Tuesday, April 12, 2011

Ilmu


Ilmu itu tidak ternilai harganya.

Ilmu...

Sekadar perkongsian dari saya.

Andai dahulunya saya berada di dalam sangkar Bunga Raya, saya kabur dengan keadaan sekeliling saya. Hanya isu dalaman sahaja yang sentiasa menerjah kamus hidup saya dan kawan-kawan.

Tetapi apabila saya berada luar daripada sangkar emas, barulah saya tahu betapa pentingnya segala yang telah diturunkan pada saya.

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih pada kakak-kakak dan abang-abang yang telah berkongsi pengalaman mereka dengan saya. Bila saya bekerja ni, barulah saya nampak keadaan sebenarnya.

Apabila sesorang itu taksub dengan sesuatu, apa sahaja yang kita katakan pasti tidak akan lekat di hati mereka. Dan pastinya segala apa yang mereka tahu, mereka akan sampaikan pada orang lain pula. Jika ilmu yang disampaikan itu adalah benar dan sahih, itu tiada masalah. Yang menimbulkan masalah apabila yang disampaikan itu diselewengkan, jauh daripada fakta yang sebenar.

Itulah yang sedang saya hadapi sekarang.
Di depan mata saya, dekat dengan telinga saya, 
saya lihat dan saya dengar sesuatu yang saya tahu benda itu tidak benar.
Kesahihannya diputar belit.
Ayat Al-Quran dan Hadith menjadi bahan utama untuk menarik mereka supaya tunduk dan dengar.

Saya masih lagi menyiasat benda ni, dan ternyata, mereka sudah jauh menyimpang daripada ajaran yang sebenar.

Apa yang boleh saya lakukan?

Allah Maha Pengampun.
Andai itu kita pegang, pasti tiada timbul soal 'pengampunan dosa dengan tebusan'.

Saya dengar daripada mereka yang pernah terlibat,

" Untuk dosa diampunkan, kamu kena bayar. Kena buat tebusan,"

Untuk apa semua tu?
Bukan itu sahaja, ada banyak lagi yang saya dengari.
Setelah pergi dua sesi tazkirah, saya mula dapati sesuatu.
Ya Allah~~

Entahlah, bagi saya benda ni berat.
Saya tak tahu apa yang boleh saya lakukan.
Saya masih lagi ikut tazkirah yang mereka sampaikan kerna saya mahu lihat apa lagi yang mereka lakukan, apa lagi yang mereka sampaikan.
Yang sayangnya, orang-orang yang saya kenal telah terjebak sama.

Bagaimana saya mahu berdepan dengan semua ini duhai pembaca?

Saya takut.. kerna saya tahu akan hal ini.
Andai saya diam diri..
makin meningkat bilangannya nanti.

p/s : Saya bukanlah seorang yang hebat nilai ilmunya, tapi saya tahu mana yang benar dan mana yang salah.

1 comment:

LoVe_mE !Qa said...

Salam~

As the first hitter, akak nak komen banyak2...haha :p

erm, dri ape yg akak baca la..tak sangka pulak ada benda2 mcm tu..tebus dosa dgn duit?memang tak masuk dek akal..tapi akak tak berapa pasti macam mana benda ni bole wujud..maybe kena tunggu mira explain further pasal ni..

agak takut bile baca pasal ni sebab yg akak taw..dosa pahala ni semua berkait rapat antara hubungan kita dgn Allah swt..bukannya dgn duit bagai..

maybe mira bole teruskan "siasatan" mira tu..tapi akak harap mira kuatkan iman di dada k..kalau mira rasa dah cukup faham dgn taktik orang yg wujudkan benda ni..better mira voice out pasal ni kat someone yg expert dgn hal2 berkaitan ajaran sesat..maybe mira bole try slow talk dgn mane2 ustaz @ ustazah yg mira kenal..kalau akak, maybe akak try discuss pasal ni dgn ustaz Ahmad..sebab hari tu ustaz penah ajar psal ajaran2 sesat kat wujud kat negara ni..

p/s: semakin tua dunia, semakin berakhirnya zaman..semakin cetek mentaliti manusia..dan semakin itulah juga ramai umat Islam yg tandus iman di dada..semoga Allah swt tetap & teguhkan iman di dada kita semua..aminnn~

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law