Followers

_Nur Amirah Ishak_

My photo
đź’«Juru bekamđź’«Penulis & penterjemahđź’«Perunding Takaful Ikhlas Berhad & Shaklee đź’«Kaki Travel (◕‿◕✿)

Friday, April 29, 2011

Rehat

Pejam celik pejam celik 
Dah cukup sebulan saya berada di ibu kota.

Alhamdulillah, so far, semuanya masih dalam keadaan yang baik.
Even berdepan dengan benda yang, tapi semakin hari semakin seri.

Mungkin inilah hikmahnya.
Saya benar tak sabar dah nak habiskan intern ni,
tapi pasti ada benda yang saya akan sedih dan teringat nanti.
Terutamanya kawan-kawan di sana.
Alif, Fikri, Amir, Kak Ju, Kak Sal, Kak Sya, Kak Nurul.
Semoga sebulan lagi ni semakin baik hendaknya.
Habis bulan Mei, saya akan angkat kaki pergi jauh daripada Petronas.
Bestnye!!!!!
><

Esok saya akan pulang ke Ipoh dengan adik saya.
Dan Isnin saya akan datang semula ke ibu kota.

Satu lagi..
saya mahu sempurnakan hasrat saya sebelum saya pergi.
Semoga Allah bimbing hati ini.

Ok... nak rehat.
Selamat becuti semua ^^,

p/s : hurm..  

Thursday, April 28, 2011

Mode SPIDER~~

Hari ni mode saya adalah mode SPIDER.
Sebelum saya menyambung dan menyelesaikan pembacaan saya tentang tajuk FYP, saya mahu bongkarkan sikit minat mendalam saya sewaktu saya sekolah menengah.
Meh saya cerita sikit.. 
hehehe...


Haaa... kenal tak sape nie?
Pada kawan2 yang kenal saya sejak sekolah, depa akan faham benar dengan saya.
Saya dahulunya pernah meminati giler-giler mamat kat atas ni.
Sebab apa?
Ada dua sebab. Yang pertamanya..

Sebab bagi saya suara dia sedap! Unik! Lagu Relaku Pujuk yang meletup dulu buatkan saya gilerkan mamat ni. Tapi harus waspada, lirik lagu Relaku Pujuk tu kalau dihayati betul-betul, leh terpesong sikit..hahaha...
Even saya ni minat dia dan lagu-lagu dia, kita harus rasional. Ada masanya saya kurang suka juga dengan lirik lagu-lagu dia. 
Contoh :  dalam lagu Relaku Pujuk..ada satu part, bila chorus..
"Tiada lafaz yang lebih agung.. kalimah cintamu..yang ku tunggu-tunggu"

Dari pemerhatian saya, maaf ye Tam, hehe..
Even saya memang minat ko gila-gila.. yang salah tetap harus diperbetulkan..

"Tiada lafaz yang lebih agung..kalimah cintamu.."
Kalimah cinta siapa yang kamu tunggukan?
Bukankah kalimah yang teragung adalah KALIMAH ALLAH?
Pada yang taksub sangat sal cinta2 ni.. ini boleh pesongkan sikit.
Kerna bila kita nyanyi..kita seperti tanamkan dalam diri dan mengaku dengan lidah, kalimah cinta kekasih kita [pasangan kita] adalah yang kalimah yang teragung..
BAHAYA..BAHAYA...

Yang keduanya?
Yang keduanya hanya saya dan kakak-kakak dan adik saya sahaja yang tahu, dan itu tak akan saya reveal kan di sini.. ><

Saya punyalah minat kat Tam Spider ni, sehinggakan :

1. Saya gigih beli CD lagu dia.. yang die wat konsert kat Planet Hollywood tu pun saya beli. Ada lagi kat rumah. Selalu dengar time sekolah dulu, Bila balik sekolah, mandi+solat siap.. nak makan tu, pasti pasang kat TV..hahahha..

2. Saya gigih download semua lagu-lagu dia.. dah beli CD, download lagi tu..

3. Saya akan berasa sangat dengki bila mana ada artis2 perempuan cuba dekat2 dengan dia..hahaha.. lebiih-lebih lagi ELLA!!

4. Kalau perasan, email saya [tam_mirh].. adalah tam tu sebab TAM SPIDER. Yang mirh tu.. nama saya.hahahha.. 

5. Saya akan wat password saya RUSTAM MUS..... sempena nama Tam Spider. Tapi itu dulu, sekarang dah tak set dah password gune nama TAM SPIDER.

6. Selalu kongsi cerita dengan kawan2 sal kumpulan Spider. Dan pantang kalau ada yang cuba kutuk2 die.

7. Add akaun MYSPACE TAM SPIDER dan cuba komen sekerap yang boleh supaya dia reply semula..hahaha

Haaa... itu antara perkara BIASA yang dilakukan oleh mana-mana peminat. Hurm...
meh teruskan pembacaan~~

Ni plak antara lagu2 yang saya suka...
[tak semua lagu kumpulan ni saya suka tau!]
Sebenarnya... saya hafal semua lagu2 Spider. Hahahaha..

~ DUNIA BATINKU~

Giler ar...lagu nie memang saya suka. Tam nampak macho! haha

~ BUAT SANG PUTERI ~

~ MUNGKIHKAH TERJADI ~

~ CINTA DEWA DEWI ~

~ NAZRAKU ~

Dan lagu terbaru diaorang..

~ KITA SATU ~

Ha... ni antara yang saya betul2 minat lah. huhhu..
teruk kan?

Dan saya punyai satu panggilan [nama] disebabkan kumpulan Spider ni jugak.
Saya silap sebut je pun..
terus dapat nama FATIMAH pada diri saya.
Dan kalau nak tahu, nama ini masih lagi melekat dengan saya.
Setiap kali jumpa member2 lama...
Depa tak panggil MIRA.. tapi TIMAH!
Haahha.. Even call  saya pun..
" Boleh cakap dengan Timah? "

Cuba bayangkan apa reaksi family saya?
Hahaha..

Bila fikir balik...
Apalah saya ni.
Tak sangka saya punyai minat sebegini.

Andai minat ini, suka ini, perasaan ini untuk Islam, 
alangkah bagusnya!

Ini cerita dulu...
cerita saya bebudak dulu..
Sekarang tidak lagi,
sebab apa?

Sebabnya....


Dia dah kahwin lagi!!!!
Sedih3!!!!
Hahahaha..
Gurau2..

Ini cerita saya.
Cerita kalian pula?

Amacam?
Tak sangka saya punyai minat begini?
Manusia itu sentiasa berubah...

Dan akan sentiasa melakukan perubahan...
Semoga yang terbaik hendaknya.

Baiklah.. nak sambung baca ni..
Nanti tak sempat nak hantar summary kat lec.

Akhir kata, 
jaga diri, jaga hati.

p/s : Pernah juga dulu fikir nak cari suami cam Tam Spider. Apalah mira ~~~ Kalau niat nak cari cam calon2 Imam Muda tu ke, xpelah lagi.. ish2... Jangan ikut ya kawan2..~~~~

Wednesday, April 27, 2011

Kashaf Imani


Malam ni saya layan Kashaf Imani!
Best dan sweet pada permulaannya.
Huhhu..

Di sini ada sinopsis sikit sal cerita di atas.

Syabas Beto!
Disebabkan saya minat dengan Beto, so I give extra credits to him.
Syabas2!
Ambillah juga iktibar daripada cerita ni.
Ajal maut itu di tangan Allah.
We can't predict what will happen in future.

So, silalah tengok~~ hahaha

Kerja?
Alhamdulillah, kerja ok even terselit kesulitan.
Hahaha.. giler malas nak update.
saje nak menyemakkan entry2 yang ada di blog ni.

Ok lah.. nak rehat.
Dr Ong!! nantikan summary saya, saya baru baca 4 muka surat artikel tu dan ada part yang saya memang tak faham sangat, even saya cuba bayangkan pun saya still x berapa nak faham.

Huhuhuhu...
saya semakin lega dan clear dengan keputusan yang saya ambil ni.
Terima kasih ya Allah.
Terus kuatkan aku kerna aku tak mampu berjalan seorang diri.

Ok.. akhir kata,
jom tengok lakonan BETO!!! 
Hahahaha

p/s : jaga diri..jaga hati.. yup... even saya mahu beranikan diri, tapi hati saya masih belum bersedia lagi..

Tuesday, April 26, 2011

Orang itu..orang ini..

Bismillahirrahmanirrahim
***

Aiseh cik mira.. tukar baju blog lagi ke?
hahahaha..
ah'ah, tetiba teringin nak tukar baju blog ni, terasa cam tak best lak baju blog yang lama.
huhuhu..

So..my first entry for the new look of my lovely blog.

Alhamdulillah, hari ni saya masuk semula keje, walaupun dalam hati memberontak tak mahu pergi kerja dah. Ambil cuti ke Melaka benar-benar telah memulihkan semangat dan jiwa saya..cewah~~

Saya benar-benar enjoy dengan apa yang saya lalui sepanjang saya berada di Melaka.
Senyuman sinis yang diberikan oleh Ecah dan Aida selepas saya ke FIST Isnin ritu buatkan saya fikir, benar ke tindakan saya ni, tapi tak kisah..saya dah bagi dah. hahahaha!

Jalan-jalan seorang diri di MC buatkan saya kembali berfikir.
[Saya suka berfikir bila tengok gelagat orang lain] 
Ada dua tiga insan yang berjaya menarik perhatian saya dan menyebabkan saya memohon agar Allah permudahkan urusan mereka. Entah apa yang telah terjadi pada mereka sekarang.

Kekadang, kita tak sedar dengan apa yang kita lakukan. 
Kita susah nak kembali sedar dengan apa yang sepatutnya kita lakukan.
Life is to enjoy!
But beware.. enjoy too much will bring disaster in future.

Drama...politik..drama...politik...
saya sudah semakin menyampah dengan semua ni!
Kat mana-mana pasti ada sahaja drama..kemudian politik.. kemudian drama politik!
Apa sudah tiada benda lain yang nak buat ke? Sehingga merelakan diri untuk menjadi pelakon drama tersebut. Ada advantage ke segala drama yang diketengahkan?
Addooii~~~

Dengan saya-saya sekali dapat dosa free!
Dah bosan dah la.
Kenapa harus masuk campur hidup orang lain sedangkan hidup sendiri masih tidak terurus?
Kalau ye pun nak berlakon, berlakon lah dengan professional!

Memang kalau bekerja pasti akan lalui semua ini agaknya.
Kekadang tu sampai timbul rasa tak percaya pada orang lain.
Hurm....

Jangan kacau hidup orang lain, andai orang tersebut tak kacau hidup kamu!
Semoga Allah berikan kita semua sinar hidayahNya.

Hurm........
Cukuplah ek..
At least ringan sikit beban perasaan yang saya simpan bila saya tulis kat sini.

Simpanlah benda yang saya beri tu sebaiknya. Nak buang pun boleh.
Pepun.. saya ucapkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajarmu.
Akan ku simpan semuanya.

p/s : dalam fikiran saya...saya dah nak habis dah intern.. itu juga salah satu yang buatkan saya gembira nak keje!! hahahha!!!!

Monday, April 25, 2011

Cerpen Indie : Malang Tidak Berbau

Satu pagi burung berkicau riang. Unggas2 berterbangan dan berpasang-pasangan. Begitu indah pagi itu terasa seperti ingin membuat lirik lagu. Aku bergerak perlahan menuju perhentian bas membawa beg. Sesambil itu, aku melihat jam tangan. Gelisah menunggu bas yang tidak kunjung tiba. Dalam keadaan fatamorgana, satu objek bergerak dengan laju dan berhenti tepat-tepat di depan aku. Tiba tiba redup ku rasakan. Bayangan pagi yang indah tidak lagi dapat ku nikmati. Yang 
peliknya hanya di tempat aku sahaja begitu, di tempat lain tidak pula redup.
           
 “ Fuhoju!!!!!! Fuhoju!!! ”

            Segera aku mendongak. Satu makhluk seakan diriku berada di sebelahku. Tangannya seperti memegang telinga seekor binatang. Aku hanya duduk mendiamkan diri, masih menganalisis benda yang dipegangnya tadi.

            “Payung?” hatiku meneka. Kalau ikutkan gaya dan reka bentuk benda tu, seperti payung. Ada tangkai, bulat, cuma bentuknya seperti telinga binatang. 
Hurm…

            “Mickey-mouse,” sekali lagi hatiku meneka. Kalau ikutkan, telinga Mickey-mouse warna hitam, sebijik macam ni. Aku terus mendongak dan mengekalkan posisi begitu tanpa menghiraukan makhluk berkenaan. Aku lebih berminat pada payung uniknya. Patutlah aku rasa redup semacam.

            “ Fuhoju!!! ” sekali lagi makhluk tersebut bersuara.
            “Kau cakap apa ni? Siapa kau ni?”
            “Fuhoju!!! Fuhoju!!!” terus menerus dia ulang benda yang sama.
            “Kau cakap lagi benda tu aku sepak kau kang!”

            Makhluk tersebut diam seketika, seperti faham dengan apa yang aku katakan. Lantas aku tersenyum membanggakan diri.
            “Fujujuu. Ni fujujuu hujuakao kiki,”
            
              Aku mengerutkan dahiku. Mantera apa pula ni?
            “Kau pergi boleh tak? Jangan nak rosakkan mood aku pagi-pagi ni. Aku tengah tunggu bas ni. Lambat aku masuk kelas nanti, dengan kau kau aku bakor! “ tiba-tiba aku teringat dialog Usop dalam 'Hantu Kak Limah Balik Kampung'.

            Makhluk tersebut lantas mencapai tanganku. Digenggamnya erat dan terus menarikku ke hadapan.

            “Apa ni?!” dengan kasar aku cuba lepaskan diri.
            “Nini nu! Nini nu!” ujarnya beberapa kali.

            Tanpa menunggu respon dariku, dia kembali menarikku beberapa langkah 
lagi ke hadapan. Di hadapan kami ada sebuah kereta. Susah aku mahu gambarkan keadaan kereta tersebut kerna kereta itu sama seperti kereta ala-ala sport yang ada di pasaran, cuma yang bezanya bentuk kereta tersebut seperti telinga Mickey-mouse, sama seperti payung yang dimiliki makhluk tersebut.

            Dia membukakkan pintu untukku. “No! No! Aku nak pergi kampus ni. Hari ini presentation aku. Kau nak aku ikut kau pulak. Dah lah aku tak kenal kau. Datang-datang cakap bahasa yang aku tak faham. Dah! Jangan ganggu aku lagi,” aku segera menoleh, mahu ku atur langkahku semula ke tempat asalku tadi.

            Tiba-tiba langkahku beku. Aku tidak dapat bergerak, terasa berat sekali mahu mengangkat kakiku ini.

            “Nini nu! Jukuy nini nu!” badanku bergerak sendiri. Akalku tidak dapat mengawal lagi pergerakkan tubuhku. Aku kembali menoleh dan berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta berbentuk telinga itu. Makhluk tersebut juga begitu. Dia bukakkan semula pintu untukku dan katupkannya kemudian barulah dia masuk dan duduk di tempat pemandu.

            Aku begitu teruja. Bahagian luar kereta biasa sahaja, tetapi di dalamnya sangat hebat! Kerusinya sangat empuk. Terdapat banyak button-button berwarna-warni. Aku terasa seperti berada dalam sebuah kapal angkasa sahaja. Makhluk tersebut tersenyum melihatku.

            Enjin dihidupkan. Aku dapat rasakan kereta tersebut bergerak perlahan-lahan dan kemudian semakin laju meluncur di atas jalan raya. Stesen bas semakin jauh aku tinggalkan. Aku perhatikan bas yang aku tunggu hampir satu jam sudah sampai di stesen tersebut tetapi aku…

            “Mana kau nak bawa aku ni? Siapa kau ni?” aku cuba bergerak, tapi tak boleh.
            “I’m so sorry,”
            “Kau boleh cakap bahasa aku?” tangannya lembut menyentuh bahuku. Tubuhku kembali ringan.

            “Aku lupa nak tukar bahasa tadi saat aku sampai ke Bumi. Aku ingatkan aku dah tukar, rupanya tidak,” terangnya.
            “Siapa kau ni?”

            “Aku Zhe. Aku bukan asal daripada sini. Aku datang untuk bawa kau pergi,”
            “Bawa aku pergi? Pergi kampus ke? Bagus! Aku ada presentation hari ni. Jom!” aku semakin teruja.

            “Bukan. Aku mahu bawa kau pergi dari sini, dari Bumi ni. Aku mahu jadikan kau permaisuri aku,”
            “Apa?” mataku tidak berkerdip saat mendengar apa yang dikatakannya.

            “Biar aku terangkan. Tempat aku jauh daripada sini. Bukannya sebuah planet tapi satu tempat yang ghaib daripada orang lain. Tiada siapa yang tahu. Tiada siapa yang nampak. Kau dan aku boleh melihat mereka yang ada di sini, tapi mereka tak boleh lihat kau,”

            “Kenapa datang sini?” aku perhatikan makhluk tersebut tekun dengan pemanduannya.
            “Aku perlukan seorang permaisuri untuk bantu aku terajui takhta yang aku miliki. Aku tidak mahu calon yang ada di tempat kelahiran aku. Aku mahu penduduk Bumi. Banyak lagenda yang aku dengar tentang kehebatan penduduknya. Sebab itu aku ke mari,”

            “Kenapa aku?”
            “Kerna firasat aku menyatakannya kau orang yang paling sesuai. Aku sudah perhatikan kau hampir sebulan waktu Bumi. Dan aku mahu kau jadi permaisuriku.,”
            Aku yang dengar ni dah mula sipu-sipu malu. Tapi dia khabarkan seperti tiada perasaan.

            “Kalau aku ikut kau, macam mana dengan study aku? Keluarga aku?”
            “Itu sudah aku rancangkan. Jangan risau. Sekarang, aku mahu bawa kau pulang ke tempat aku. Kenal dengan orang-orang aku. Kapal aku, aku parking dekat dengan Sungai Klang namanya. Kita akan menuju ke sana,”

            Aku duduk membatu di sebelahnya. Hati aku antara mahu dengan tidak. Sesekali aku curi pandang dirinya. Dirinya sama seperti diriku. Sifatnya sempurna seperti seorang manusia. Dua kali aku pandang, wajahnya seperti seorang pensyarah di tempat aku belajar. Pensyarah yang aku minati selama aku belajar di sana.

            Aku mula senyum sendiri, terus aku lupa dengan presentation aku.
            “Kau senyum maknanya kau setuju dengan tawaranku?”

           “Tapi kau setuju atau tidak, aku tetap mahu kau menjadi permaisuriku. Aku dengan kau tak jauh beza. Rupa kami sama seperti penduduk Bumi, yang bezanya, bahasa kami. Itu yang perlu kau pelajari,”

            “Teet..teet” ringtone klasikku berbunyi. Segera ku angkat.
            “Wei! Habislah kau. Presentation kau dapat kosong tau tak! Prof memang hot giler dengan kau. Aku rasa dia tak akan luluskan kau tuk final nanti. Kau tul-tul dah buat dia berang!,” sahabat baikku bersuara.

            Aku senyum bangga, “Tak apa. Aku lepas ni tak akan ada di Bumi dah. So, tak hairanlah sal Prof tua tu,”
            Segera ku tamatkan panggilan tadi tanpa menunggu respon seterusnya daripada sahabatku tadi. Aku dapat bayangkan bagaimana aku akan jadi permaisuri nanti.

            Sejurus selepas itu, makhluk di sebelah ku mulai bersuara, tapi dalam bahasanya.
            “Gujgu hujue ni juhullu. Kukuku ni. Kokojuhu fujue,”
            Aku hanya memerhati. Apa yang dia bahaskan dan dengan siapa?
           Tiba-tiba kereta terhenti. “Hujuane busjueh kauejierr. Niniauha. Niniauha!” sambungnya dengan nada yang lebih tinggi.

            Aku mendiamkan diri. Dalam kotak fikiranku ligat membayangkan suasana tempat baruku nanti. Mesti dalam cerita Star Wars tu. Sebuah kota yang sangat maju. Ada kereta yang boleh terbang. Baju yang hebat-hebat designnya. Oh!!! Aku benar-benar teruja!
           
            “Aku terpaksa turunkan kau di sini,”
            Aku segera berkalih. “Kau cakap dengan aku ke?”
            “Turun! Aku tak dapat nak bawa kau pulang. Kau boleh pergi,” ujarnya selamba.

            “Apa pasal plak! Kau dah culik aku, pastu sesuka hati tak jadi lak. Tak de! Aku nak jadi permaisuri gak!” aku mula memberontak.

            “Sila turun. Ibu aku sudah carikan calon untuk aku. Katanya dia seorang yang terkenal di Bumi ini. Aku tiada pilihan,”

            Pintu kereta terbuka. Aku masih tidak mahu keluar. Aku benar-benar mahu jadi permaisuri!

            “Kalau kau tak ikut cakap aku, akan aku tembak kau di sini,” ugutnya sambil mengacukan sepucuk pistol kecil padaku. Pistol tersebut mengeluarkan cahaya merah dan amat unik bentuknya, tidak pernah ku lihat sebelum ini.

            Aku perlahan-lahan mengatur langkahku keluar daripada kereta telinga tersebut.
            “Makan ni. Gula-gula kegemaran aku,” hulurnya gula-gula yang juga bentuknya seperti telinga.

            Aku turuti segala perintahnya meskipun hatiku kecewa sangat! Perlahan-lahan juga aku mengunyah gula-gula tersebut.

            “Gula-gula tu akan buat kau lupakan apa yang telah berlaku. Tempat aku tak ada alat yang leh lupakan ingatan orang. Setakat ini hanya gula-gula tu sahaja,”

            Aku berdiri kaku diam tidak terkata. Fikiranku kosong sahaja.
            Baru ku teringat!

            “Gila! Kau pakai letak je tadi, lepas tu menagih simpati dengan aku,”
            “Apa yang kau cakap ni? Presentation tu penting bagi aku. Kalau tak aku kena extend,” teresak-esak aku bercerita.

            “Kau kan nak jadi permaisuri tadi. Pergilah!”
            “Permaisuri?”

            Aku terduduk. Fikiranku amat kosong!
            “MAK!!!! PRESENTATION!!!!!!!!!!”

            Aku tak peduli dengan orang sekeliling! Aku teriak semahu-mahunya!!

...: nurish :...
           
            

Saturday, April 23, 2011

No time left


BIBIMBAP KOREA!!
huhuhu..
Ini adalah salah satu makanan Korea.
Nama yang diberikan adalah Bibimbap.
It is a mixed meal.
Ada nasi, telur, sayur, beef/chicken, sos, dan sup kimchi.
Nak makan dia kene gaul kasi rata dengan sudu..hahhaa..

Seriously.. sedap!
Akhirnya dapat merasa makanan Korea! yeay!
Saya juga berjaya makan hanya menggunakan sudu sahaja, tak perlu support daripada garfu.
Orang Korea kan selalunya makan guna sudu je, so saya telah berjaya! huhuu..

Hari, saya dan Bunga Raya yang lain telah pergi ke MP/DP.
Kami layan cerita...


RED RIDING HOOD.

Menarik jalan cerita dia.
Sentiasa buat kami2 ni tertanya-tanya dan ternyata sangkaan kami semua meleset mengenai jalan cerita ni. Lain yang kitaorang suspek jadi serigala jadian, yang lain pula yang jadi.

Pepun, tak rugi ar pergi,
huhuhu...

Semalam [Jumaat], kami layan cerita ni pulak


Cerita yang benar.
Sangat mencemaskan dan menakutkan sedikit.

Tapi satu je silapnya cerita ni,
Uncle Seekers tu suppose mina berikan ucapan atau kata-kata, lebih keapda nasihat supaya orang lain ka luar sana akan lebih hargai apa yang mereka miliki.

Dan ingat..ALLAH ITU LAGI KUAT!

Nak cerita sal review dua cerita di atas seperi malas ni.l hurm...


Ini mangkuk saya. Licin tu!!!
Siap tambah lagi nasi Aida dan Ecah sikit, sbbnya mereka tak larat nak habiskan.
Entah mengapa banyak pula aku makan.



Gambar Ecah xdela plak..
die tengah sembang dengan ehem..ehem.. hahahahaha...
so maleh nk snap dah.. ^^

Well, Im happy here.
Lama tak gelak-gelak camni kat Melaka ni.
huhuhu... Tapi kalau ada Nadiah lagi complete Bunga Raya.
Sorang xde seakan tak berseri je Bunga Raya..nanti...heheh...

Cek mata tadi pun saya terkejut.
Power dh turun.
ALhamdulillah, pepun saya sempat tukar cermin sahaja, murah dan jimat duit sikit.

hurm....

Friday, April 22, 2011

Melaka


Alhamdulillah..
saya sudah berada di Melaka.

Amacam, macho tak mamat kat atas tu. 
Inilah keje part-time kalau mula berada di Melaka, iaitu menyelongkar semula cerita-cerita HOT artis Korea.
Selak nye selak, terbaca sal HEO YOUNG SAENG.
Mamat kat atas tu adalah Young Saeng oppa! 
Dia cedera ketika wat latihan baru-baru ni, so konsert solo dia terpaksa ditangguhkan.

Oleh sebab dia sangat macho, pinjam gambar dia wat wallpaper dekstop saya yang sebelum ini..


Sebenarnya maksud pada simbol di atas adalah..
I LOVE SHANGHAI.
Saya ada banyak version gambar seperti di atas.
Tapi dalam banyak-banyak, I choose this one, because..
keunikkannya telah menarik hati saya.

Hurm...

Kenapa saya di Melaka?
Hari ni, saya ada diskusi dengan DR ONG, 
Saya sangat rasa cuaknya!
Ini semua untuk FYP saya.

Tapi alhamdulillah, Allah permudahkan.
Sir cadangkan satu tajuk lain sebab dia tengok saya agak gagap2 dan takut saya tak boleh nak bawa tajuk yang saya nak tu. Dia cakap, tajuk tu memerlukan kekuatan MATH yang sangat tinggi. hahaha.. cam apa je ayat saya tu..haahaha..

Cadangan asalnya, andai saya tak dapat dengan sir ni, saya akan jumpa Sir Subar atau Madam Hiew. Tapi Sir Subar, saya tak yakin saya leh proceed atau tidak. hahaha..
Dengan gaya Dr Ong cakap tadi.. dia nak tolong saya pass kan borang FYP, saya rasa dia macam accept je..hehehe..
Baik giler. 
"I will send behalf on you"

Sebabnya dia tengok saya susah nak turun Melaka lagi disebabkan saya keje kat KL.
Xie xie ni. 

Semoga Allah permudahkan urusan sahabat baik saya Nadiah dan member baik saya Uddin.

Hari ni jugak saya jumpa Fauzi Nawawi!!!!!
hahaha.. xde kene mengena~~~~~
************************************************************
Cerpen Indie.

Tempoh hari..saya ada postkan saya nya cerpen.
Jarang lah saya nak publish cerpen saya sendiri. 
Tapi disebabkan saya join satu group yang wat cerpen indie ni, saya kena publish juga.

Cerpen yang lepas tu adalah cerpen pertama saya.
Firstly, angah lah yang bagitahu, saya punya excited tanya admin yang sebenarnya.
Then, he gave me a task.

Cerita yang dikarang perlu unik dan menarik.
Saya ni dah lah suka karang panjang-panjang, 
bila kena wat yang sedikit pendek, saya kurang mahir,
tapi belasah je.

So..jadlah cerpen seperti yang sebelum ni.
Nampak cam ntah apa-apa je, 
Ini hanya suka-suka.
Saja mengisi masa lapang dan minat saya dalam berkarya.

Thanks to Angah sebab promote.
Semoga saya rajin buat task yang diberikan dan semoga segalanya berjalan dengan lancarnya.


Hak..hak.. LEE JUN KI..
**********************************************************

Cerita tentang tempat kerja?
Kita update kemudian lah ye..hahaha
*malas mode*


Rasenya cukuplah kot.
Dah Maghrib nie.
huuhu..jom tunaikan solat..
nak ke kampus jap.. 

p/s : dh lama x gelak camni.. >< 


 

~ cahayanurish ~ Template by Ipietoon Cute Blog Design