Monday, April 04, 2011

Just on the phone...


" we just discuss on the phone.. i wanna see him, wanna meet him.. really sad~~ "

Status yang saya buat kat FB adalah status saya tentang SV saya.
Hurm.....

Saya dah prepare semua dah.
Saya tanya sana, saya tanya sini.
Dokumen, proposal semuanya saya siapkan.
Tujuannya saya mahu tunjuk dan have a talk with sir.

Tapi menyedihkan saya...
Sir x jumpa saya.
Kesemua 12 orang yang ada kat PCSB tu,
saya sorang sahaja yang dia tak jumpa.
Memang saya sedih sangat.

Tu pun nasib baik saya cuba call semula, sebabnya sebelum ni saya call dia x angkat.
Dia angkat je..
Katanya dia dah keluar daripada KLCC.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berkecainya hati saya ni.

Bagi orang mungkin tak ada masalah.
Ala.. biarlah..ok what.
Tak jumpa tapi dia call..
Tapi korang faham ke apa yang aku rasa?

Jeles sangat!
Sedih sangat!
Bila mana kawan-kawan yang lain cerita sal sir datang lawat mereka.
Dengar Nadiah... dengar Kak Fathiah.. dengar Wei Sin.. dengar Ng bercerita..
buatkan saya rasa sedih.

Saya tunggu sampai waktu lunch.
Bila tahu sir x jadi jumpa saya,
saya siap2 ke bawah dan solat.
Jujurnya saya telah tewas dengan jiwa sensitif saya ni.
Puas saya luahkan time lunch tadi.. biarlah orang tengok saya, saya tak kisah.
Puas sesi luahan, saya naik ke atas dan teruskan kerja saya.

Kepada sir,
terima kasih sebab layan call saya.
Terima kasih sebab tanya macam mana saya kerja walaupun tak sampai 15 minit.
Terima kasih datang ke KL tengokkan kami.

Saya terima semua ini dengan hati yang redha.
Maafkan saya teman2 kerja saya..
saya terpaksa menipu kalian.
Saya terpaksa cakap yang saya jumpa advisor saya kat lobby,
tapi sebenarnya saya hanya cakap dengan dia kat telefon je.
Saya menipu kerna saya nak jaga air muka advisor saya.
Saya nak jaga maruah dia.
Sir sangat baik...
so saya tak nak sesiapa cakap buruk belakang dia.

Kepada advisor company saya,
saya akan cakap camna saya cakap pada yang lain.
Maaf kerna terpaksa cakap begitu.

Hurm......
saya ingat saya mahu cerita semuanya pada Sir.
Sedih ar..
dalam ramai-ramai saya je yang dia tak jenguk..
hurm...xpelah..

Bak kata Kak Fathiah..
" Jumpa kat kampus je nanti "

Bak kata adik tempat saya kerja..
"Akak, ingat ni.. Allah uji tanda sayang pada kita "

p/s : ini lebih sedih daripada x dapat tempat untuk intern..

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law