Saturday, April 09, 2011

Interview : My story


Alhamdulillah, dah hari Sabtu.
huhhu...
Masa untuk mengupdate la plak.
Nak update semalam, tapi semangat nak tido tu lagi kuat.
Tak tahu kenapa, letih semacam je dua hari ni.

Hurm...
Semalam, saya telah join satu interview.
Kak Farah mahu saya belajar sesuatu yang baru.
Dah lama dah benda ni, dua tiga kali gak dia ajak, tapi asyik miss je.
Interview dia biasanya pagi Jumaat, waktu tazkirah dan makan-makan, susah lak nak lepaskan.
Tu yang selalu miss tu. Petang semalam, kalau ikutkan macam tak jadi je, tapi saya tetap usaha nak cari gak bilik interview nya. Sebab rasa sayang kalau tak join.

Akhirnya, setelah berlaku sedikit kesulitan, kami berjaya interview sorang candidate.
Suppose ada 3 orang, tapi lagi dua orang tu.. alasan je yang diberikan.
Buang masa je kami tunggu.

Apa yang ditanya??
Hohohohoho... tak leh, tak leh.
Bahaya, even ini untuk contract staff, bagi saya ia tetap confidential.
Kak Farah cakap, untuk permanent staff je saya tak leh nak join, sebab sangat sangat sangat confidential. huhuhu..

Waktu interview semalam, saya dapat la tengok bagaimana orang yang di-interview.
Dan saya rasa memang ada harapan akak tu diserap masuk ke dalam Petronas.
CV dia pun leh tahan juga. Hebat kot. 
Selalu sangat tengok CV orang, terasa diri ni sangatlah kerdil nya.
Pepun, kite tunggu dan lihat.

Bukan semata-mata interview je yang saya belajar, 
memang saya banyak diam pun.. orang besar kot, tak kan nak buat lawak lak kan dalam bilik tu..

Saya belajar sesuatu yang saya rasa saya patut bukakan hati saya ni.

Kalau yang sebelum-sebelum ni, saya katakan, saya memang tak ada hati nak kerja kat HR ni.
Tapi semalam, baru terbongkar satu rahsia yang saya sendiri kabur-kabur dengan info ni.

Kalau ikutkan hampir semua yang bekerja di HR adalah bebudak IT dan kebanyakkan adalah graduan UTP. Kak Farah, Kak Akma, Kak Ida, dua kakak yang saya tak tahu namanya. Dan akak yang meng-interview org semalam pun background IT gak.

Kesian bebudak UTP.. dari IT ke HR.
Tapi kenapa mereka banyak cakap?
Kenapa watak depa lain sangat??
Itu yang saya masih x faham..huhuhu..
Sampailah akak semalam tu ckp kat saya...

" We have to adjust ourselves. Kalau akak nak fully in HR belum lagilah. Tapi setakat buat kerja HR, jalankan tanggungjawab, itu memang akak leh lakukan, sebabnya, dalam diri ni masih lagi jiwa IT,"

Saya yang dengar ni... hurm...

Tetiba kak farah menyampuk,
"Saya mula-mula tu pun memang culture shock. Kita IT, lepas tu kena berurusan dengan people,"

Saya diam lagi,

"Cuba tanya kat HR, sapa je yang bukan dari IT, semuanya dari IT,"

"Kesian budak UTP..." hati saya berbisik ~cewah..dah macam novel lak~

Itulah dia.
Saat tu, barulah saya tersedar.
Susah betul nak sedarkan diri saya yang kebal ni..
Dah selalu pergi kem motivasi pun masih tak dapat nak positifkan diri lagi. hurm..
Mungkin persekitaran saya yang buatkan saya begitu.

Saya masih tak nampak hikmahnya saya kat HR ni.
Tapi saya dah mula nak faham tanggungjawab saya kat sini.
Sesi interview yang pertama ni, saya bersyukur sangat kerna saya tahu apa yang perlu saya lakukan.

" Kita dah masuk sini, we are part of the organisation. So, we have to perform well for the company,"
Akak semalam tu pesan. Saya terkesima.
Dan baru saya sedar.

Ya Allah.. 
jalan yang KAU berikan pada aku sukar.
Dan aku tahu ada orang yang lagi sukar jalannya dari aku.
Oleh itu, kuatkan diriku, gembirakan hatiku, redhakan aku dengan segala ketentuanMu, dan pimpinlah tanganku menuju jalan yang KAU berkati.

Mungkin susah saya nak luahkan kat sini tentang apa yang telah saya perolehi semalam.
Kekadang, bukan semua perkara yang boleh kita katakan.
Walau apa pun, saya harap apa yang saya rasakan pada ketika ini akan kekal sehinggalah saya tamat intern nanti.
Dan insyaAllah, saya akan perform yang terbaik untuk Talent Sourcing, kerna saya yakin, ada hikmahnya Allah letakkan saya di situ. 
Bukannya suka-suka Allah hantar saya ke sana..
Setiap yang terjadi pasti ada hikmah.

p/s : saya dah mula menyukai empunya journal ^^

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law