Monday, April 18, 2011

Cerpen Indie : Pengalaman Cemas Saya

Kesibukkan warga kota merimaskan jiwa aku. Lihat sahaja karenah yang mereka lahirkan, sudah cukup membebankan jiwa dan perasaan aku. Kalau bukan disebabkan aku perlu langsaikan hutang ni, jangan harap aku akan langkahkan kaki aku menerusi lembah ‘harmoni’ ibu kota.

                “Cik! Beraturlah. Kami pun ada hal juga ni,” satu suara menegurku dari belakang. Apa pula salah aku ni. Kan ada dua line ni. Rasanya dah betul dah aku beratur kat sini.
Aku hanya menjeling. 

                Tak lama selepas itu, bahuku dicuit beberapa kali. Aku segera berpaling.
                “Cik, cuba beratur. Bukan cik sorang je yang ada kat bank ni. Tengok orang lain, depa beratur elok je,”

                “Ko ni apsal hah?! Ko tak nampak ke aku tengah beratur ni? Ko duk line sebelah tu, duduk je la diam-diam.  Yang nak ganggu hidup aku kenapa?!” sabar aku dah mula memuncak. Pantang nenek keturunan aku orang ganggu privasi aku.

                “Rilek ar cik, saya tegur cara baik. Yang cik beratur kat sebelah sana buat apa? Sebelah ni kan kosong,” nadanya mulai rendah sambil tersengih-sengih.
                Gila apa mamat ni!

                Barisan panjang masih tidak pendek-pendek. Ramai pula manusia hari ni. Ambil nombor sahaja sudah ada dua barisan panjang. Adoi… inilah yang membosankan aku tiap kali ke bank waktu lunch macam ni.
                “Cik..cik,” bahuku dicuit sekali lagi.
                “Cik nak tahu satu cerita tak?”

                Nak bercerita la pula mamat ni. Dalam kalut dan bising macam ni pun nak sembang.
                “Cik..pandanglah sini,”

                Diam dan steady. Aku langsung tak toleh.
                “Tak pe. Cik tak nak pandang, cik dengar je. Cik nak tahu tak, ada seorang pelakon Korea sudah menetap kat Malaysia ni,”

                Aku membulatkan mataku.  Satu lagi pantang aku!
                “ Betul ke? “ aku mengalah.  Aku segera berpaling dan memandang wajahnya. Jujurnya aku memang pantang dengar cerita-cerita Korea ni.

                “Betul cik. Haa.. cik.. ke depan sikit. Dah nak dekat dah turn kita ni,” aku ikut je apa yang dia cakap. Aku ke depan, tak lama lagi  turn aku pula. Sakit kaki berdiri lama-lama ni.

                “Kesian pelakon tu cik. Dengar khabar dia bankrupt. Baru je lepas army service ni. Dia tak dapat peluang berlakon, hutang company kena bayar. Kasihan giler,”

                “Ko ni biar betul! Macam was-was je aku dengan cerita ko ni,” aku makin tertarik seperti magnet bila dengar cerita mamat yang aku tak kenal ni.

                “Ya Allah! Saya tak tipu! Cik tak tengok berita Korea ke? Tak silap saya nama dia Lee Jooon Kii,” sambungnya lagi, kali ini dengan penuh yakin.

                “Seriously?!” aku mengerutkan dahiku. “Kenapa Malaysia?” aku kembali menyoal.
                Barisan yang panjang semakin pendek. Hati aku semakin lega bila mana giliran aku akan tiba tak lama lagi.

                “Entahlah cik. Manusia, mereka bebas pergi ke mana sahaja. Tapi kasihanlah. Sekarang ni menganggur. Saya sangat simpati dengan nasib penganggur ni. Saya faham sangat. Susah hidup tak bekerja. Lagi-lagi dia dahulu seorang yang terkenal. Kasihan cik,”

                “Ko ni mesti penganggur kan, sebab tu ko cakap macam tu. Tapi aku still susah nak percaya sangat cerita ko ni. Nanti aku balik aku try search. Dah lah tu, tak perlu nak pura-pura nangis. Hodoh benor, ko tu bukannya hensem mana pun,” ku buka kecil langkahku ke hadapan.

                “Cik leh tanya Uncle saya. Dia tahu semua benda. Semua orang tanya soalan kat dia,” bersuara lagi mamat ni.

                “Uncle ko? Hebatnya pak cik ko. Kerja apa dia? Ambassador ke?”

                “Cik tak kenal ke? Aissshhh…”

                Aku geleng seribu kali. Pak cik ko, aku nak kenal buat apa. Bukan ada pertalian darah pun.

                “Orang panggil Uncle Google. Tak kan cik tak kenal. Budak 3 tahun pun tahu sebut. Hahahahaha,” ketawanya besar.

                Ek? Tak lawak sungguh. “Hehe..” saje nak ambil hati, kang merajuk pula orang tak gelak.

5 minit kemudian,
                “Kenapa tak sampai-sampai lagi turn aku ni. Bapak lambat service dia ni,” hatiku merungut panas.
                “Cik, pasni kita makan sama nak? Saya nak story banyak lagi sal Lee Jooon Kii ni. Saya baru dapat berita yang dia akan ke sini. Sini cik! Sini!!!”

                Haaa…sudah. Mamat ni lagi. Dah elok-elok senyap kejap, buka balik mulut dia.
                “Ko ni kan…” tak sempat aku nak sumpah seranah,

                “Kat sini rupanya kamu! Puas kita orang cari kamu ni. Tinggal kejap je dah lesap,”
                Dua orang pegawai berbaju putih datang menghampiri kami berdua.

                “Jom kita balik,” katanya sambil memegang tangan lelaki yang aku sembang tadi. Aku perhati je. Siapa mereka ni. Nak culik orang ke.

                “Apa ni. Kan awal lagi. Saya tak habis cerita tentang Lee Jooon Kii lagi ni. Kakak ni nak dengar. Kejap ar…” rungutnya manja.

                “Maaf ye cik. Terima kasih layan dia ni. Dia ni la pesakit kami yang selalu hilangkan diri then cerita tentang Lee Jooon Kii dia. Kami bawa dia balik dulu ya cik,” ujar salah seorang pegawai itu.

                “Hurm… gila rupanya mamat tadi. Penat aku layan je,”
                Akhirnya, setelah 10 minit aku berdiri giliran aku untuk dapat nombor giliran dah tiba. Aku patut berterima kasih pada lelaki gila tadi. Kalau dia tak ada, bosan juga aku tadi.

Penantian itu satu penyeksaan
                “Lagi 10 orang lagi ni. Adoi.. bosannya hidup macam ni,” dah lembik semacam je kertas nombor aku duk lipat-lipat. 1099, nombor bertuah aku hari ini.

                Sedang asyik aku mengelamun, aku perhatikan kelibat hitam lalu di sebelahku. Bukan satu kelibat, tapi beberapa kelibat. Entah mengapa suasana menjadi kelam kabut semacam. Semua orang bertempiaran lari dan menjerit. Pintu ditutup rapat. Pak guard yang ada pun tak mampu buat apa-apa.

                “Senyap! Kalau tak aku tembak semua! Senyap!”
                Salah seorang daripada mereka yang berpakaian serba hitam mengacukan pistol pada kami semua. Suasana semakin sunyi. Hanya kedengaran dengusan mereka yang bersenjata sahaja.

“Masukkan duit dalam ni cepat! Kalau cuba buat apa-apa, aku tembak!”  Kakak di kaunter tersebut menurut perintah . Terketar-ketar tangannya memasukkan semua duit yang ada.

Aku pula hanya membatukan diri dari tadi. Denyutan nadiku pantas daripada biasa. Seperti dalam drama sahaja aku rasakan.

                “You! Get up!” serta-merta tanganku ditarik dengan kasarnya. Aku jatuh tersungkur. Kurang ajar betul!

                Aku segera bangkit. “Asal suruh aku bangun tadi?” Semua memerhatikanku. Ada juga yang suruh aku diamkan diri dan tunduk semula. Arrgghh! Dah tolak aku jatuh, masih mahu suruh aku tunduk.

                “ You are so brave!” ku rasakan leherku sejuk semacam. Lelaki yang menolakku jatuh tadi meletakkan pisaunya pada leherku. Sejuk leherku kerna sejuknya pisau tersebut. Aku tergamam.

                “Wei! Who tell you to get out from the car?!” seorang lelaki berbaju hitam yang lain mendekati kami berdua.

                “Er…er…”
                Aku tidak mampu bergerak, khuatir ada calar nanti di leherku.
                “Kacau tul la mamat ni. Dah ar pakai topeng nipis. Aku geram betullah! Sah-sah orang leh cam dia ni. Bodoh betul!” seorang lelaki lain bersuara.

                Aku segera menoleh. Mulutku terlopong. Benar! Topeng lelaki yang mengacukan pisau padaku tadi amatlah nipisnya.

                “Stupid la you! Arrrgghhh! Siapa suruh dia ni keluar!! Cepat! Masukkan duit semua kasi habis! Cepat-cepat! Kita blah!” lelaki tersebut kembali ke kaunter. Mereka semakin kasar. Kakak-kakak yang ada di kaunter menjerit ketakutan.

                Aku pula meraba-raba beg tanganku. Aku perlu keluarkan sesuatu sebelum terlambat.
                “What are you doing?!” perhatian lelaki bertopeng nipis kembali pada aku saat aku mengeluarkan sebatang pen.

                “Don’t you ever dare to do anything! I might KILL you!” nadanya mula tinggit tatkala aku menghulurkannya pen tersebut.

                “I need your autograph! I know you! Pleaseeee…”
                Aku sudah hilang arah. Saat aku lihat wajahnya, bibirnya, matanya, hidungnya, hati aku kuat mengatakan dia lah orangnya dan aku perlukan tanda tangannya sebagai bukti!

                “Owh..ok.. where you want me to sign?” Aku segera menadahkan tapak tanganku.
                “Thank you..thank you,” ucapku beberapa kali dan aku masih mengucapkan ucapan tersebut meskipun dia semakin hilang dari pandanganku.

                “JOOON! Semua! Jom blah!!!”
                Kelibat-kelibat hitam itu mulai hilang. Pintu belakang dipecahkan dan mereka semakin jauh daripada pandangan kami semua. Keadaan semakin tegang semula. Semua menjerit dan bersorak kesyukuran kerna masih selamat.

                Aku pula.. masih begitu, hanya berdiri tegak seolah-olah lagu Negaraku sedang berkumandang. Ku genggam erat tapak tanganku. Bukti pertemuan antara kami!

                “Cik..kan saya dah cakap. Dia datang sini kan?”
                Aku berpaling. Lelaki gila tadi ada di sebelahku.
                “Siapa?”

                “Lee Jooon Kii. Tak sempat saya nak minta autograph dia tadi,” luahnya sambil berlalu pergi.
                Aku mulai sedar. Apa sebenarnya yang telah berlaku. Apa yang aku buat kat sini? Siapa yang aku jumpa tadi. Apa dah berlaku?

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law