Followers

My Wattpad

31 May 2011

Adios TS

" Maintaining the relationship is important"

Kata-kata yang benar2 menyusuk jiwa saya.

Firstly.. 
Thanks to Talent Sourcing.
Saya sangat terharu farewell party yang dibuat Isnin lepas.
Yang mengharukan saya,
En Naina, Manager Talent Management turut sama turun farewell ni.
Kak Jam, Manager Talent Sourcing pun ada.

Saya sangat terharu.
Cam biasa, ucapan daripada Kak Akma, my supervisor.
Then..saya lak bg ucapan, tengah2 bg ucapan, En Naina memintas sekaligus menamatkan ucapan saya.

Dia lah yang paling panjang ucapannya.
huhuhu... 
Dua kali plak tu dia bg ucapan dan nasihat.
Saya sangat suka dan terharu.

Siap tanya lagi saya ada berapa orang adik beradik.
Dan kebetulan dia pun orang Ipoh [Jelapang].
Dan masih single.
Siap bongkarkan, kat rumah xde sape, dia takut tinggi, mkn kek sbb takut saya kecik hati.
Hahaha.. sangat comey ok!

Saya first jumpa dia mmg terkejut, sbb muka dia x sama dengan gambar yang ditunjukkan pada saya.
Sangat hensem owh!
Dan dia baru 2 minggu masuk Talent Management.
huhuhu..
Sangat teliti orangnya, lembut orangnya, tegas orangnya.
Disebabkan saya muda lagi, saya tak berani nak bagi borang suruh dia isi..
hahaha..


Maaf la..
malas nak rotate.
Saya sangat terharu ada kek ni.. huhuhu
Cuma terkilan.. kak Farah xde.. Fikri xde..hhuhu


Ni lak.. TS bg saya.. mekasih.. besar lak mug die!!


Ni lak Kak Julalila yang bagi.
Senyap2 letak atas meja ek..?
hahahha.. kantoi sudah~~~

Sepanjang saya kat TS, banyak yang saya belajar.
Benar kata En Naina..semua tu bernilai buat saya.
Dia juga puji saya!
Hahhaa.. saya sangat malu.
Seriously.. saya sangat malu..
Rupanya saya diperhati..
hahhaa.. poyo2..

Pada semua TS..
mekasih kerna bagi peluang saya kerja kat sana.
InsyaAllah.. ada rezeki kita jumpa lagi.
Harap x lupe akan saya hendaknya..hehe..
Mirange la katakan..
x tahulah nape nama tu femes kat sana..

Pada En Naina..
Thanks for your advice.
Thanks juga utk McD dulu.
Thanks for everything.
Maaf saya pecah masuk bilik letak kotak tu.
Saya malu nak serahkan face to face.. nanti sure ada sesi kenal2 lak kan..hehe..
Pepun...
Nanti kahwin jgn lupe jemput tau.
Jelapang dengan Taman Meru tak jauh mana pun.. Naik basikal pun leh.
Jemput2 la datang rumah.
Nak datang rumah bawa rombongan merisik pun ok..hahhaa..

Ok... saya dah mula mengarut.. ><

Akhirnya...
saya berjaya lalui stage intern saya ni  dengan jiwa saya yang masih budak2.
Maaf dan terima kasih buat semua.

Tadi....
dah bincang dengan abah.
Alhamdulillah abah redha.
Semoga Allah permudahkan jalan saya...
Dan kuatkan hati saya... saat melihat kawan2 lain sudah habis belajar.
huhuhu...

Ok la.. nk tido dh~~~

Akhir kalam..
jaga diri, jaga hati..

29 mei 2011


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah..sudah selesai satu perkara penting dalam hidup kami sekeluarga.

Dah lama gak tak update blog ni.
Malam ni akan ada dua entry menyerikan blog ni..hahaha..
So..first thing first nk update tentang 29 Mei 2011

Ahad lepas, my lovely sis kahwin.
Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan sperti yang dirancang even ada mistake di sana sini, biasalah tu, tiada yang sempurna dalam kita melakukan sesuatu perkara.



Mohd Afzanizam & Nur Ashikin

huhuhu..
depa ni kenal sejak kat Matriks. sangat lama berkawan, tetapi sangat jarang bersua.
Nak katakan telefon selalu pun jarang.
Comel kan?
hahaha.. saya rasa sangat comel.
Bila tengok lama2 dua lovely pengantin ni, makin sweet je. huhuh


Hari Jumaat tu memang dah hempas pulas buat kerja, angkat sana, angkat sini,
Buat kerja sana, buat kerja sini.
Memang penat, ingatkan sebelum Zohor nak syahid kejap, 
tapi x dapat, mata tetiba segar semacam.
So seharian lah tak tido, tido malam lak lewat.
Perrgghh..mmg penat.
Ada 3 orang pas ni nk kena wat kenduri..hhohohoho..


Abah yang nikahkan kak ikin.
Saya tak dapat nak tengok, dapat dengar je gune speaker, 
busy sangat time tu.
Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja.
Bila selesai lafaz, saya terharu sangat.
Hampir nk menangis. Tu pun kak lang cakap jangan nangis.
Terharu sangat, abah yang nikahkan.
First in the family.
Kalau kak lang dulu, tok kadi.
kak ikin...abah lak.
Sangat terharu dan bersyukur.
Alhamdulillah.


Terima kasih juga pada kawan2 yang datang. Maaf tak dapat nak layan sangat.
Al-maklumlah terlalu busy.
Hari Sabtu pun busy, hari kenduri apatah lagi.
Dah lah train nak balik KL 4.40 pagi hari Isnin.
Memang penat kenduri tak habis lagi, saya dah kena pergi kerja.
Memang tertido banyak kali kat ofis.. huhuhu..
dugaan2... ><



Alhamdulillah juga, kenduri kali ni menemukan saudara yang dah lama terpisah.
Sangat lama. Hanya Allah je yang tahu perasaan kami once dh dapat jumpa dengan saudara lama.
Andai arwah mak masih ada, mesti dia gembira juga.
Ya Allah...


Pepun..
Thanks buat semua.
Buat ibu abah yang paling banyak berkorban untuk kenduri ni,
terima kasih ibu abah.
Maaf atas salah silap kami adik beradik.. huhuhuhuh..


Teringin nak share video budak2 comel tapi disebabkan saiz terlalu besar, 
tak dapat nak upload kat facebook.
huhu..
pada Syabil dan Syafia,
Korang lah penyeri kami. hahaha...

Nak saya share kan rakaman suara antara saya dan Syabil pun x dapat..huhuhu
Dia berjaya bercakap tanpa henti hampir 20 minit lamanya, tapi saya rakam lewat lak.
Apa yang kami sembangkan...?
hahaha.. ULTRAMAN!!!
Memang pandai budak tu loyar buruk!






Hehehehe....

23 May 2011

Allah sayang kita


Allah sayangkan hamba-hambaNya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

One week left.
Yup... tak sabar rasa di hati untuk menamatkan intern ni.
Tak sabar rasa di hati mahu memulakan semula sesi belajar dan sesi mengejar cita-cita.
Tak sabar rasa di hati untuk menggapai apa yang diingini.
Duhai hati.. tabah dan sabarlah untuk seminggu ni.
Biarlah mereka mahu lakukan apa-apa sekalipun.. terus kuat!

Allah sayangkan hamba-hambaNya.
Allah uji tanda sayang.

Selalu saya dengar ayat2 ni, tapi jarang nak ambil iktibar daripadanya.
Kita memang sentiasa lupa kan?
Tak sedar dengan hikmah aturan Tuhan.

Pernah tak kita terfikir... apa yang berlaku pada kita mungkin kifarah untuk dosa-dosa kita?
Mungkin itu rahmatNya?
Mungkin itu memang untuk kita?

Allah berikan apa sahaja pada kita tidak secara direct,
ada yang DIA berikan melalui perantaraan, terselit kat mana-mana,
tapi tetap sampai pada kita, 
Pernahkah kita sedar akan semua tu?

Memang kalau baca apa yang saya tulis sebelum ni,
pasti ada yang tertanya dan berkata..
kenapa sampai macam tu sekali?
Teruk sangat ke?
Tak kuatnya..
Asyik2 benda yang sama je cik mira ni.

Jujurnya..selama 3 bulan saya di sini,
saya tak pernah rasa seronok dengan apa yang saya lakukan.
Saya lakukan ikut arahan dari orang atasan.
Saya lakukan tanpa ada sekelumit keseronokan serta kerelaan dari hati ini.
Entah mengapa saya rasa begitu.
Seolah-olah saya benar2 tak bersyukur.

Kalau dihitungkan semula,
semua ini memang ada kaitan dengan diri saya.
Even saya memang tak suka HR, tapi jauh dalam diri saya,
saya ada sikit2 jiwa HR.. bukan dari segi mahirnya bercakap, tapi dr segi gerak kerja yang saya lakukan.

Atau mungkin..
inilah balasan buat saya kerna menyusahkan semua orang sebelum saya dapat intern ni.
Kita tak pernah tau kesalahan kita melainkan ada yang mengkhabarkannya pada kita.
Banyak kemungkinan yang saya utarakan dalam diari,
tapi satu yang saya ambil sebagai kesimpulan.

Allah sayang hamba-hambaNya.

Mungkin tak ada apa yang boleh saya kongsikan dengan orang lain,
nak ceritakan pengalaman saya,
bila mana mahu berbicara, fikiran saya kosong.
Hahaha... 
Inilah akibatnya jika kerja yang dilakukan tidak ada rasa ikhlas di jiwa.

Saya harap, saya akan lebih matang selepas ini meng-handle benda yang melibatkan perasaan dan emosi saya. Lebih tepat, bertindak secara professional bila berdepan dengan bermacam jenis orang.

Sebelum saya akhiri entry malam ni, mari saya bawa kalian cerita saya untuk minggu lepas.
Satu minggu yang penat...satu minggu yang menguji jiwa saya.. satu minggu yang menyebabkan saya benar2 mahu habis intern dan tak nak datang keje dah!

*****************************************************************


Hari Isnin, saya & Kak Ju, menyiapkan frame kat atas ni.
Banyak konflik yang terjadi saat nak siapkan benda yang simple ni.
Ada yang menangis, tapi bukan saya!
Yeay! Saya berjaya untuk menahan marah dan tangisan bila mana sindiran diberikan pada saya.

Benar kata Rasulullah..
diam itu lebih baik.

Dan berhati-hatilah kerna api marah itu boleh memakan diri.
Bila fikir balik, saya boleh je lawan balik, tapi disebabkan rasa hormat, 
saya diamkan diri saja.
Saya tak akan lupa sindiran tu sampai bila-bila.

Boleh dikatakan hampir seminggu juga ambil masa siapkan benda ni.
Banyak permintaan..itu..ini...
Sehinggakan jari luka angkat itu ini..hahahah..
Pengalaman semua tu..
at least.. tak sesakit luka di hati.

Yang sangat terkilan..
saat frame ini diserahkan pada yang sepatutnya terima..
saya tak ada di situ,
kerna dipanggil untuk menyiapkan surat2 yang urgent katanya.
Saya seorang sahaja yang ada di meja menyiapkan kerja, sedangkan yang lain...
huhuhu... 
Ini saya sangat terkilan..
hahaha..poyo lak kan..


Inilah antara surat2 yang sudah siap.
Satu hari menyiapkan 86 surat..
3 kali kena reject..
Sangat menguji kesabaran dan kesabaran dan kesabaran.
Saya pulang hampir pukul 10 malam pada hari tu.

Allah Maha Indah.

DIA selitkan sesuatu yang buatkan saya sedikit seronok.
Bos besar sangat cerewet.
Kalau ikutkan..surat2 tu bakal di-reject buat kali keempat,
tapi dia pandang sebelah mata je..
Apa je yang salah?

Formality surat..
Ada yang bold, ada yang tidak.
Tampal kertas sign ke tengah sangat.
Even cara saya staple surat pun kena tegur.
hahaha..
sungguh hebat bos besar!

"Kamu semua ni kena pergi kursus semula!"
Kata dia time cek semula surat2 ni.

Dalam hati saya..
kalaulah waktu saya jadi SU MPBP dulu bos besar ajar,
sure best!! hahaha..
mesti surat2 time MPBP tak kena reject gak..hahaha..

Pepun..thanks Boss...
You are awesome even sedikit cerewet.
Cerewet bab kerja tak pe.. bagus~~


Dia juga belanja kami2 malam tu.. really thanks boss..

Dan thanks juga pada minah sorang ni.. bg keje extra sikit kat dia..at least tak bosan tunggu saya..


********************************************************

Esok...
kerja semula.

Kak Jam masuk esok.
Entah apa akan dia tanya saya nanti.
Kalau leh saya nak cuti je esok..
bukan setakat esok..
Selasa..Rabu..Khamis..
hahaha...

 

Saya hargai dan bersyukur dpt jumpa korang semua.
Tiada manusia yang sempurna.
Terima kasih sebab asah diri ni jadi macam ni..

p/s : Ya Allah..suluhkan jalanku agar ak tak tersalah langkah kerna gelapnya denai yang ak lalui..

15 May 2011


Malam ni saya nak berkata sesuatu.

Alhamdulillah..saya tak jadi balik ke Setiawangsa. Kakak kurang sihat.
So, esok pagi akan straight ke KLCC cam minggu lepas.
Oh Tuhan... best!
hahaha..

Sign board kat atas nampak cam biasa kan?
Kalau benda alah tu ada kat KLCC..
Saya sure akan ke kanan..
Tapi seakan tak professional lak wat gitu..sedangkan kat belakang tu tertulis 'LIFE..'

Tiga elemen yang penting.
Work..Home..Life..

Rumahku Syurgaku..
Dari rumahlah bermulanya kehidupan seseorang.
Tanpa shelter, kita pun tekontang-kanting kan...

Work...
Rezeki yang halal datangnya daripada kerja yang halal kita lakukan.
Berkhidmat kerana Allah.
Indah nya kata-kata itu kalau kita sentiasa sematkan dalam jiwa tiap kali nak ke tempat kerja,
tiap kali memandang fail-fail dan kertas-kertas yang banyak kat atas meja.
Malangnya, saya pun masih tidak kuat untuk menyuburkan kata-kata itu sepanjang masa.

Life...
Terlalu besar makna hidup itu. 
Hidup perlukan pengorbanan, 
Pengorbanan perasaan untuk mencapai sesuatu yang kita idamkan.
Dan dalam hidup juga kita pasti akan diuji..

"Allah uji tanda sayang"

Malangnya juga..saya kerap mengeluh dengan ujian yang mendatang..seakan saya lupa tempat bergantung saya.

Work >> Life >> Home

Kini, saya baru sedar mana kekuatan saya.
Mana kelemahan saya.
Sejauh mana saya mampu berdiri di atas kaki sendiri.
Bila mana memandang orang lain..
Ternyata saya masih lemah.
Terasa siapalah saya ni.

Walaupun begitu, saya mahu menghulurkan tangan.
Saya tak mahu apa yang saya rasa akan dirasai oleh yang lain.

Kita satu kapal, sama-sama kita laluinya..
Susah dan senang ok...

Jangan mudah mengalah!
Hahaha.. nasihat orang pandai aku nie..

Sama-sama kita jangan mengalah!
5 bulan tu kejap je..
Tahan dan terus tahan...

14 May 2011

Dua minggu lagi


Makan lagi...hahaha..

Dekat seminggu tak update blog, tup-tup terus cakap sal makan kan...
Hurm... 

Hari ni Kak Ikin belanja makan kat ayam penyet!!
Teringat lak hari tu.. Kak Farah nak belanja makan tapi saya tolak.
Rezeki tu.... tak pelah..waktu tu ada keje sikit pun..huhuh...

Tapi saya suka Ayam Penyet yang dekat Melaka tu lagi~~~
><

Sepanjang minggu lepas,
saya diulit pelbagai perkara dan dibebani dengan bermacam perasaan.
Ditambah dengan soal kerja lagi.. totally saya sangat tertekan.
Satu persatu datang menjengah.
Yang mengarahkan saya untuk bertindak, tapi tak tahu nak bertindak macam mana.
Sangat sukar.
Saya ingat lagi...
satu hari tu, disebabkan saya benar-benar tak tahan, semuanya saya pendam,
saya lepaskan kemarahan saya pada Aleep..
dan memang waktu tu pun ada masalah dengan CVs Screening.

Kesian Aleep...
Kesian gk kat Fikri..dia pun kene tempias sekali..

Lagi dua minggu je lagi..
Dua minggu je...
Bertahanlah~~~

Waktu presentation untuk intern pun dah confirm.
Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Duk fikir lagi apa yang nak tulis dalam slide ni hah..

Entahlah....
Tak ada idea nak update apa even hati memberontak nak update.


Yang ni bukan saja-saja nk tangkap.
Ini lah akibatnya kalau ganggu privasi saya tengah makan.
Makan lagi~~~hahaha..

Tak ade la..saya tengah makan duk tengok-tengok, nak kata kenal, hurm.... Saya snap diam-diam.
Ganggu sangat kan.. 


Yang ni saya jumpa dalam lif kat Petronas tu.
Budak-budak nye keje kot.
Professional kot yang bekerja kat situ, alih-alih benda ni pun ada gak..
Vandalisme ni~~~
Ish3...

Hurm...
sah saya memang dah malas nak update.
Sekarang ni nak rangka balik study plan, nak kasi tunjuk kat abah ibu.
Apa abah ibu nak cakap, saya kena kuat.
Ini jalan yang saya pilih.
Semoga Allah lancarkan segalanya.

Owh ya.. lupa lak..
Pada Kak Sal... dan Amir..
selamat memulakan tugasan baru di tempat yang baru.
Juga pada Kak Nadiah.
Happy2 korang semua.

p/s : we will meet in epsilon year..

9 May 2011

Buat Kekasih hatiku...


...: SelAmAt HaRi Ibu :..

Hurm...
Lewat sikit post sebab seharian tak ada di rumah. ><

So.. buat ibuku.. Sharida Ismail..
Selamat Hari Ibu.
Hehehe.. kek kat atas tu untuk ibu [dh masuk perut minggu lepas dah].
Kami [saya, Ilah, Kak Ikin] wat sambutan awal seminggu.
Kami beli kek siap2 dan hadiah sekali.
Hopefully ibu suka.

Hari-hari adalah hari special buat ibu. 
Tapi ada satu hari yang diiktiraf untuk mengatakan lagi hari special special buat ibu.
Niat..
asalkan niat kerna insan yang kita sayang, penghargaan, inshaAllah.. 
Segalanya berjalan lancar.
Sebab saya pernah dengar akan timbulnya kecelaruan akan pendapat menyambut hari ibu ni.
Hurm...

Buat Ibu...
Ucapan terima kasih..
Kek yang diberi..
Hadiah yang dibeli..
Tidak akan mampu untuk membalas segala jasa-jasa yang telah ibu curahkan.
Meskipun ibu bukan ibu kandung, ibu tetap ibu.
Dahulunya saya selalu sedikit iri hati dengan kawan-kawan yang masih punyai ibu,
sedangkan saya tiada ibu.

Allah hadirkan insan bernama Sharida Ismail dalam hidup kami adik beradik pada masanya keluarga kami dalam keadaan terhimpit jiwa dan raga. Seolah-olah kedatangannya tidak kena pada masanya. Seolah-olah rasanya tidak perlu ada insan lain untuk bimbing kami.

Tapi saya silap. 
Segala aturan Allah amat indah.
Segala tanggapan yang dilahirkan sama sekali terkubur ditelan masa.
Alhamdulillah, ibu baik sekali.
Menerima kami seperti mana kami adalah anak-anak kandungnya sendiri.
Segala kata-kata orang ditelannya meskipun pahit dirasa.
Segalanya ditanggung sendiri.
Ya Allah..kuatnya ibu.

Ibu...
maafkan kami adik beradik andai tindakan kami mengguris hati ibu.
Sesungguhnya....Allah benar-benar memahami jiwa dan hati kami,
dan DIA hadirkan ibu.
Walaupun mak tak ada, kami masih punyai ibu.
Selamat Hari Ibu.
Semoga Allah tabahkan hati ibu dan sentiasa berikan ibu yang terbaik, dalam apa jua yang ibu lakukan.

*****************************************

Buat Arwah mak.. Joriah Mohd Isa...
Hati ini sentiasa merinduimu.
Jika dulu, saya tak pernah nak hargai apa itu hari ibu,
bagi saya, hari ibu itu adalah hari yang istimewa untuk ibu,
tapi tiada sambutan yang istimewa untuk mak.
Hanya yang saya ingat...
satu kad..yang saya buat sendiri [atas arahan Angah],
Kad tu gambar bunga... saya ingat lagi..
Cuma isi dalamnya saya dah tak ingat..
Sudah lama sangat.
Kalau tak..setakat ucapan sahaja.
Dan ucapan yang lahir tidak mempunyai apa-apa makna..
Jahilnya saya.

Itulah..
Bak kata orang..
Bila di depan mata, kita jarang mahu hargainya..
Tapi bila sudah tiada, barulah terasa sesangat kehilangannya.

Suratan takdir saya terima.
Semoga Allah merahmati roh arwah.
Dan menempatkannya di kalangan meraka yang beriman.

Akhir kata...
selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu di dunia ini.

p/s : Andai dulu..saya jarang ucapkan kata sayang pada arwah.. kini.. saya tidak mahu ia berulang lagi. Saya masih punyai ibu. Dan saya sentiasa merasai mak di dalam hati. Terima kasih ya Allah. ^^,


7 May 2011

Aku dan jeruk


Jeruk mangga!!!! hahaha
Alhamdulillah..
Now saya berada di rumah kakak saya yang tersayang.
Esok kami akan ke rumah mak cik - mak cik sebelah arwah mak untuk hantar kad jemputan kahwin.
Semoga Allah permudahkan urusan kami.

Kerja?
Haaiihh...
Saya benar tak sabar nak habis ni.hehehe..
Alhamdulillah, hari Jumaat tu seperti biasa.
Thanks to Aleep, klu dia tak ada, rasanya tak best gak kat tempat saya tu.
Sebab Aleep ni lebih kebudak-budakkan.. 
Kalau Fikri lebih ke arah dewasa even dia leh suaikan diri dia dengan persekitaran.
Dan to Kak Ju..
huhuhuhu...
Syukran Ya Allah.

Sekarang ni saya tengah fikir nak bagi apa kat TS dan kawan-kawan terdekat kat Petronas tu.
Walaupun lagi 3 minggu.. kena fikir dah sekarang nak beli apa, nanti tak lah kelam-kabut.hahah.


Hari tu..
Kak Najiya ada bagi coklat. Sedap OoOOoo..mahal lak tu.
Alhamdulillah.. rezeki bertambah-tambah kat TS tu.
Kekadang tu tak sempat nak rasa lapar pun..
asyik makan jek..hahaha..


Haaa... yang ni bukanlah pelakon Korea mahupun lelaki macho yang saya usha.
Ni adalah salah seorang pekerja kat UNIQLO.
Jumaar lepas, UNIQLO melancarkan opening session kat KLCC.
Berbaris tau orang nak masuk kedai tu dari pagi lagi. Dahsyat!

"Dari Tokyo ke Kuala Lumpur"
Trademark UNIQLO!

huhuh..
saya, Nadiah dan Cica tak lepaskan peluang untuk turut sama beratur masuk.
Oleh kerna lunch hari Jumaat 2 jam, so, gunakan kesempatan yang ada untuk cuci mata.

Tapi truly speaking~~~~
Harga pakaian dia mahal oOooo...
Paling murah RM49.90,
paling mahal kitaorang tengok RM200++
hhahaha..
Tapi untuk first day sampai 20 Mei, depa wat sale sehingga 50%!!!!
hahahaha...
Tapi maaf le..memang tak beli lah..
dalam dompet sengaja simpan RM6.00
takut kalau simpan banyak-banyak nanti habis dibelanja..
so carilah dalam UNIQLO tu ada tak yang bawah RM5 nye barang..
haram nak ada kan..so...
jimat duit kat situ..hahahahahha...

Ok la... maghrib dah masuk..
Jom tunaikan solat..
Esok inshaAllah akan ada satu entry khas untuk seseorang dalam hidup saya.. ><

p/s : dah lama tak bangun untuk Tahajud seperti zaman belajar kat Melaka dulu.. ya Allah.. semoga lepas ni aku mampu untuk melawan nafsu tidurku..


pp/s : dua orang jejaka TS yang ada kalanya boleh dikatakan menyinari kisah saya kat TS..klu xde dua mamat ni plus kak Ju..rasenya.. saya memang akan keluar dari TS tu secepat yang boleh~~ Hopefully pas saya dah habis intern.. kitaorg still contact lagi.. satu je yang kurang gemar dengan depa nie... tiap-tiap hari akan cakap sal futsal... dah naik bosan dah dengar~~~

 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design