Friday, March 25, 2011

Warkah buat kalian


At : Surau KLCC, after office hour.

Comel tak?
hehehe..
Ni pula pemberian Abang Fareed, salah seorang staff kat department saya.
Kalau yang lepas, pernah diberitahu, abang Fareed ni pergi Sarawak.. rupanya salah!
Hahaha.. dia gi Sabah.
Yang Kak Punitha lak.. bukannya sakit..tapi ada khusus.hahahaha.. 

sorry-sorry...

Jujurnya saya ni memang tak ambil kisah sangat dengan apa yang berlaku kat ofis.
Andai saya rasa tak penting, tak perlulah saya nak ambil tahu.
Adakah itu sesuatu yang bagus untuk diamalkan?
Hurm..entahlah.
Terasa apa je saya ni.

Kelmarin, saya sembang ringan dengan kakak saya, ingatkan dapatlah cakap dengan baby dalam perut dia tu. Tapi kalau saya sembang dengan baby tu, sure saya akan nangis dengan lagi teruk.
Hurm...

Kekadang, apa yang kita rasa ianya berat, sebenarnya itu adalah yang sesuai untuk kita.
It is not that we can always be in our comfort zone.
If you want to be someone extra-ordinary, you have to go out from that place, which is the comfort zone.

Kata-kata tu saya tiba-tiba teringat.
Hurm...
Memang saya ingin berada dalam comfort zone sahaja.
Sebabnya saya sudah tak tahan dengan zone yang saya berada sekarang.
Sampai ada masanya saya terfikir mahu buat hal, seperti masuk ofis lambat,
kuar lunch awal, masuk balik pas lunch lambat, ngelat je tahunya..
Tapi alhamdulillah, saya masih dapat kawal diri saya lagi daripada melakukan semua tu.

"Kamu dihantar ke department tu, kamu kena terima apa yang mereka berikan,"

Betul juga. Saya merupakan sebahagian daripada produktiviti syarikat.
Target KPI yang mahu dicapai oleh TS melibatkan diri saya juga meskipun saya hanya ada lagi 2 bulan di sana. Saya juga bertanggungjawab untuk ambil tahu dan libatkan diri dalam usaha-usaha mereka untuk capai target tu.

Pada semua staff di TS..
Saya tahu memang kalian tak baca blog ni,
tapi saya nak cakap gak.
First of all, saya tak tahu kenapa saya terima tawaran ni.
Dan my first and first feeling..
I'm so HAPPY! dan tak sabar nak mulakan kerja.

Tapi setelah saya berkecimpung dengan kamu semua,
baru saya sedar, saya bukan seperti kalian.
And it is hard for me to adapt myself there and I'm still trying to make myself comfortable and be a part of you guys there. 

Yup..truly.. 
Saya sangat pasif kerna kalian semua terlalu aktif.
Kesibukkan yang kalian lalui buatkan saya fikir, ada baiknya saya diamkan diri.

Kekadang tu teringin nak offer kalian makan sekali,
dalam hati membuak-buak nak kongsi cerita, 
tapi saat lihat kalian, mulut terkunci diam seribu bahasa.

Walau apa pun, masih ada baki 2 bulan ni, 
hope I can perform well then,
dan harapnya saya dapat bina satu ikatan yang baik dengan kalian semua.
Jujurnya!!
Saya takut nak tegur korang semua..
uwaaaa!!
benda ni begitu menyeksakan jiwa saya!
Sebab saya bukan jenis yang suka buat bodoh sepanjang masa.
=.=''''

Hurm....
pagi nanti nak hantar story board saya.
Takut ar..
Tapi nak cuba.
Hahahaha..
Tibai je ar..

Lepas intern ni, saya dah tekad, tak nak libatkan diri dengan HR.
Dan bagi saya Petronas tu biasa-biasa je.. 
Sebelum ni saya sangat teruja dengan Petronas.. syarikat besar kan..
tapi bila dah jadi sebahagian daripada mereka..
ia tak lah se-gah mana pun...
^_^

Doakan agar supervisor saya terima my idea,
dan doakan saya mampu untuk siapkan projek pertama ni.

Owh ye..lupa lak..
Pada Abang Fareed..
komawoyo for the monkey.
Semoga Allah permudahkan segala urusan Abang Fareed.
Dan semoga Allah permudahkan segala urusan staff di TS.
Saya dah mula sayang kalian semua, tapi saya masih takut nak tegur korang..
camne tu..???

p/s : progress semakin baik.. let me know you..can?

No comments:

© ~ cahayanurish ~ | Blogger Template by Enny Law