri saya.
Even saya memang tak suka HR, tapi jauh dalam diri saya,
saya ada sikit2 jiwa HR.. bukan dari segi mahirnya bercakap, tapi dr segi gerak kerja yang saya lakukan.

Atau mungkin..
inilah balasan buat saya kerna menyusahkan semua orang sebelum saya dapat intern ni.
Kita tak pernah tau kesalahan kita melainkan ada yang mengkhabarkannya pada kita.
Banyak kemungkinan yang saya utarakan dalam diari,
tapi satu yang saya ambil sebagai kesimpulan.

Allah sayang hamba-hambaNya.

Mungkin tak ada apa yang boleh saya kongsikan dengan orang lain,
nak ceritakan pengalaman saya,
bila mana mahu berbicara, fikiran saya kosong.
Hahaha... 
Inilah akibatnya jika kerja yang dilakukan tidak ada rasa ikhlas di jiwa.

Saya harap, saya akan lebih matang selepas ini meng-handle benda yang melibatkan perasaan dan emosi saya. Lebih tepat, bertindak secara professional bila berdepan dengan bermacam jenis orang.

Sebelum saya akhiri entry malam ni, mari saya bawa kalian cerita saya untuk minggu lepas.
Satu minggu yang penat...satu minggu yang menguji jiwa saya.. satu minggu yang menyebabkan saya benar2 mahu habis intern dan tak nak datang keje dah!

*****************************************************************


Hari Isnin, saya & Kak Ju, menyiapkan frame kat atas ni.
Banyak konflik yang terjadi saat nak siapkan benda yang simple ni.
Ada yang menangis, tapi bukan saya!
Yeay! Saya berjaya untuk menahan marah dan tangisan bila mana sindiran diberikan pada saya.

Benar kata Rasulullah..
diam itu lebih baik.

Dan berhati-hatilah kerna api marah itu boleh memakan diri.
Bila fikir balik, saya boleh je lawan balik, tapi disebabkan rasa hormat, 
saya diamkan diri saja.
Saya tak akan lupa sindiran tu sampai bila-bila.

Boleh dikatakan hampir seminggu juga ambil masa siapkan benda ni.
Banyak permintaan..itu..ini...
Sehinggakan jari luka angkat itu ini..hahahah..
Pengalaman semua tu..
at least.. tak sesakit luka di hati.

Yang sangat terkilan..
saat frame ini diserahkan pada yang sepatutnya terima..
saya tak ada di situ,
kerna dipanggil untuk menyiapkan surat2 yang urgent katanya.
Saya seorang sahaja yang ada di meja menyiapkan kerja, sedangkan yang lain...
huhuhu... 
Ini saya sangat terkilan..
hahaha..poyo lak kan..


Inilah antara surat2 yang sudah siap.
Satu hari menyiapkan 86 surat..
3 kali kena reject..
Sangat menguji kesabaran dan kesabaran dan kesabaran.
Saya pulang hampir pukul 10 malam pada hari tu.

Allah Maha Indah.

DIA selitkan sesuatu yang buatkan saya sedikit seronok.
Bos besar sangat cerewet.
Kalau ikutkan..surat2 tu bakal di-reject buat kali keempat,
tapi dia pandang sebelah mata je..
Apa je yang salah?

Formality surat..
Ada yang bold, ada yang tidak.
Tampal kertas sign ke tengah sangat.
Even cara saya staple surat pun kena tegur.
hahaha..
sungguh hebat bos besar!

"Kamu semua ni kena pergi kursus semula!"
Kata dia time cek semula surat2 ni.

Dalam hati saya..
kalaulah waktu saya jadi SU MPBP dulu bos besar ajar,
sure best!! hahaha..
mesti surat2 time MPBP tak kena reject gak..hahaha..

Pepun..thanks Boss...
You are awesome even sedikit cerewet.
Cerewet bab kerja tak pe.. bagus~~


Dia juga belanja kami2 malam tu.. really thanks boss..

Dan thanks juga pada minah sorang ni.. bg keje extra sikit kat dia..at least tak bosan tunggu saya..


********************************************************

Esok...
kerja semula.

Kak Jam masuk esok.
Entah apa akan dia tanya saya nanti.
Kalau leh saya nak cuti je esok..
bukan setakat esok..
Selasa..Rabu..Khamis..
hahaha...

 

Saya hargai dan bersyukur dpt jumpa korang semua.
Tiada manusia yang sempurna.
Terima kasih sebab asah diri ni jadi macam ni..

p/s : Ya Allah..suluhkan jalanku agar ak tak tersalah langkah kerna gelapnya denai yang ak lalui..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law