Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Tuesday, May 31, 2011

29 mei 2011


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah..sudah selesai satu perkara penting dalam hidup kami sekeluarga.

Dah lama gak tak update blog ni.
Malam ni akan ada dua entry menyerikan blog ni..hahaha..
So..first thing first nk update tentang 29 Mei 2011

Ahad lepas, my lovely sis kahwin.
Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan sperti yang dirancang even ada mistake di sana sini, biasalah tu, tiada yang sempurna dalam kita melakukan sesuatu perkara.



Mohd Afzanizam & Nur Ashikin

huhuhu..
depa ni kenal sejak kat Matriks. sangat lama berkawan, tetapi sangat jarang bersua.
Nak katakan telefon selalu pun jarang.
Comel kan?
hahaha.. saya rasa sangat comel.
Bila tengok lama2 dua lovely pengantin ni, makin sweet je. huhuh


Hari Jumaat tu memang dah hempas pulas buat kerja, angkat sana, angkat sini,
Buat kerja sana, buat kerja sini.
Memang penat, ingatkan sebelum Zohor nak syahid kejap, 
tapi x dapat, mata tetiba segar semacam.
So seharian lah tak tido, tido malam lak lewat.
Perrgghh..mmg penat.
Ada 3 orang pas ni nk kena wat kenduri..hhohohoho..


Abah yang nikahkan kak ikin.
Saya tak dapat nak tengok, dapat dengar je gune speaker, 
busy sangat time tu.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja.
Bila selesai lafaz, saya terharu sangat.
Hampir nk menangis. Tu pun kak lang cakap jangan nangis.
Terharu sangat, abah yang nikahkan.
First in the family.
Kalau kak lang dulu, tok kadi.
kak ikin...abah lak.
Sangat terharu dan bersyukur.
Alhamdulillah.


Terima kasih juga pada kawan2 yang datang. Maaf tak dapat nak layan sangat.
Al-maklumlah terlalu busy.
Hari Sabtu pun busy, hari kenduri apatah lagi.
Dah lah train nak balik KL 4.40 pagi hari Isnin.
Memang penat kenduri tak habis lagi, saya dah kena pergi kerja.
Memang tertido banyak kali kat ofis.. huhuhu..
dugaan2... ><



Alhamdulillah juga, kenduri kali ni menemukan saudara yang dah lama terpisah.
Sangat lama. Hanya Allah je yang tahu perasaan kami once dh dapat jumpa dengan saudara lama.
Andai arwah mak masih ada, mesti dia gembira juga.
Ya Allah...


Pepun..
Thanks buat semua.
Buat ibu abah yang paling banyak berkorban untuk kenduri ni,
terima kasih ibu abah.
Maaf atas salah silap kami adik beradik.. huhuhuhuh..


Teringin nak share video budak2 comel tapi disebabkan saiz terlalu besar, 
tak dapat nak upload kat facebook.
huhu..
pada Syabil dan Syafia,
Korang lah penyeri kami. hahaha...

Nak saya share kan rakaman suara antara saya dan Syabil pun x dapat..huhuhu
Dia berjaya bercakap tanpa henti hampir 20 minit lamanya, tapi saya rakam lewat lak.
Apa yang kami sembangkan...?
hahaha.. ULTRAMAN!!!
Memang pandai budak tu loyar buruk!






Hehehehe....

0 comments:

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design