Monday, April 25, 2011

Cerpen Indie : Malang Tidak Berbau

Satu pagi burung berkicau riang. Unggas2 berterbangan dan berpasang-pasangan. Begitu indah pagi itu terasa seperti ingin membuat lirik lagu. Aku bergerak perlahan menuju perhentian bas membawa beg. Sesambil itu, aku melihat jam tangan. Gelisah menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Dalam keadaan fatamorgana, satu objek bergerak dengan laju dan berhenti tepat-tepat di depan aku. Tiba tiba redup ku rasakan. Bayangan pagi yang indah tidak lagi dapat ku nikmati. Yang 
peliknya hanya di tempat aku sahaja begitu, di tempat lain tidak pula redup.
           
 “ Fuhoju!!!!!! Fuhoju!!! ”

            Segera aku mendongak. Satu makhluk seakan diriku berada di sebelahku. Tangannya seperti memegang telinga seekor binatang. Aku hanya duduk mendiamkan diri, masih menganalisis benda yang dipegangnya tadi.

            “Payung?” hatiku meneka. Kalau ikutkan gaya dan reka bentuk benda tu, seperti payung. Ada tangkai, bulat, cuma bentuknya seperti telinga binatang. 
Hurm…

            “Mickey-mouse,” sekali lagi hatiku meneka. Kalau ikutkan, telinga Mickey-mouse warna hitam, sebijik macam ni. Aku terus mendongak dan mengekalkan posisi begitu tanpa menghiraukan makhluk berkenaan. Aku lebih berminat pada payung uniknya. Patutlah aku rasa redup semacam.

            “ Fuhoju!!! ” sekali lagi makhluk tersebut bersuara.
            “Kau cakap apa ni? Siapa kau ni?”
            “Fuhoju!!! Fuhoju!!!” terus menerus dia ulang benda yang sama.
            “Kau cakap lagi benda tu aku sepak kau kang!”

            Makhluk tersebut diam seketika, seperti faham dengan apa yang aku katakan. Lantas aku tersenyum membanggakan diri.
            “Fujujuu. Ni fujujuu hujuakao kiki,”
            
              Aku mengerutkan dahiku. Mantera apa pula ni?
            “Kau pergi boleh tak? Jangan nak rosakkan mood aku pagi-pagi ni. Aku tengah tunggu bas ni. Lambat aku masuk kelas nanti, dengan kau kau aku bakor! “ tiba-tiba aku teringat dialog Usop dalam 'Hantu Kak Limah Balik Kampung'.

            Makhluk tersebut lantas mencapai tanganku. Digenggamnya erat dan terus menarikku ke hadapan.

            “Apa ni?!” dengan kasar aku cuba lepaskan diri.
            “Nini nu! Nini nu!” ujarnya beberapa kali.

            Tanpa menunggu respon dariku, dia kembali menarikku beberapa langkah 
lagi ke hadapan. Di hadapan kami ada sebuah kereta. Susah aku mahu gambarkan keadaan kereta tersebut kerna kereta itu sama seperti kereta ala-ala sport yang ada di pasaran, cuma yang bezanya bentuk kereta tersebut seperti telinga Mickey-mouse, sama seperti payung yang dimiliki makhluk tersebut.

            Dia membukakkan pintu untukku. “No! No! Aku nak pergi kampus ni. Hari ini presentation aku. Kau nak aku ikut kau pulak. Dah lah aku tak kenal kau. Datang-datang cakap bahasa yang aku tak faham. Dah! Jangan ganggu aku lagi,” aku segera menoleh, mahu ku atur langkahku semula ke tempat asalku tadi.

            Tiba-tiba langkahku beku. Aku tidak dapat bergerak, terasa berat sekali mahu mengangkat kakiku ini.

            “Nini nu! Jukuy nini nu!” badanku bergerak sendiri. Akalku tidak dapat mengawal lagi pergerakkan tubuhku. Aku kembali menoleh dan berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta berbentuk telinga itu. Makhluk tersebut juga begitu. Dia bukakkan semula pintu untukku dan katupkannya kemudian barulah dia masuk dan duduk di tempat pemandu.

            Aku begitu teruja. Bahagian luar kereta biasa sahaja, tetapi di dalamnya sangat hebat! Kerusinya sangat empuk. Terdapat banyak button-button berwarna-warni. Aku terasa seperti berada dalam sebuah kapal angkasa sahaja. Makhluk tersebut tersenyum melihatku.

            Enjin dihidupkan. Aku dapat rasakan kereta tersebut bergerak perlahan-lahan dan kemudian semakin laju meluncur di atas jalan raya. Stesen bas semakin jauh aku tinggalkan. Aku perhatikan bas yang aku tunggu hampir satu jam sudah sampai di stesen tersebut tetapi aku…

            “Mana kau nak bawa aku ni? Siapa kau ni?” aku cuba bergerak, tapi tak boleh.
            “I’m so sorry,”
            “Kau boleh cakap bahasa aku?” tangannya lembut menyentuh bahuku. Tubuhku kembali ringan.

            “Aku lupa nak tukar bahasa tadi saat aku sampai ke Bumi. Aku ingatkan aku dah tukar, rupanya tidak,” terangnya.
            “Siapa kau ni?”

            “Aku Zhe. Aku bukan asal daripada sini. Aku datang untuk bawa kau pergi,”
            “Bawa aku pergi? Pergi kampus ke? Bagus! Aku ada presentation hari ni. Jom!” aku semakin teruja.

            “Bukan. Aku mahu bawa kau pergi dari sini, dari Bumi ni. Aku mahu jadikan kau permaisuri aku,”
            “Apa?” mataku tidak berkerdip saat mendengar apa yang dikatakannya.

            “Biar aku terangkan. Tempat aku jauh daripada sini. Bukannya sebuah planet tapi satu tempat yang ghaib daripada orang lain. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang nampak. Kau dan aku boleh melihat mereka yang ada di sini, tapi mereka tak boleh lihat kau,”

            “Kenapa datang sini?” aku perhatikan makhluk tersebut tekun dengan pemanduannya.
            “Aku perlukan seorang permaisuri untuk bantu aku terajui takhta yang aku miliki. Aku tidak mahu calon yang ada di tempat kelahiran aku. Aku mahu penduduk Bumi. Banyak lagenda yang aku dengar tentang kehebatan penduduknya. Sebab itu aku ke mari,”

            “Kenapa aku?”
            “Kerna firasat aku menyatakannya kau orang yang paling sesuai. Aku sudah perhatikan kau hampir sebulan waktu Bumi. Dan aku mahu kau jadi permaisuriku.,”
            Aku yang dengar ni dah mula sipu-sipu malu. Tapi dia khabarkan seperti tiada perasaan.

            “Kalau aku ikut kau, macam mana dengan study aku? Keluarga aku?”
            “Itu sudah aku rancangkan. Jangan risau. Sekarang, aku mahu bawa kau pulang ke tempat aku. Kenal dengan orang-orang aku. Kapal aku, aku parking dekat dengan Sungai Klang namanya. Kita akan menuju ke sana,”

            Aku duduk membatu di sebelahnya. Hati aku antara mahu dengan tidak. Sesekali aku curi pandang dirinya. Dirinya sama seperti diriku. Sifatnya sempurna seperti seorang manusia. Dua kali aku pandang, wajahnya seperti seorang pensyarah di tempat aku belajar. Pensyarah yang aku minati selama aku belajar di sana.

            Aku mula senyum sendiri, terus aku lupa dengan presentation aku.
            “Kau senyum maknanya kau setuju dengan tawaranku?”

           “Tapi kau setuju atau tidak, aku tetap mahu kau menjadi permaisuriku. Aku dengan kau tak jauh beza. Rupa kami sama seperti penduduk Bumi, yang bezanya, bahasa kami. Itu yang perlu kau pelajari,”

            “Teet..teet” ringtone klasikku berbunyi. Segera ku angkat.
            “Wei! Habislah kau. Presentation kau dapat kosong tau tak! Prof memang hot giler dengan kau. Aku rasa dia tak akan luluskan kau tuk final nanti. Kau tul-tul dah buat dia berang!,” sahabat baikku bersuara.

            Aku senyum bangga, “Tak apa. Aku lepas ni tak akan ada di Bumi dah. So, tak hairanlah sal Prof tua tu,”
            Segera ku tamatkan panggilan tadi tanpa menunggu respon seterusnya daripada sahabatku tadi. Aku dapat bayangkan bagaimana aku akan jadi permaisuri nanti.

            Sejurus selepas itu, makhluk di sebelah ku mulai bersuara, tapi dalam bahasanya.
            “Gujgu hujue ni juhullu. Kukuku ni. Kokojuhu fujue,”
            Aku hanya memerhati. Apa yang dia bahaskan dan dengan siapa?
           Tiba-tiba kereta terhenti. “Hujuane busjueh kauejierr. Niniauha. Niniauha!” sambungnya dengan nada yang lebih tinggi.

            Aku mendiamkan diri. Dalam kotak fikiranku ligat membayangkan suasana tempat baruku nanti. Mesti dalam cerita Star Wars tu. Sebuah kota yang sangat maju. Ada kereta yang boleh terbang. Baju yang hebat-hebat designnya. Oh!!! Aku benar-benar teruja!
           
            “Aku terpaksa turunkan kau di sini,”
            Aku segera berkalih. “Kau cakap dengan aku ke?”
            “Turun! Aku tak dapat nak bawa kau pulang. Kau boleh pergi,” ujarnya selamba.

            “Apa pasal plak! Kau dah culik aku, pastu sesuka hati tak jadi lak. Tak de! Aku nak jadi permaisuri gak!” aku mula memberontak.

            “Sila turun. Ibu aku sudah carikan calon untuk aku. Katanya dia seorang yang terkenal di Bumi ini. Aku tiada pilihan,”

            Pintu kereta terbuka. Aku masih tidak mahu keluar. Aku benar-benar mahu jadi permaisuri!

            “Kalau kau tak ikut cakap aku, akan aku tembak kau di sini,” ugutnya sambil mengacukan sepucuk pistol kecil padaku. Pistol tersebut mengeluarkan cahaya merah dan amat unik bentuknya, tidak pernah ku lihat sebelum ini.

            Aku perlahan-lahan mengatur langkahku keluar daripada kereta telinga tersebut.
            “Makan ni. Gula-gula kegemaran aku,” hulurnya gula-gula yang juga bentuknya seperti telinga.

            Aku turuti segala perintahnya meskipun hatiku kecewa sangat! Perlahan-lahan juga aku mengunyah gula-gula tersebut.

            “Gula-gula tu akan buat kau lupakan apa yang telah berlaku. Tempat aku tak ada alat yang leh lupakan ingatan orang. Setakat ini hanya gula-gula tu sahaja,”

            Aku berdiri kaku diam tidak terkata. Fikiranku kosong sahaja.
            Baru ku teringat!

            “Gila! Kau pakai letak je tadi, lepas tu menagih simpati dengan aku,”
            “Apa yang kau cakap ni? Presentation tu penting bagi aku. Kalau tak aku kena extend,” teresak-esak aku bercerita.

            “Kau kan nak jadi permaisuri tadi. Pergilah!”
            “Permaisuri?”

            Aku terduduk. Fikiranku amat kosong!
            “MAK!!!! PRESENTATION!!!!!!!!!!”

            Aku tak peduli dengan orang sekeliling! Aku teriak semahu-mahunya!!

...: nurish :...
           
            

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law