Friday, April 01, 2011

Hari aku


Kek lagi!!
Yeay!

Alhamdulillah.
Hari ni, ada potluck!
Ada birthday celebration dan makan-makan satu department gitu.
Yang tak leh blah nye.. department kak Husna level 23 pun ada skali makan..hahaha.. lawak tul.

Hari ni bukan stakat birthday celebration je, tapi farewell untuk bebudak intern UiTM seramai 12 orang dan semuanya daripada kelas yang sama. Dapat sijil oOoo... dahsyat!
So, kejanggalan saya dengan mereka, sedikit terasa, pepun, terima kasih pada yang sudi jadi kawan saya.
huhuhu..

Nak sangat tangkap gambar, tapi kerna rasa kerdil diri ni, saya memendamkan rasa hati mahu bergambar, pepun, saya kongsikan sikit la ek..




~ Sebelah kiri tu Kak Nadia. Dan sebelah kanan tu Kak Zulikha. Depa memang terbaik dan baik. Ada kat belakang tu... empunya journal amir yang selalu saya baca.. ~


~ Yang ni Farah.. Bukan Kak Farah yang selalu saya ceritakan tu. Ni yang lain .. Dia ni pun baik orangnya... >< ~

Setiap hari Jumaat, saya memang akan jimat duit untuk sarapan pagi..hahahaha..
rezeki pada hari istimewa. ^_^


Yang ni... saya snap waktu gi exhibition IPerintis.. peerrgghh!!!
Memang hebat teknologi mereka!!
Yang kat atas ni salah satu daripadanya..
nak terang pun susah sikit. Tapi seriously, saya amat kagum dan amat teruja..
Lagi teruja bila mana saya ke booth ICT Security
Peerrrggghh.. Allah je yang tahu terujanya saya ke sana.
Saya tanya apa yang saya nak tanya lebih-lebih lagi bab research kat department tu.
Siap tanya lagi macam mana nak join team depa..hahaha..
saya jumpa jiwa saya kat situ. 
Saya jumpa soul saya kat situ..
Terima kasih ya Allah ^^



Ni la antara door-gifts yang saya dapat kat exhibition tu.. siap dapat mouse-pad lagi oOooo..hahahaha..




Kesibukkan HRM & Capability 
Hari ni gak kami ada Retofit ( saya tak tahu eja camna ek...)
Benda alah ni adalah pertukaran tempat kami semua ni.
Semua akan berubah tempat, tempat kami sekarang akan dijadikan bilik meeting.
Memang sibuk ar kitaorang mengemas ni.
Tapi yang bestnye kitaorang dapat balik awal.
Dan yang tak bestnye...
Tempat untuk budak intern pasni x ada..
Entah mana kitaorang nak duduk.. hahaha.. kene share tempat lak tu.
Buat sementara waktu mungkin duduk kat tempat manager jap.. sebab dia maternity leave..
hurm...

Kekadang tu malas dah nak fikir..
hahaha.. asalkan saya siapkan projek saya sudah.


Dan yang ni lunch kami semalam.
Best giler!
First time saya gelak besar.
Saya benar enjoy makan-makan ni.
Terima kasih Kak Ida.
Terima kasih ^_^

Isnin nanti Sir Fikri datang.
Kak Akma a.k.a SV plak amik cuti.
Saya tak tahu apa yang saya nak cakap dengan Sir nanti.
Katanya hanya nak jumpa saya je.. cuak ar..
Tapi rasanya JZ datang x?? ^_^
Semoga Allah permudahkan segalanya.

Hurm... 
Inilah kisah saya di Talent Sourcing.
Saya harap hari yang mendatang lebih baik dari sebelumnya..

p/s : menghitung hari untuk kembali memegang buku.. dan menghitung hari untuk berada di hadapan..


Clean and clear kan tempat saya? hahaha...
hari ni tak bukak laptop pun..
sejarah

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law